Friday, September 18, 2015
Thursday, September 10, 2015
Doa Memulakan Pekerjaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ اَسْٮَٔلُكَ مِنْ خَيْرِ هٰذَالْعَمَلِ
وَخَيْرِمَافِيْهِ. وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهٰذَالْعَمَلِ وَشَرِّمَافِيْهِ. اِنَّكَ
عَلىٰ كُلِّ شَيئٍ قَدِيْرٌ.
Ya Allah, aku mohon pada-Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan
yang ada didalamnya, dan aku berlindung pada-Mu daripada keburukan pekerjaan
ini dan segala keburukan yang ada didalamnya. Sesungguhnya di atas segala
sesuatu itu Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya.
Doa Mengakhiri
Pekerjaan
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ
عَمَلِيْ وَنَفْسِيْ وَتَوَّكَلْتُ عَلَى اللهِ.
Ya Allah, aku serahkan pada-Mu pekerjaanku dan jiwa raga ku, dan aku
bertawakkal kepada Engkau Ya Allah.
Tuesday, September 8, 2015
Doa Cari Jodoh
Salam,
Hi Semua! Mesti para pembaca tertanya kenapa aku terbitkan Doa Cari Jodoh ni kan. Oklah, dipendekkan cerita, bulan lepas aku terjumpa kawan lama kat Econsave Senai. Umur dah 30, sama dengan aku, tapi belum kahwin. Dia minta tolong aku carikan jodoh, kebetulan aku ada belajar tang cara-cara nak cari jodoh, dari Internet dan juga beberapa orang kenalan. Orang-orang ni suruh aku amalkan supaya aku dapat jodoh untuk diri aku sendiri, masalahnya aku sendiri belum bersedia.
Berbalik kepada kawan aku yang andartu ni, aku pun ajarkan sedikit sebanyak apa yang aku tahu. Ada macam-macam cara sebenarnya, ikut je la apa yang ada kat bawah ni. Semoga ia membantu, selamat mencuba!
Friday, August 28, 2015
Dimana Ayah?
Tidak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba anak aku
berlari-lari ke arahku sambil menangis-nangis.
“Ibu, ibu...erm..erm..”, raungnya sambil memeluk erat
tubuhku.
“Kenapa sayang?”, tanyaku dengan lembut.
“Kawan-kawan abang cakap, abang tak da ayah” Naik mendidih
seluruh darah dari tubuhku sebaik sahaja aku mendengar aduan anak aku. Sampai hati
mereka menyakitkan hati anak kecil ini. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku cabut
gigi-gigi budak-budak yang telah mengganggu anak kecil ini. Namun, apabila
melihat anak aku menangis , aku pun tidak dapat menahan airmata yang sudah
bergenang di mata ini.
“Apalagi yang kawan-kawan abang cakap pada abang?”, tanyaku
lagi.
“Ayah abang tak suka abang, tak suka ibu. Sebab itu, ayah
tinggalkan kita....”
Astaghfirrullah hal’azim.....besar sungguh dugaan si anak
kecil ini. Aku mengusap-usap lembut kepala anakku, seraya membantunya
menenangkan diri.
“Ibu...” Tiba-tiba anakku bersuara.
“Ya, sayang, apa dia?”
“Mana ayah?” Aku terkesima. Walhal, aku sudah jangka, suatu
hari nanti pasti anak aku akan bertanya tentang ayahnya. Tetapi, aku jangka
apabila anak aku sudah berumur 7 atau 10 tahun bukan berumur 5 tahun.
“Jom! Abang, kita duduk atas buai,” Segera aku matikan apa-apa yang sedang aku masak tadi. Sudah tiba masanya untuk aku menerangkan sesuatu kepada anak aku. Nak terangkan sesuatu yang drastik ini, mesti kena pada tempatnya. DAPUR, amatlah tidak sesuai. Ada pisau, ada batu lesung, ada api dan macam-macam lagi benda yang berbahaya.
Anak aku dan aku pun duduk diatas buaian sambil memandang ke
arah pokok-pokok di halaman rumah. Ada rama-rama berterbangan dan anak-anak
kucing sedang bermain-main sambil diperhatikan ibu kucing. Tenang sedikit dari
suasana dapur.
“Ibu, ayah mana?” Tanya anak aku lagi. Sifat ingin tahunya
sudah mengatasi kesabarannya.
“Abang, sebenarnya ibu tidak tahu kemana ayah abang pergi. Entah
hidup, entah mati, ibu tak tahu. Abang, ayah abang dulu adalah seorang lelaki
yang baik. Tetapi sayang, ayah abang berubah sedikit demi sedikit sejak berkawan
dengan orang-orang jahat,”
“Orang jahat?!” Sergah anak aku. Alamak, aku bimbang aku
sakitkan hati anak aku. Ya Allah, kurniakanlah aku kebijaksanaan bertutur kata.
Amin.
![]() |
| Anakku |
“Erm, abang tahu ciri-ciri orang jahat? Orang jahat tu
macamana?”
“Tau! Orang jahat tu nanti polis tangkap,” Alahai jawapan
daripada budak kecil, mesti dari pengaruh TV ni.
“Betul, tapi kenapa orang jahat kena tangkap?” Aku bertanya
lagi.
“Erm, sebab mencuri?”
“Betul, lagi?” Anak aku mengangkat kedua-dua bahunya sambil
menggelengkan kepala, tanda tidak tau.
“Orang jahat selalu menipu, hasad dengki, bercakap tentang
benda-benda tak elok, suka sakitkan hati orang, mementingkan diri-sendiri,
menyeksa orang, menyeksa binatang.....”
“Banyaknya....” Anak aku memotong kata-kataku, pening
agaknya.
“Memang banyak...kalau ibu nak terangkan lagi, sampai umur
abang 21 tahun pun tak habis-habis,”
“Jadi, macamana abang nak jumpa ayah?” Kali ini, aku tarik
nafas sedalam-dalamnya. Sambil menanamkan benih sabar.
“Abang, bukanlah tanggungjawab abang untuk mencari dan berjumpa dengan ayah. Sebaliknya, ayahlah yang kena pikul tanggungjawab mencari dan berjumpa dengan abang. Kerana abang masih kecil. Apa yang abang perlukan sekarang adalah didikan agama, makanan yang sihat dan botol susu!” Aku bergurau dengan cuba merampas botol susu daripada tangan anak aku. Tak dapat. Anak aku lagi cekap mempertahankan botol susunya. Sudah terukir sikit senyuman diwajahnya.
“Tapi kawan-kawan abang semua ada ayah, abang takda,”
Wajahnya kembali muram.
“Kalau begitu, nanti bila ayah diorang dah tua, diorang pula
kena jaga ayah diorang, macam dalam TV tu,” Tiba-tiba aku dapat idea.
“Ha’ah lah...macam ibu kena jaga atok. Eh! Ibu pun kena jaga
nenek kan,” Akhirnya, anak aku dapat dipujuk.
“Shi-shi, yak-yak pun ibu kena bersihkan tau,” Tambah aku
lagi sambil menunjukkan muka sedih.
“Eeee....shi-shi, yak-yak, busuk.... nanti abang dah besar,
abang jaga ibu jelah, sebab ayah tak da!”
“Betul! Subhannallah, bijaknya anak ibu. Nanti kalau kawan-kawan
abang kacau, abang nak buat apa?” Soalku lagi.
“Erm.....” Anak aku berfikir panjang. Namun tiada jawapan.
“Abang cakaplah, nanti awak dah besar, awak kena jaga ayah
dan ibu, abang jaga ibu abang je,” Sampuk aku membantunya berfikir.
“Ok, nanti abang cakap macam tu,” Balas anak aku sambil
memeluk aku. Aku peluk erat si anak kecil ini. Kasihan, seorang anak yatim yang
bijak.
“Ibu....nanti, bila ibu dah tua. Ibu janganlah shi-shi dan
yak-yak...” Sempat anak aku bisik ke telinga aku sebelum dia leraikan pelukan
dan terus masuk ke dalam rumah. Yang ini, aku malas nak komen. Tamat.
Wednesday, August 26, 2015
Segalanya Untuk Kucing
Kebelakangan ini, dah macam trend aku tengok Kedai Kucing dah mula bersepah, merebak ke seluruh Bandar Johor. Termasuklah satu kedai ni, 80% printing design dalam kedai ni aku buat. Seronok aku buat design untuk kucing-kucing ni. Hari-hari tengok kucing, agak release tension sikitlah. Walaupun aku design, tapi idea bukan aku punya idea. Idea aku semua kena reject, so kalu korang nak kutuk, kutuklah.
Walaubagaimanapun, aku tetap bangga. Dah banyak rupanya, hasil kerja aku masuk surat khabar. Alhamdulillah....
Tuesday, July 14, 2015
Tuesday, June 9, 2015
Friday, June 5, 2015
Thursday, May 28, 2015
Jangan Putus Asa
Aku pernah......
Ditipu, Dipermainkan, Diperdayakan, Ditolak, Dipulaukan, Dipukul, Diejek, Dimaki, Ditengking, Dipergunakan, Dikhianati, Dituduh, Difitnah, Diceraikan, Dianiaya, Dihalau, Dibenci, Disangka buruk, Dipisahkan dari anak aku sendiri, Dibiarkan, Disakiti, Dimarahi, Diaibkan, Dimalukan, Diketawakan, Diherdik, Dijeling, Dihina, Dihukum diatas kesalahan kecil, Diperhambakan, Diperkecilkan, Diperbodohkan, dan banyak lagi Dilakukan terhadap aku.....
Setelah ini semua berlaku,
Satu perkara sahaja aku buat,
Jangan Putus Asa
Solat + Doa = Tawakal
Solat + Doa = Tawakal
Aku yakin Allah s.w.t sentiasa ada membantu hamba-Nya yang lemah.
Think Muhassabah
Salam semua,
Dalam sehari, tanpa disedari, banyak dosa yang kita telah lakukan. Adakalanya tidak sengaja, adakalanya memang sengaja. Sudah lumrah sifat manusia yang melakukan kerosakan dan kebodohan didunia (tercatat didalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 72). Oleh kerana itu, hendaklah kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kerosakan dan kebodohan yang telah kita lakukan melalui Muhassabah Diri kita sendiri. Semoga peringatan ini dapat memberi kesan kepada para pembaca dan juga diri saya yang tidak pernah sempurna ini. Insyallah...
Friday, May 15, 2015
Hobi Baru
| Pokok Daun Limau Purut |
| Kesan kena mkn ngan Ulat Bulu. |
Tapi kesian pula, aku tengok Pokok Limau Purut kena makan ngan ulat bulu. Sedap ulat-ulat bulu ni makan daun muda. Nak sembur ngan air cili, tak sampai hati. Yang sedap tu, Ulat Bulu ni mcm faham bahasa. Aku cakap kat Ulat-ulat Bulu tu, "korg dah lah, jgn makan lagi, kesian pokok aku ni". Esok hari, aku tengok ulat-ulat bulu ni dah tak de dah. Pelik kan.
| Pokok Lidah Buaya |
| Pokok Sirih |
Seronoknya bercucuk tanam ni apabila, pokok-pokok yang kita tanam ni mula membuahkan hasil. Macam pokok limau Kasturi ni, dah berbuah dah. Lebat lak tu. Tapi satu je masalah, pokoknyer tinggi bebenor dan berduri-duri, Tak tau ler nak petik limau macam mana. Oleh kerana pokok ni terletak kat tebing bukit, aku tak berani nak panjat tangga, kerana berpotensi jatuh tergolek sambil berpaut pada dahan berduri yang tajam itu. Bahaya.
Paling aku suka Pokok Tembikai aku. Senang sangat tumbuh dan pandai berdikari. Sekarang dah mula ada spiral, tau tak spiral tu apa? Ala yang dahan gulung-gulung tu. Aku cuba tangkap gambarnya, tapi tak dapat. Kecil sangat. Nantilah, kalau dah besar sikit, siap ada buah, aku makan, aku tangkap gambar sekali.
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
| Daun Pokok Tembikai |

Wednesday, April 29, 2015
Tahniah, jika ada lelaki terima cabaran wanita ini
Dalam satu pertemuan 'Blind Date', setelah lama berbual bertanya tentang diri masing-masing. Akhirnya Si Wanita, memberi 'hint':
Si Wanita : Bakal suami sy boleh jadi Imam.
Si Lelaki terdiam. Kenyataan tersebut seperti mencabar keegoannya. Tiada lagi kata-kata perlu diluahkan. Dikeluarkan duit RM10 di atas meja, berdiri, lalu meninggalkan wanita tadi bersendirian.
Tiada lagi 'chatting' di komputer, tiada lagi 'SMS', tiada lagi 'WhatsApp'. Perpisahan yang tiada jawapan.

10 Perkara Aku Kena Buat Sebelum Terlambat
- Belajar mngaji Al-Quran.
- Berbuat baik dengan ibu bapa.
- Selesaikan segala hutang yang aku ada.
- Memaafkan orang lain dan memadamkan segala hasad dengki sebelum tidur malam.
- Menjauhi segala perbualan yang sia-sia (mengumpat, mencarut, dan sebagainya).
- Bersabar dan menahan kemarahan.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Tidak berdendam, tidak membenci orang lain, dan juga tidak mengkhianati/menganiayai orang lain.
- Mendoakan kebaikan kepada sesama orang Islam.
- Senyum selagi boleh senyum.
Thursday, April 2, 2015
Wednesday, April 1, 2015
Monday, March 30, 2015
Apa jenis Babun ni?
"These Type of Baboon is Everywhere....Just Don't Act One", inilah apa yang akan aku katakan setiap kali jikalau ada kawan-kawan aku mengadu bahawa dia disisihkan, dipulaukan atau dimarahi oleh mana-mana pihak atas kesalahan kecil sahaja. Aku seakan mengerti apa perasaan mereka dan aku selesa menjadi pendengar masalah mereka, kerana aku pernah melalui apa yang mereka sedang lalui. Terus terang aku dah biasa jadi 'Loner' sejak daripada kecil lagi. Aku ada banyak adik-beradik dan aku merupakan anak tengah (ke-4). Pernah dengar tak? Anak tengah ni selalu tak dapat perhatian keluarga. Aku sokong kenyataan tersebut.
Berbalik kepada perkara diatas, 'Babun'. Apa yang dimaksudkan dengan babun ni? Pernah tengok tak babun mengamuk? Pernah tengok cerita kartun Tarzan Walt Disney, yang ada adegan babun mengamuk tu? Tercungap-cungap Jane dan Tarzan melarikan diri dari serangan kengkawan babun sebab nak dapatkan lukisan anak babun tu je. Begitulah sikap sesetengah manusia di dunia ni. Asal ada salah sikit je, mula diperbesarkan, kemudian buat 'Group' (bukan utk menyelesaikan masalah, tetapi utk mengumpat). Selepas itu, pulaukan, tak bertegur sapa dan senyum pun tidak. Daripada tindakan ini sahaja dah mendatangkan Dosa Besar. Apa Dosa Besarnya? Pertama, mengumpat. Kedua, memutuskan Silaturahim. Dah dua Dosa Besar mereka buat, ingat senang nak hapuskan dosa besar ni?
Minta maaflah sebelum terlambat....
Baik bebenor ke perangai pulau-pulaukan orang ni. Setahu aku, orang yang layak dipulaukan ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Ini bukan aku reka-reka sendiri, memang ada tercatat dalam Al-Quran, surah An-Nisa. Aku pernah dipulaukan, dah banyak kali dah dan aku dah lali kena dipulaukan. Mungkin ini ujian aku di dunia, Insyallah aku boleh menghadapinya dengan penuh redha. Amin...
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perasaan aku akibat kesan dipulaukan. Aku rasa kesunyian dan kesepian. Walau kemana saja aku pergi, aku sentiasa berharap ada orang tegur aku, hakikatnya pada hujung perjalanan aku dapati bahawa aku hanya berjalan bersendirian.
Babun-babun ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar akan perbuatan mereka kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Semoga mereka diberikan hidayah suatu hari nanti dan kepada mereka yang sering dipulaukan diluar sana, bergantung haraplah sehebat-hebatnya kepada Allah s.w.t. Jika terasa kesunyian, berinteraksilah dengan Allah s.w.t. melalui solat. Jika terasa kekosongan, berkomunikasilah dengan Allah s.w.t. melalui Al-Quran. Allah maha Melihat, Allah maha Mendangar, Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Maka mengadulah kepada Allah sehebat-hebatnya.
Selamat di dunia dan di akhirat. Insyallah....

Friday, March 27, 2015
10 Perkara Yang Menyedihkan Aku jika
- Aku menasihati orang supaya berbuat baik tetapi aku sendiri yang tidak berbuat baik. Cakap tak serupa Bikin.
- Aku buat perjanjian, tetapi aku sendiri gagal melaksanakannya.
- Aku bersedekah sambil 'selfie', kemudian sebarkan ke media sosial.
- Aku jadi Petrol (penyebab orang lain bergaduh). Bagaikan api disimbah petrol. Faham?
- Aku ada ilmu, tetapi aku kedekut ilmu.
- Aku mencapai kejayaan hari ini, 10 tahun akan datang, aku masih membanggakannya lagi.
- Aku makan sampai habis, tapi aku cakap, "Tak sedap la lauk ni..."
- Aku masih ada ibubapa, tapi aku buat-buat macam tak ada.
- Aku ada harta, tapi aku kedekut harta.
- Aku buat tak tau, kalau ada kucing datang minta makan.
Wednesday, March 18, 2015
10 perkara aku tidak perlu menyesal.
- Aku berhenti kerja dari Industri Perhotelan. - Ini kerana aku tak tahu duit gaji yang aku perolehi sama ada berkat atau tidak. Salah satu kerja yang aku buat ialah mengiklankan Arak. Insyallah, satu hari nanti aku dapat membayar zakat dengan rezeki yang lebih berkat.
- Aku diceraikan Suami. - Memang perit dan sedih, tetapi bukan aku yang minta cerai. Malah aku tidak nusyuz dan tidak curang. Alhamdulillah, peristiwa ini lebih mendekatkan aku kepada Allah s.w.t.
- Aku menjalani Pemeriksaan Mental di Hospital Permai. - Terbukti aku tidak mempunyai tanda-tanda penyakit mental, namun aku insaf atas apa yang aku lihat disana. Mereka (org. gila) mempunyai masalah yang jauh lebih hebat dari aku. Salah satu cerita yang aku dengar, seorang pesakit disana kehilangan anak, puas mencari tapi tak jumpa. Akhirnya tidak dapat berfikiran waras dan terdampar di Hospital Permai dan tidak ada sesiapapun ahli keluarganya yang ambil peduli.
- Aku ditahan kerana dituduh Mendera Anak. - Di dalam Kesusahan pasti ada Kesenangan. Semasa aku ditahan, pihak polis dah 'check' anak aku, memang tak de sebarang tanda anak aku didera. Tetapi bekas suami aku masih tidak berpuas hati, lalu pihak polis keluarkan arahan supaya aku dan anak aku ditahan di hospital 24jam supaya pihak hospital dan JKM dapat menjalankan siasatan. Jadi kesenangan yang aku dapat ialah meluangkan masa bersama anak aku selama 24jam tanpa ada sebarang gangguan. Makan dan minum disediakan. Tempat tidur dan bilik mandi semua tersedia rapi untuk kegunaan aku dan anak aku, macam tinggal kat hotel lak rasa. Keesokannya, aku dilepaskan dengan keputusan Tiada Sebarang Kesan Dera Pada Kanak-kanak, Malah Kanak-kanak Kelihatan Riang Bersama Ibu Kandungnya. Inilah kenangan paling indah dalam hidup aku.
- Aku berhabis duit mempertahankan Hak Aku. - Semuanya membuahkan hasil. Semuanya adalah Hikmah daripada Allah s.w.t. Makin aku berhabis duit, makin luas rezeki yang aku terima. Tak kira la dalam apa-apa bentuk, duit, makanan, jawatan, dan sebagainya. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepada-Mu, Engkaulah Penyelamat ku selama ini.
- Cuti tahunan habis kerana turun-naik Mahkamah. - Mula-mula aku bersedih juga, tiba-tiba kerajaan Johor mengumumkan cuti Jumaat dan Sabtu pada 2014. Sekali lagi, inilah kuasa Allah s.w.t., Maha Kuasa, mampu mengubah hati dan permikiran seseorang dengan mudah saja. Perubahan ini memberi manfaat kepada ku, Allah Maha Memahami hamba-Nya. Subhanallah.
- Aku hanya berpeluang menyusukan anak sebanyak 3 kali sahaja. - Walaubagaimanapun, anak aku tetap mencari aku. Bila aku baca kisah nasib kanak-kanak di India, bagaimanalah jika anak aku yang mengalami nasib seperti ini? Kebuluran dan tidak dapat merasai susu ibu langsung. Mereka terlalu kurus untuk membesar seperti kanak-kanak lain, kalau ada yang membesar pun mengalami kecacatan tumbesaran. Kecacatan yang macamana, aku tidak tahu. Tapi kalau dah kurus sangat sampai nampak rangka je, memang macam-macam kecacatan yang boleh berlaku. Inna lillah wa inna lillahi ra ji un....
- Aku kerap mengalami kemalangan. - Percaya atau tidak, kemalangan ini semua mengajar aku erti kesabaran. Bukan senang nak praktikkan sifat sabar ini. Bukan senang.
- Aku banyak menangis. - Menangislah ditengah malam, mencari simpati, mencari kasih, mencari tempat mengadu, mencari ketenangan daripada Tuhan yang Maha Mulia, Allah s.w.t.
- Aku tidak mempunyai ramai kawan. - Kawan yang sebenar kawan ialah Al-Quran. Percayalah, Al-Quran akan menjaga kita, bukan setakat Dunia saja malah Akhirat.
Friday, March 13, 2015
Wednesday, March 11, 2015
Amuk VS Syahid
Ada seorang pemuda sedang mendalami Ilmu Silat Kebal. Dia
mempelajarinya atas tujuan mempertahankan diri namun hari demi hari niat
asalnya makin terpesong. Dia mulai suka bergurau senda secara kasar dan mencabar
orang-orang disekelilingnya agar bertarung dengannya. Setelah beberapa
pertarungan berlaku, pemuda itu menang dengan begitu mudah sekali. Semakin hari
berlalu, semakin banyaklah pertarungan yang berlaku. Seiring dengan sikap
sombong dan bongkaknya yang makin menggunung. Begitu juga dengan sikap panas
barannya yang semakin sukar dikawal. Ada sahaja benda yang tak kena. Kopi panas
tertumpah sikit pun sudah boleh menyebabkan dia mengamuk tak tentu hala.
Sehingga suatu masa, pemuda itu tidak mampu lagi mengawal
dirinya. Parang ditangan diasah setajam-tajamnya. Sedikit demi sedikit
kenang-kenangan yang menyakitkan hati mula menghantui fikirannya, sambil membakar
api dendam yang disimpan selama ini. Semua orang salah! Semua orang salah! Berulang-ulang
laungan ini bermain difikirannya. Tiba-tiba pemuda itu berteriak
sekuat-kuatnya. Sambil meracau-racau, habis satu-persatu ahli keluarganya parah
dicederakan. Kemudian, dia pun berlari ke luar rumah. Selagi ada orang yang
bertembung dengannya, habis dilibas dengan parang. Ada yang mati, ada yang cedera
parah.
Pemuda itu terus berlari dan berlari hingga ke sebuah Pondok
Mengaji yang sedang dihuni oleh ramai kanak-kanak yang sedang mengaji Al-Quran.
Marah akan bunyi bising ngajian kanak-kanak itu, pemuda itupun terus melompat
masuk ke dalam kelompok kanak-kanak tersebut. Bertempiaran lari kesemua
kanak-kanak itu kecuali seorang kanak-kanak yang masih lagi meneruskan bacaan
Al-Quran di satu sudut hujung pondok. Pemuda amuk itu menghampiri kanak-kanak tersebut, ingin
sahaja dilibas kepala kecil itu. Namun, pergerakannya seakan-akan dihalang. Pemuda
itu hanya dapat membuka bunga silat disekeliling kanak-kanak yang masih lagi
setia membaca Al-Quran itu. Setiap kali hendak melibas, pemuda itu seakan
ditarik kebelakang. Menyedari akan keadaan itu, beberapa orang Tok Guru yang
tahu mematikan ilmu kebal cepat-cepat mengambil kesempatan menjatuhkan pemuda
itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak itupun selamat. Tiada
sedikitpun kecederaan.
Seorang pemuda kebal yang tidak pernah kalah didalam
pertarungan, kini dikalahkan oleh kanak-kanak yang hanya sedang membaca Al-Quran. Usai
keadaan menjadi reda, Tok Guru bertanya kepada kanak-kanak yang berani itu.
“Kenapa kamu tidak lari semasa budak-budak semua lari?”
Kanak-kanak itu tidak menjawab, malah menyoal balik.
“Tok, kalau saya mati semasa baca Al-Quran, saya mati syahid
kan?”
Tok Guru terdiam lalu tersenyum. Kepala kanak-kanak itu
diusap lalu dipeluk. Inilah pengertian SYAHID yang sebenarnya.
(Banteras I.S)
Monday, March 2, 2015
Langkah-langkah Menghadapi GST
Pagi-pagi, buka tv, keluar berita GST. Pergi kerja, singgah kedai, baca surat khabar, GST. Sampai di tempat kerja, On komputer, buka email, dapat job, GST.
GST ni macam hantulah. Menakutkan. Bukan saya tak sokong, bukan juga saya menyokong. Sebagai rakyat, kita terpaksa mengikut majoriti. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang dikenakan GST. Satu Malaysia dikenakan GST. Jadi, nak tak nak, marilah kita mengharunginya bersama-sama. Adil kan.
Pagi tadi, tergerak hati saya merancang perbelanjaan menjelang GST. Ada juga tanya kawan-kawan, minta pendapat. Maka terhasillah Langkah-langkah Menghadapi GST:
- Pasang Panel Solar diatas bumbung rumah anda. Tahukah anda? Bahawa bumi menyerap 174 pettawatts radiasi matahari? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih dari cukup sumber tenaga elektrik percuma untuk setiap rumah didunia.(Sumber:SEDA). Maka, rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kuasa elektrik yang percuma daripada Matahari. Tambahan lagi, Malaysia merupakan negara beriklim panas. Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membazirkan tenaga elektrik yang percuma selama ini.
- Tanam sayur-sayuran dihalaman rumah. Bercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga.
Bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada membeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat menikmati sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur.(Sumber: berhentimembelibelah.blogspot.com) - Kurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Tahukah anda? Sekali pulas kunci dikereta atau motor, suku daripada takungan minyak anda telah digunakan hanya untuk menghidupkan enjin kenderaan. Bayangkan jika anda singgah ke banyak tempat dan semuanya dekat-dekat. Sekejap mati enjin, sekejap hidup enjin. Kemudian, minyak pun habis. Siapa perlu dipersalahkan? Maka, daripada pengajaran ini, kita hendaklah sedar bahawa basikal itu bukan hanya perhiasan dan berjalan kaki itu bukan hanya memenatkan. Basikal dan berjalan kaki itulah yang boleh menjimatkan perbelanjaan petrol yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Insyallah.....
Wednesday, February 11, 2015
Bos Mithali
Suatu pagi yang hening di pejabat. Selepas ‘Briefing’ dengan
Bos Besar.
Bos : Sebagai pereka grafik, awak perlu mempunyai daya
kreativiti yang tinggi. Saya percaya awak boleh lakukan.
Aku : Insyallah, tuan.
Bos : Saya tak nak dengar perkataan tu, saya nak dengar
perkataan lain.
Aku : Err...Subhanallah?
Bos : Saya nak awak cakap boleh, boleh?
Aku : Insyallah, boleh.
Bos : Saya nak dengar perkataan yang betul-betul meyakinkan.
Aku : Erm, Innalillah wa inna lillahirajiun...
Bos Besar terdiam, aku pun cuak. Masa ini dua perkara yang
terlintas difikiranku; samada aku dipecat atau dibaling kasut.
Bos : Awak keluar, saya nak bertaubat jap.
Fuh! Lega, Alhamdulillah....
Tuesday, February 10, 2015
Akibat Celek Marker Merah
Ada seorang lelaki di pejabat aku, suka sangat ‘celek’ sana,
‘celek’sini. Tahu tak celek tu apa? Alah...yang ibu jari kawan jumpa ibu jari
kawan tu. Tidak kira muhrim atau tidak, perempuan atau lelaki (kebanyakkannya
perempuanlah), semuanya hendak dicelek. Konon-konon ‘Happy Go Lucky’,
konon-konon boleh genglah.
Dipendekkan cerita, pada suatu hari, lelaki yang suka
mencelek ini sembang-sembang di kawasan meja aku. Cuba bermesra pula dengan aku
dan rakan-rakan disekeliling. Kami layankan sahaja, tak boleh nak halau sebab
dia ni jenis orang ada JBB (Jawatan Bodek Bos). Tiba-tiba lelaki ini tunjukkan
ibu jari dia kat aku sambil berkata,
“Betul tak? Celek!”.
Aku dah agak dah. Kebetulan pula, ada marker merah atas meja
aku. Entah macamana, aku pun marker merah pada ibu jari lelaki tersebut. Semuanya
berlaku dengan begitu pantas.
“Eh! Kau dah kenapa?!” balas lelaki itu separuh menjerit.
“Maaf, saya tak boleh sentuh encik, Muhrim” aku cuba jawab
dengan tenang.
“Eleh! Celek je...”
“Maaf, saya tak boleh celek encik, Muhrim” aku jawab
walaupun dalam nada ketakutan.
“Hek eleh.....kau ingat kau tu suci sangat...nanti kau tau
siapa aku sebenar....!$#$%^$&^!!....#&*%$...” panjang maki hamun lelaki
itu sambil berlalu pergi.
Sejak hari itu, banyak juga kerja aku kena sabotaj. Berbulan-bulan
lelaki itu menyusahkan aku. Kadang-kadang, terpaksa aku ‘Overtime’ demi
menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Sepanjang tempoh penganiayaan ini,
banyak kali juga Si Lelaki Celek itu keluar makan tengahari dengan Bos Besar. Bergurau-senda,
ketawa besar, berdekah-dekah sampai macam nak roboh siling pejabat ini. Sengaja
nak menyakitkan hati aku.
Makin hari, makin aku letih. Namun, alhamdulillah, banyak
juga kerja aku siap. Cuma nak kemaskini sikit-sikit. Tekanan stress selama ini
pun beransur reda. Cuma aku agak keletihan, dengan muka pucat dan baju yang tak
bergosok, mencemarkan sikit penampilan aku kebelakangan ini.
Lama – kelamaan Bos Besar perasan akan prestasi kerja aku. Dengan
nada serius, aku dipanggil ke pejabat bos besar. Dalam kepala otak aku, aku dah
terbayang dah yang aku akan dipecat. Si Lelaki Celek itu menyanyi-nyanyi
keriangan, sengaja nak menyakitkan hati aku lagi.
Aku melangkah masuk ke ruang pejabat Bos Besar. Kaki dah
menggigil dah ni. Entah apa akan terjadi? Tawakal sajalah.
“Awak tau kenapa awak dipanggil?” tanya Bos Besar.
“Tak tau, tuan....”jawab aku dengan airmata yang mula
bergenang.
“Kalau tuan hendak memecat saya, saya sedia terima keputusan
tuan....”
“Siapa nak pecat awak?” tiba-tiba Bos Besar menyergah.
“Syarikat masih perlukan perkhidmatan awak. Saya nak
naikkan pangkat awak ni. Tak nak ke?” tambahnya lagi.
Aku tergamam, berbaloi juga kesabaran aku selama ini. Bos besar
kata, dah lama dia perhatikan aku bekerja. Walaupun aku dihentam, disabotaj dan
dianiaya, aku tetap menjalankan tanggunggjawab aku dengan sebaik-baiknya. Rugilah
syarikat kalau orang seperti aku dihentikan kerja.
Wah! Terasa amat! Amat! Amat! Dihargai!
Syukur kepada-Mu, Ya Allah, Alhamdulillah....
Akhirnya, Si Lelaki Celek itu tak dapat sabotaj aku lagi. Pandang
aku pun dah tak berani dah. Tetapi masih lagi dengan perangainya yang suka
mencelek.
Tuesday, February 3, 2015
Kejayaan Besar bermula dari Usaha Kecil
Ibarat benih pokok Rambutan. Bermula dari usaha yang kecil, bertunas, kemudian mengharungi cabaran panas terik, ribut petir, hujan lebat dan sebagainya. Ia tidak berputus asa untuk membesar. Akhirnya, ia berbunga, seterusnya berbuah. Memberi manfaat kepada semua kehidupan yang berada disekelilingnya. Insyallah, aku akan berusaha seperti benih pokok rambutan.
Wednesday, January 7, 2015
Salam Tahun Baru
Salam Tahun Baru Semua.....
Banyak sangat perkara yang tidak diingini berlaku pada negara kita yang tercinta pada tahun 2014. Semoga apa yang berlaku ini dapat memberikan hidayah kepada kita semua. Walaubagaimanapun, janganlah berputus asa, pasti ada hikmahnya. Tuliskanlah 10 azam anda dan laksanakanlah apa yang termampu. Ingat! Tuliskan perkara-perkara yang baik sahaja. Insyallah,
azam anda akan terlaksana.....
Thursday, November 13, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Allah Bersamamu (Untukmu Palestin)
Kibarkan panjimu
Jangan letih
Walau.... kau terluka
Hentikan tangismu
Ayuh bangun
Walau.... kau berduka
Syurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu.....
Korus:
Jangan gentar, jangan goyah
Allah ada bersamamu
Sayang jangan, berputus asa
Allah selalu bersamamu
Pertahankan tanah airmu
Wahai para pejuang
Bersabarlah, wahai teman
Allah tetap bersamamu
oooo..iyeah..oooo...Allah kan bersamamu....
Teguhkan hatimu
Jangan takut
Ayuh....berjuanglah
Tetapkan hatimu
Jangan gugur
Allah....kan bersamamuSyurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu....
Wednesday, June 4, 2014
Tekanan Darah Rendah 3
Setelah beberapa perkara berlaku kepada aku, aku buat sedikit Research tentang rawatan penyakit Tekanan Darah Rendah. Ada beberapa petua yang boleh diikuti:
- Jangan bersilang kaki ketika duduk. Amalkan memakai stokin untuk mengelakkan kesejukan. Jika anda kesejukan, pergi ke tempat yang tidak sejuk seperti luar pejabat. Elakkan dari tempat yang berhawa dingin.
- Lakukan sedikit senaman. Oleh kerana pesakit TDR tidak digalakkan melakukan senaman jenis berat, maka lakukan senaman jenis ringan seperti ketika anda duduk secara tegak, perlahan-lahan tundukkan kepala anda hingga mencecah kepala lutut. Lakukan 2-3 kali.
- Banyakkan makan makanan yang sihat. Biarlah berbelanja besar sedikit, Daging Merah dan Broccoli antara makanan yang cepat menghasilkan darah dalam badan. Terus-terang, aku bukanlah seorang pemakan sebab itu aku dapat penyakit ini. Jadi amalkanlah pemakanan yang seimbang, rujuk jadual pemakanan seimbang. Ingat! Sekali anda diserang apa-apa jenis penyakit, pembelanjaannya adalah lebih besar daripada apa yang anda jangkakan.
Minum air mineral sebanyak mungkin. Sekali-sekala minum 100Plus. Kalau boleh, sentiasa bawa botol 3Liter air masak ke mana sahaja anda pergi. Banyak manfaatnya, percayalah.
Jadual Pemakanan Seimbang. - Berdoa, Solat, dan bertawakal. Amalkan Doa Nabi Ayub. Insyallah, hidup sentiasa sihat dan berkat.
Tuesday, June 3, 2014
Tekanan Darah Rendah 2
Pada hari Jumaat, 30/5/2014.
Aku jatuh sakit lagi pada minggu yang sama. Kali ini di pejabat. Pejabat aku biasalah berhawa dingin, tetapi kali ini aku benar-benar tidak tahan hawa dingin 27 darjah celsius itu. Lalu aku bersembunyi di bawah meja, sambil menggigil kesejukan. Satu kerja rakan-rakan pejabat cari aku, akhirnya jumpa juga aku di bawah meja. Aku dibenarkan berehat di pantry, macam serangan Hypotension yang sebelum ini cuma aku tak pengsan saja. Tidak lama kemudian, kakak dan ayah sampai. Aku terus dihantar ke hospital. Di hospital inilah ketahanan badan aku benar-benar teruji, sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku dikehendaki baring di atas katil, kemudian dikehendaki kumpul air kencing, kemudian aku kena cucuk jarum pula, 2 tempat, 1 di bahu, 1 lagi di belakang tapak tangan. Baru aku dibenarkan tidur. Tidur pun tak lena sebab aku amat kesejukan dan juga bekas cucukan jarum membuatkan aku tidak selesa. Bagaimanapun aku cuba tidur, tidur, tidur, tidur, dan ahli keluarga aku pun sampai. Walaupun dalam keadaan kabur, aku dibenarkan keluar hospital. Aku dinasihatkan supaya makan lebih banyak, Insyallah aku makan dengan lebih banyak. Sampai di rumah, anak aku minta dukung dan aku pun dukung, masuk bilik, jumpa katil, dan lepas itu aku tak ingat apa-apa lagi dah.......yang aku tahu, bangun pagi, tengok cermin, dan muka aku penuh dengan dakwat pen.
*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Monday, June 2, 2014
Tekanan Darah Rendah 1
Sakit, sakit, sakit.
Hampir setiap bulan aku jatuh sakit. Aku pun makin risau. Risau dengan macam-macam benda, kerjaya + periuk nasi + kesihatan + keperluan harian + ibadah harian, dan sebagainya. Salah aku juga. Ketika aku sihat banyak kerja yang aku tangguh, akibatnya pada saat-saat terakhir aku kelam-kabut, sehingga makan minum aku tidak terjaga. Lalu aku pun jatuh sakit, dan disahkan mengalami Tekanan Darah Rendah.
Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, aku diserang Hypotension (Tekanan Darah Rendah). Pada pagi itu, aku bangun dari tidur, ketika aku hendak bangun, aku tak boleh bangun. Kepala aku sakit sangat dan aku juga rasa seperti otak aku bergegar. Aku cuba juga bangun namun gagal, kaki aku tidak dapat merasa lantai yang dipijak. Pada masa yang sama juga, anak aku bangun. Aku tidak dapat membaca fikirannya, dia sungguh gembira melihat kelakuan aku yang sedang menahan sakit. Sedang aku merangkak menuju ke tangga, anak aku naik atas badan aku, menghenjut-henjut gembira, aku pun rebah ke lantai dan berpura-pura pengsan. Anak aku tarik-tarik tangan aku sambil merengek-rengek, melihat riak wajahnya aku tidak sampai hati untuk mengendahkan kehendaknya. Dia masih kecil, masih tidak faham jika ibunya sakit. Aku duduk di tangga, perlahan-lahan menghulurkan kaki menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba anak aku pun mengikut cara aku turun tangga, siap ajak aku berlumba. Sudah tentulah dia menang, dia sihat, aku sakit. Sampai di hujung tangga, aku cuba berdiri lagi. Usai aku berdiri, telinga aku macam kena tutup dengan kapas tebal, otak aku macam tergelincir, dan mata aku macam ada orang tutup suis lampu. Seterusnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.
*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa

Tuesday, April 29, 2014
Sambungan Communication Fail!
Hari ini, waktu makan tengahari, aku berjumpa dengan Munah lagi. Senyum dan ceria. Alhamdulillah....kali ini dia makan habis....Tamat
Friday, April 25, 2014
Communication Fail!
Sejak ada anak,
Sejak dah bekerja,
Sejak berhijrah....
Alhamdulillah....aku semakin tenang....
Cuma satu je....aku masih gagal berkomunikasi
Dah jelas sangat, aku bukan seperti orang lain
Boleh berbual tanpa ada sebarang masalah
Aku ada masalah berkomunikasi,
Aku tidak pandai berkawan, sebab itu aku tiada kawan...
Pasti ada hikmahnya....
Aku yakin setiap kejadian Allah s.w.t pasti ada kebaikannya....
Tiada Kawan, boleh jadi ini kelemahan, boleh jadi juga ini kekuatan aku...
Aku pernah berjumpa dengan orang yang sentiasa berteman. Munah (bukan nama sebenar) sentiasa kelihatan ceria disamping rakan-rakannnya. Setiap kali berjumpa dengan aku, mesti ada seorang dua rakan mendampinginya. Pada suatu hari, Munah bertembung dengan aku di sebuah restoran, untuk makan tengahari. Munah bersendirian kali ini, tapi dia menegur aku dengan mesra sekali. Aku pun ajak dia makan sekali. Sepanjang makan tengahari, banyak betul perkara Munah bercerita. Aku yang sudah biasa makan seorang diri, tak berkata apa-apa pun, hanya sekadar mendengar. Sesekali aku senyum, tanda aku faham dengan cerita Munah. Tiba-tiba aku terpandang Nasi Ayam di pinggan Munah, hanya suku sahaja yang luak. Pinggan aku, tok sah cerita la, ayam tinggal tulang saja. Aku pun tegur Munah.
"Kenapa tak habis nasi ayam tu?"
"Erm, kita memang selalu macam ni, selalu tak habis makan, dah macam-macam dah kita buat, tapi macam ni je la...." jawab Munah.
"Lain kali makan baca Bismillah, jangan lupa doa makan sekali"
"Eh, kan kita dah baca tadi, akak nak ayam kita?"
"Tak nak, akak dah kenyang....."
"Macam ni la kita kak, macam mana badan nak besar kan?"
Aku perhatikan susuk tubuhnya. Aku rasa aku yang lebih kurus. Munah terus menghirup Milo Ais, sebaik habis bercakap. Sekarang giliran aku pula bercakap.
"Sepatutnya...sebelum pesan pada waitor tadi, Munah kena cakap pada waitor tu, nasi kasi suku je, cakap ngan dia saya ada masalah penghadaman, lepas tu jangan order air milo, lebih baik kalau Munah order limau suam. Air milo cepat mengenyangkan......"
"Kak, Munah pergi dulu eh, ada kerja ni...." aku belum habis bercakap, Munah dah minta diri. Aku terfikir sendirian samada aku salah cakap ke atau aku cakap benda yang betul tapi orang tak mahu terima kenyataan?
Sekali lagi aku bersendirian hanya kerana berkata-kata yang tak sampai 5 minit pun. Aku tak tahu cara berbual orang sekarang. Kalau mengumpat, siap ada sambung-menyambung. Tetapi kalau berbual biasa dimasukkan sedikit elemen ilmiah, mulalah minta diri malah ada juga yang membantah. Kesimpulan cerita, aku tahu apa yang aku nak cakap tetapi aku tak tahu macamana cara nak cakap.

Monday, April 21, 2014
Aku dah Semakin bukan Diri Aku yang dulu.....
- Aku dah semakin suka tumbuh-tumbuhan, kalau dulu pijak tanah pun aku dah geli. Tapi sekarang aku dah mula bercucuk tanam. Mak aku pun hairan, tiba-tiba aku pegang cangkul, tanam serai, daun sup, dan pokok bunga wangi (tak tahu nama). Setakat ini, aku main tanam saja apa-apa yang boleh membuahkan hasil. Menanam pokok membuatkan aku tenang, mungkin ketika aku bercucuk tanam, aku mendapat bekalan oksigen yang SEGAR dari tumbuh-tumbuhan ini. OKSIGEN, Inilah yang sepatutnya dipanggil terbaik dari ladang.
- Sejak dah ada anak, aku suka menghabiskan masa di rumah. Aku dah tak workaholic lagi dah. Aku semakin faham hati dan perasaan Ibu & Ayah aku. Kalau boleh, hari-hari aku nak tengok Ibu & Ayah, dan Anak aku. Tengok muka diorang lama-lama, kalau boleh aku nak minta maaf sekali. Banyak sangat dah kesalahan aku buat pada diorang selama ini. Bila aku tengok diorang ini lama-lama, baru aku sedar. Aku tak perlukan PAKWE pun. BOYFRIEND adalah bukan satu keperluan. IBU & AYAH aku adalah keperluan aku selama ini.
- Dulu aku adalah seorang Kaki Wayang. Terus-terang aku boleh tengok wayang seorang diri di panggung wayang. Malang sekali, ada yang anggap aku Kaki Karaoke. Aku bukan Kaki Karaoke! Ok! Aku cuma seorang Kaki Wayang, sampai perkembangan cerita Fast & Furious, aku ambil tahu dengan betul-betul serius. Tapi, sekarang tengok TV pun aku dah tak larat. Paling-paling pun tengok berita atau cerita kartun. Tengok cerita kartun sikit, aku dah boleh ketawa dekah-dekah tu...kalah anak aku.
- Aku dah semakin faham kenapa aku hidup di Dunia ini. Aku perlu teruskan hidup di Dunia, kerana aku akan hidup di Akhirat buat selama-lamanya. Ini semua kerana Allah s.w.t, Dia adalah segalanya. Dia menyayangi ku selama ini. Tetapi aku tidak sedar ketika itu, malah aku berpaling daripada-Nya. Sekarang Dia-lah yang menyelamatkan aku daripada kecelakaan yang menimpa aku selama ini. Solat, Puasa, Al-Quran, dan Malaikat, jangan sesekali dipandang remeh. Cukuplah...segala yang aku buat selama ini. Aku bertaubat. Aku jijik dan malu dengan aku yang dulu. Hidup di Akhirat buat selama-lamanya.....aku tidak tahu samada aku akan hidup di Syurga atau Neraka.
Friday, December 9, 2011
Aku Kembali Menulis!
Dikau begitu memeningkan kepalaku....
Tanpa mu pening pun hilang....
Akan tetapi...kesunyian pula yang menjelma....
Engkau ribut, engkaulah taufan, engkaulah puting beliung yang sedang mengganas di dalam kepala ku ini....
Caramu, tindakanmu, ketangkasanmu, tidak syak lagi gagal dikawal....
Aku ibarat bumi,
Aku terkesima, kaku dan tidak tahu apa yang harus dilakukan....
Lemah dan terkulai layu,
Dan hanya menunggu dihanyutkan air hujan.....
Dikau begitu perkasa, cukuplah daku begitu terseksa...
Usah seksa aku lagi....
Bantu aku dengan tiupan lembut bayu mu,
Usapi aku dengan bisikan kalimah cinta mu....
Dikau ada sifat kemulian itu, nun jauh disudut hatimu.....
Tuesday, October 11, 2011
Cuba lihat mataku...
Kau kan tahu...tapi kau kan tetap membisu....(petikan lagu dari Kinaka Honey)
Yeah....makin jiwang kan aku sekarang.....
Alhamdulillah aku semakin tenang kebelakangan ini...
Kerjaya aku...kelam-kabut...
dan dalam kelam-kabut, aku dinaikkan pangkat, aku dapat PC baru ditempat kerja, dan aku jatuh cinta lagi dengan seseorang yang istimewa.
Bersyukur kepada Mu, dikau begitu memahami hamba Mu.
Tuesday, August 9, 2011
Stress!
Kebelakangan ini, aku kerap keletihan.
Bukan kerana puasa. Aku sudah biasa dengan puasa.
Aku letih bagaikan tiada tenaga.
Aku perlukan Istirehat rasanya. Cuti sambil melancong.
Ermmmm....sedap je dengar....Tapi! Bila?!?!
Bukan kerana puasa. Aku sudah biasa dengan puasa.
Aku letih bagaikan tiada tenaga.
Aku perlukan Istirehat rasanya. Cuti sambil melancong.
Ermmmm....sedap je dengar....Tapi! Bila?!?!
Sunday, July 17, 2011
Kepada Best Friend saya Ajak...
Every now and then
We find a special friend
Who never lets us down
Who understands it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that I've found
I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay
* I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way
Hmm……….. this way
I don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where I go
And I know that you'll be there
Forever more apart of time, you're everywhere
I'll always cares
(Repeat *)
And I'll be right behind your shoulder watching you
I'll be standing by your side and all you do
And I won't ever leave
As long as you believe
You just believe
(Repeat *)
Saturday, June 25, 2011
I'm not cool...
Aku penat, Aku busuk, Aku belum mandi,
Aku sudah bosan dengan apa yang aku buat selama ini,
Aku kembali kesunyian, kembali kepada dunia asal,
Dunia yang hanya penuh dengan imaginasi dan emosi,
Ini...
Bukan apa yang aku inginkan...
Takdir ini amat melukakan....
Dan lukanya teramat dalam, aku boleh mati kerana luka ini....
Bantu aku, sembuhkan luka ini...
Aku tak nak mati hanya kerana luka ini...
Ia sadis!

Sunday, May 1, 2011
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Terus-terang, aku selalu gaduh ngan mak. Tetapi aku tidak pernah tahu ia adalah gangguan Syaitan (Saka). Aku difahamkan adalah berdosa besar apabila kita bergaduh dengan ibu bapa. Jadi, Syaitan (sejak azali tugasnya untuk memesongkan aqidah manusia) akan sedaya-upaya mencari jalan untuk membuatkan kita bergaduh dengan ibu bapa kita sendiri. Aku berharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama.
Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara gangguan saka,
Symptom terkena saka:
Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara gangguan saka,
- Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
- Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
- Selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok
- Rasa mengantuk selepas asar.
Symptom terkena saka:
- Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
- Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
- Susah nak dapat anak, senang gugur.
- Ada rasa kelibat orang lalu.
- Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Wednesday, April 20, 2011
Ini untuk Ibu ku
sejak dulu,
tiada sepatah kata,
bisa ku gambarkan untuk mu,
sejak dulu,
kata-kata mu terlampau padat,
hendak ku ingat ke mana jua ku pergi,
tetapi terlalu berat untuk di hayati,
akhirnya...
apabila aku sudah dewasa,
kata-kata mu itu sudah terlewat dihayati,
ia sudah berlaku,
semuanya sudah berlaku,
hanya tinggal luka dan parut,
yang memerlukan rawatan,
baik dari hati,
baik dari pil-pil ketenangan,
namun,
aku kuat, tak perlu risau,
aku masih boleh berdiri,
jangan bimbang,
kata-kata mu akan ku pegang,
kan ku sampaikan pula pada anak dan cucu ku,
biar mereka belajar,
erti sebuah kehidupan.

Friday, March 25, 2011
Tak faham dengan diri aku sendiri.
Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

Saturday, March 12, 2011
Tak leh jadik! Kena beli gak!
Hah! peduli apa aku!!!!
Nak beli gak buku Emily the Strange yang tinggal seberapa je kat MPH tu....
tengah lak sale lak tu....
Well....aku akui kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni....
tetapi aku memerlukan sesuatu yang baru untuk dibaca....
bukan setakat surat khabar, bukan setakat berita,
aku memerlukan sesuatu yang tak sama perasaannyer...
Susah nak terangkan.....Ermmm???
Ex-treme!!!! yeah....
Aku perlukan sesuatu yang extreme,
Malangnya aku tak dapat join Ekpidisi mendaki Gunung Lambak esok.
Aku dah janji ngan adik aku nak bawak g Persada. Lagipun aku ada Guitar Lesson pada hari yang sama.
Memang rugi la....Company sponsor tue....

Saturday, February 12, 2011
Illustrasi
Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,
Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,
Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,
Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,
Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,
Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

Thursday, January 13, 2011
10 Perkara Aku Ingin Buat Setiap Hari.
Huh! aku terganggu lagi semasa tidur, dan tak tahu nak buat apa. Banyak benda mengganggu fikiran aku sekarang ini.....so inilah dia hasilnya...
- Menunaikan solat fardu 5 waktu.Yup! aku mengaku, solat tak menentu. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Aku bukanlah seorang manusia yang baik.
- Menyelesaikan segala tugas / masalah yang melanda. Tugas aku adalah seperti merangka masa depan, aku kena fikir perkara yang orang lain tidak fikir. Susah tu...
- Menjaga hati orang dan kawal kemarahan. Aku tak suka marah-marah, dan tak suka dimarahi.
- Memperbaiki kemahiran Design. Setiap hari pasti ada teknik baru untuk menghasilkan karya yang cantik. Setuju!!
- Simpan 10sen dlm tabung. Simpanan untuk masa tua nanti. Dah kena standby dari sekarang, herk!
- Buat artwork / iklan yang Gempak Da Bomb! Percaya tak hasil karya aku dah sampai ke Singapore!
- Memperbaiki kemahiran bermain gitar. Kan aku cipta lagu, jadi kenalah berusaha sikit.
- Minum Susu. Nak tambah tinggi dah terlambat dah, tapi untuk kekuatan tulang, erm...standby lagi sekali untuk masa tua.
- Tak nak picit jerawat. Ha ha ha ha...satu tabiat yang susah aku nak buang.
- Menyayangi orang yang menyayangi aku. Siapa sayang aku angkat tangan! Ha ha ha....Aku pasti ada orang diluar sana sedang menyayangi aku.
Tuesday, January 4, 2011
Suka - Suka!
Aku nyanyikan lagu
Lagu sesuka hati
Lagu berentak laju
Selaju kita lari
Dengar suara merdu
Merdu buluh perindu
Jantung pun boleh gugur
Khayalan bagai wujud
Ah! ini hanya puisi
Puisi luahan hati
Puisi kita bersama
Senang-senang dihayati
Kita bising di sana
Kita bising di sini
Hei! hati orang muda
Tiada kamus untuk BERHENTI
Maka,
Rentak ke kanan
Rentak ke kiri
Ikut irama sesuka hati
Friday, December 24, 2010
Ku Pujuk Diriku Sendiri
Engkau misteri...sungguh
Tiada kata untukmu...
Duniamu unik...tiada apa yang bisa digambarkan...
Engkau berbeza...lain daripada yang lain
Benar...tiada apa yang boleh dikatakan...
Hanya kau yang mengerti
tentang dirimu sendiri
Kiranya kau bersedih...
Kau sahaja yang merasainya...
Kau terjatuh, terluka dan berdarah
Engkau juga yang akan merawatinya sendiri....
Jika kau tidak mengendahkannya,
Kau ibarat melemaskan dirimu sendiri,
Terkapai-kapai lemah,
Dan tidak akan ada sesiapapun peduli
Sudah kau tahu,
Apa nasib dirimu,
Sudahlah cukup,
Usah dibiarkan hidupmu dibelenggu kesedihan,
Atau, kau kan sakit tidak tertanggung.

Tuesday, December 7, 2010
Workaholic....
Dah semakin sibuk aku sekarang, hinggakan tiada masa yang boleh diluangkan bersama keluarga. Bukan maksud aku untuk menjauhkan diri daripada mereka. Aku hanya ingin mencari sumber kewangan yang halal untuk menanggung hidup aku dan juga bakal keluarga aku nanti. Aku sendiri berasa aman apabila berada di tempat kerja. Ia bagaikan suatu tempat yang boleh membuatkan aku melupakan masalah keluarga yang aku hadapi sekarang.
MASALAH KELUARGA.
Katakanlah aku derhaka. Kenapa aku balik kampung setiap bulan.
Katakanlah aku tidak mengenang budi. Kenapa perkara baik yang aku buat selama ini, tidak pernah diendahkan.
Katakanlah aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Kenapa bil api & air, aku yang bayar sedangkan aku hanya balik kampung sekali-sekala.
Apa yang aku buat, dan apa yang aku cakap, hanya menimbulkan rasa amarah orang disekeliling aku. Dirumah keluarga aku sendiri, aku dimaki dan diperli dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Setiap kali aku balik, aku dilayan seperti hamba. Aku amat tidak selesa sekali apabila balik kampung.
DI TEMPAT KERJA.
Tiada siapa yang boleh caci-maki aku, itupun sudah cukup memadai. Aku cuma ingin merasa ketenangan, dan senda-gurau bukan seperti ketegangan di rumah. Kerana itu aku suka bekerja.

Thursday, November 11, 2010
Mereka Mereka
Termimpi-mimpi,
Berlari-lari,
Siang dan malam,
Malang yang menadah,
Luka dan pedih,
Tangan dan kaki,
Apa peduli,
Mereka disisi,
Tingginya awan,
Tersandar badan,
Dihamparan hijau,
Lesu dan letih,
Otak dan hati,
Mereka tak henti,
Tak pernah berhenti,
Berlari-lari,
Siang dan malam,
Malang yang menadah,
Luka dan pedih,
Tangan dan kaki,
Apa peduli,
Mereka disisi,
C/o:
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu)
Mereka selalu begitu,Dipandang langit,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu)
Tingginya awan,
Tersandar badan,
Dihamparan hijau,
Lesu dan letih,
Otak dan hati,
Mereka tak henti,
Tak pernah berhenti,
C/o:
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu)
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu) (Ayuh bangun)
(Majukan dirimu) (Ayuh bangun) 3x
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu)
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu)
Kupuji alam,
Cantik dan indah
Ku yakin ada...
Peluang disana...
Cantik dan indah
Ku yakin ada...
Peluang disana...
Wednesday, November 10, 2010
Bila aku nak ada pakwe neeei.....??????
Macam best je aku tengok orang lain ada pakwe, ada pasangan. Handset kat tangan tak henti2 vibrate. Baca SMS sambil tersenyum-senyum. Pergi keje ada org hntr, balik keje ada org tunggu. Sunyi2 kat umah, boleh tepon, tanya tu, tanya ni, citer tu, citer ni.
Kalau sedih, ada tempat ngadu. Kalau gembira, boleh kongsi bersama. Kalau marah, kalau berani, marah la....
Dah khatam buat kali ke berapa ntah, buku Steve Harvey ni aku baca. Tak de pape pun Effect. Ye...arrr....aku try ngurat cara American, mana org Malaysia boleh masuk jarum. At least, sekurang-kurangnya aku usaha la jugak nak cari pakwe. Tapi kalau jodoh, Tuhan kata nanti...Nanti lerR! Tak sabar-sabar!
Bukan tak sabar, umur aku dah 25, nak masuk 26. Oi! sape tak takut!!!!
Aku pun Not Bad pe?? Tak de kete, tak de umah, tak de hutang......Tak tau la....dimana silapnyer....
Banyak Kelemahan sebenarnya.....

- Aku tak tau berbual dengan budak lelaki. Aku tak de keberanian untuk menegur sesiapa. Lidah aku mcm melekat ngan lelangit.
- Aku terlampau berhati-hati.
- Aku tak dapat tangkap Body Language seseorang.
- Yes! aku tak pandai melawa. Aku cuba, tapi aku cuma boleh melawa depan org yang aku selesa je. Aku tak biasa dengan personaliti yang bercampur-baur.
Monday, November 1, 2010
Radiohead - Creep
Lagu kegemaran aku sejak dari dulu lagi,
Yup! menggambarkan sifat sebenar diri aku yang pelik ini.
Rasa macam nak mati je...
kerana hidup ini tiada siapa pun yang ambil peduli.....
Monday, October 18, 2010
Hati ini tidak tenang
Hari ini, apa benda yang aku buat, semua jadi serba tak kena. Semuanya menjadi bising, tegang, dan serius. Tiada senda-gurau. Langsung tiada senda-gurau. Aku kena lari daripada sini, lari seketika untuk menghilangkan rasa segala perasaan yang tak berguna. Perasaan yang boleh menaikkan marah, sedih, dan pilu dalam jiwa ini. Lari punya lari, aku singgah tempat makan. Makanan pun tak sedap, hanya beberapa suap sudu sahaja yang dapat aku telan. Apa kena dengan aku pada hari ini?
Aku termenung sekejap, dan tarik nafas sambil menyedut oksigen, tahan sehingga sedaya mana yang aku mampu. Lalu aku hembuskan karbon dioksida. Aku masih bernyawa, Alhamdulillah.
Ketika itu, dan saat itu, dihadapanku, SURAU. Ringan sungguh kaki aku melangkah masuk. Perlahan-lahan air paip dibuka, dengan lafaz Bismillah..aku mengangkat Wuduk.
Keji benar aku ini, sudah lama aku tidak menunaikan solat. Solat pun ibarat main-main, dimana ia seperti sesuatu yang terabai, tidak diperlukan.
Pada teori aku, Solat itu adalah seperti media yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, ia seperti Facebook, Twiitter, dan MySpace. Media (Solat) untuk kita luahkan hati dan perasaan, adakala tempat kita untuk mengadu, dan meraih simpati. Dan Media ini adalah istimewa, ketika aku menangis menadah tangan memohon simpati, aku percaya diatas sana sedang melihat aku dengan penuh kasih dan sayang. Aku dibelai dengan tiupan ketenangan ke dalam hati ini. Diberikan semangat dan kekuatan dengan tubuh badan yang sihat ini. Kebijaksanaan dan kecergasan ke saluran Impulse untuk diterima ke dalam otak ini.
Syukur...Alhamdulillah...aku dapat bekerja dengan baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Novel : KABAYAN
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata...