Monday, June 2, 2014

Tekanan Darah Rendah 1

Sakit, sakit, sakit.
Hampir setiap bulan aku jatuh sakit. Aku pun makin risau. Risau dengan macam-macam benda, kerjaya + periuk nasi + kesihatan + keperluan harian + ibadah harian, dan sebagainya. Salah aku juga. Ketika aku sihat banyak kerja yang aku tangguh, akibatnya pada saat-saat terakhir aku kelam-kabut, sehingga makan minum aku tidak terjaga. Lalu aku pun jatuh sakit, dan disahkan mengalami Tekanan Darah Rendah.

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, aku diserang Hypotension (Tekanan Darah Rendah). Pada pagi itu, aku bangun dari tidur, ketika aku hendak bangun, aku tak boleh bangun. Kepala aku sakit sangat dan aku juga rasa seperti otak aku bergegar. Aku cuba juga bangun namun gagal, kaki aku tidak dapat merasa lantai yang dipijak. Pada masa yang sama juga, anak aku bangun. Aku tidak dapat membaca fikirannya, dia sungguh gembira melihat kelakuan aku yang sedang menahan sakit. Sedang aku merangkak menuju ke tangga, anak aku naik atas badan aku, menghenjut-henjut gembira, aku pun rebah ke lantai dan berpura-pura pengsan. Anak aku tarik-tarik tangan aku sambil merengek-rengek, melihat riak wajahnya aku tidak sampai hati untuk mengendahkan kehendaknya. Dia masih kecil, masih tidak faham jika ibunya sakit. Aku duduk di tangga, perlahan-lahan menghulurkan kaki menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba anak aku pun mengikut cara aku turun tangga, siap ajak aku berlumba. Sudah tentulah dia menang, dia sihat, aku sakit. Sampai di hujung tangga, aku cuba berdiri lagi. Usai aku berdiri, telinga aku macam kena tutup dengan kapas tebal, otak aku macam tergelincir, dan mata aku macam ada orang tutup suis lampu. Seterusnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa

No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...