Sunday, August 14, 2022

Syair Anak Muda

Ku tulis puisi indahnya berseri
Kisah nak muda berilmu bestari
Ilmunya tinggi setinggi nuri
Terbang di langit tetaplah lestari

Merantaulah dia seorang diri
Di tempat orang dia berdikari
Halal nan berkat rezeki dicari
Mudah mudahan hidup berpugari

Kendati berlaku onak dan duri
Nasib yang buruk segera ditempuri
Lemah dan malas janganlah digari
Biarkan pergi biarkan berlari

Sungguhlah benar tidak berperi
Ilmu yang putih sinarnya berseri
Ilmu diamalkan setiap hari
Merdeka aman disanubari 

Aduhai sayang....
Aduhai sayang seribu kali sayang...
Berdiri sendiri, berdiri sendiri
Merdeka berbakti 

Aduhai sayang....
Seribu kali sayang....
Merantaulah si anak muda
Ke Kota Melaka...

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...