Thursday, April 30, 2009

Kisah Diantara Kau Dan Aku

di malam itu
bulan pun turut terharu
melihatkan kau dan aku berpisah akhirnya
tiada ketemu

cinta, bukan lagi milik kita
dan kau sendiri pun mengerti
apa yang telah terjadi
antara kau dan aku

tapi, tiada pernah kusangkakan terjadi
cinta sejati hilang menyepi
kepergianmu tiada kembali
terbiar aku menyendiri

kau berikan segala yang ku perlukan
di dalam alam lena kau di sisi
kau menjelma, dan menghilang, menghantui
jiwa raga yang belum pernah sepi

cinta....kita.....
telah pergi...
tiada.....lagi....
kisah diantara kau dan aku.....

aku impikan mu.......

Tuesday, April 28, 2009

Perikebinatangan

sehalus nyawa,
tiada apa yang terlihat,
langit yang cerah diselubungi kelabu,

dan tiada apa yang terindah,
tiada apa yang ternilai,
hanya suara rayuan meminta ihsan

ah! tak semena!
melangkah jijik dan tak berpaling
malah!
dicemuhi kata keji mengguris hati

begitu juga darah yang mengalir
kesan penyeksaan tiada berakhir

Saturday, April 11, 2009

Biar, Siapa yang Peduli

biarkan aku,
terus begini, kerna ini nasib ku
siapa yang peduli,

kepingin belaian kasih mesra,
dan bila aku dewasa,
aku faham dan mengerti,

kasih mesra itu tidak layak untuk manusia seperti aku,
aku punya hati, yang diselubungi debu-debu hitam,
punya perasaan, yang penuh dengan amarah, dendam dan benci

pandangan mata yang tajam mencari keburukan orang
fikiran yang tamak dengan kebendaan dunia

kepada manusia yang pernah aku sakiti,
maafkan aku,
biarkan aku sendiri,
ini nasibku, sendirian dan tiada siapa pun peduli

Sunday, April 5, 2009

Kau Kan Pergi Jauh

C/o:

kau cuba amati dulu
cuba lihat dirimu
kau kan mampu
tapi kau diam membisu

kau cuba fahami dulu
seluruh jiwamu
segenap hatimu
kau kan pergi jauh

1st Verse:
kau tidak sepertimana kusangka
sepertimana kali pertama ku kenali dulu

kau membuat daku menjadi dungu
setiap masa sentiasa selalu
Mengapa kau begitu

kau mencipta irama
Tertanam dijiwa
kau kan tahu, tapi kau diam membisu

C/o:

2st Verse:
dan pintaku ntuk kali terakhir
kali terakhir untuk dirimu
usahlah membisu!

Dan luahkanlah segala isi hatimu 
Tuliskan dengan pena hitammu
Janganlah membisu! 

dan buatlah sesuatu
tenangkan dirimu
kau kan tahu, dan kau kan terus memburu

C/o2:
Percaya dirimu 2x
Kau kan pergi jauh 2x
Kau luarbiasa 2x
Kau kan berjaya.... 

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...