Wednesday, June 4, 2014

Tekanan Darah Rendah 3

Setelah beberapa perkara berlaku kepada aku, aku buat sedikit Research tentang rawatan penyakit Tekanan Darah Rendah. Ada beberapa petua yang boleh diikuti:
  1. Jangan bersilang kaki ketika duduk. Amalkan memakai stokin untuk mengelakkan kesejukan. Jika anda kesejukan, pergi ke tempat yang tidak sejuk seperti luar pejabat. Elakkan dari tempat yang berhawa dingin.
  2. Lakukan sedikit senaman. Oleh kerana pesakit TDR tidak digalakkan melakukan senaman jenis berat, maka lakukan senaman jenis ringan seperti ketika anda duduk secara tegak, perlahan-lahan tundukkan kepala anda hingga mencecah kepala lutut. Lakukan 2-3 kali.
  3. Banyakkan makan makanan yang sihat. Biarlah berbelanja besar sedikit, Daging Merah dan Broccoli antara makanan yang cepat menghasilkan darah dalam badan. Terus-terang, aku bukanlah seorang pemakan sebab itu aku dapat penyakit ini. Jadi amalkanlah pemakanan yang seimbang, rujuk jadual pemakanan seimbang. Ingat! Sekali anda diserang apa-apa jenis penyakit, pembelanjaannya adalah lebih besar daripada apa yang anda jangkakan.
  4. Jadual Pemakanan Seimbang.
    Minum air mineral sebanyak mungkin. Sekali-sekala minum 100Plus. Kalau boleh, sentiasa bawa botol 3Liter air masak ke mana sahaja anda pergi. Banyak manfaatnya, percayalah.
  5. Berdoa, Solat, dan bertawakal. Amalkan Doa Nabi Ayub. Insyallah, hidup sentiasa sihat dan berkat.
*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Tuesday, June 3, 2014

Tekanan Darah Rendah 2

Pada hari Jumaat, 30/5/2014.
Aku jatuh sakit lagi pada minggu yang sama. Kali ini di pejabat. Pejabat aku biasalah berhawa dingin, tetapi kali ini aku benar-benar tidak tahan hawa dingin 27 darjah celsius itu. Lalu aku bersembunyi di bawah meja, sambil menggigil kesejukan. Satu kerja rakan-rakan pejabat cari aku, akhirnya jumpa juga aku di bawah meja. Aku dibenarkan berehat di pantry, macam serangan Hypotension yang sebelum ini cuma aku tak pengsan saja. Tidak lama kemudian, kakak dan ayah sampai. Aku terus dihantar ke hospital. Di hospital inilah ketahanan badan aku benar-benar teruji, sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku dikehendaki baring di atas katil, kemudian dikehendaki kumpul air kencing, kemudian aku kena cucuk jarum pula, 2 tempat, 1 di bahu, 1 lagi di belakang tapak tangan. Baru aku dibenarkan tidur. Tidur pun tak lena sebab aku amat kesejukan dan juga bekas cucukan jarum membuatkan aku tidak selesa. Bagaimanapun aku cuba tidur, tidur, tidur, tidur, dan ahli keluarga aku pun sampai. Walaupun dalam keadaan kabur, aku dibenarkan keluar hospital. Aku dinasihatkan supaya makan lebih banyak, Insyallah aku makan dengan lebih banyak. Sampai di rumah, anak aku minta dukung dan aku pun dukung, masuk bilik, jumpa katil, dan lepas itu aku tak ingat apa-apa lagi dah.......yang aku tahu, bangun pagi, tengok cermin, dan muka aku penuh dengan dakwat pen.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Monday, June 2, 2014

Tekanan Darah Rendah 1

Sakit, sakit, sakit.
Hampir setiap bulan aku jatuh sakit. Aku pun makin risau. Risau dengan macam-macam benda, kerjaya + periuk nasi + kesihatan + keperluan harian + ibadah harian, dan sebagainya. Salah aku juga. Ketika aku sihat banyak kerja yang aku tangguh, akibatnya pada saat-saat terakhir aku kelam-kabut, sehingga makan minum aku tidak terjaga. Lalu aku pun jatuh sakit, dan disahkan mengalami Tekanan Darah Rendah.

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, aku diserang Hypotension (Tekanan Darah Rendah). Pada pagi itu, aku bangun dari tidur, ketika aku hendak bangun, aku tak boleh bangun. Kepala aku sakit sangat dan aku juga rasa seperti otak aku bergegar. Aku cuba juga bangun namun gagal, kaki aku tidak dapat merasa lantai yang dipijak. Pada masa yang sama juga, anak aku bangun. Aku tidak dapat membaca fikirannya, dia sungguh gembira melihat kelakuan aku yang sedang menahan sakit. Sedang aku merangkak menuju ke tangga, anak aku naik atas badan aku, menghenjut-henjut gembira, aku pun rebah ke lantai dan berpura-pura pengsan. Anak aku tarik-tarik tangan aku sambil merengek-rengek, melihat riak wajahnya aku tidak sampai hati untuk mengendahkan kehendaknya. Dia masih kecil, masih tidak faham jika ibunya sakit. Aku duduk di tangga, perlahan-lahan menghulurkan kaki menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba anak aku pun mengikut cara aku turun tangga, siap ajak aku berlumba. Sudah tentulah dia menang, dia sihat, aku sakit. Sampai di hujung tangga, aku cuba berdiri lagi. Usai aku berdiri, telinga aku macam kena tutup dengan kapas tebal, otak aku macam tergelincir, dan mata aku macam ada orang tutup suis lampu. Seterusnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...