Wednesday, December 20, 2023

Stick to the Plan

Aku sepatutnya stick to the plan yang pernah aku rancang sebelum ini.
Belajar hidup menyendiri.
Tapi rupa-rupanya aku tidak mampu hendak hidup bersendirian.
Plan aku tidak menjadi.
Lagu-lagu ciptaan aku tidak menjadi.
Buku karya aku tidak menjadi.
Angan-angan aku untuk jadi isteri orang pun tidak menjadi.
Dosa aku terlalu banyak, mungkin.
Aku tidak cukup berusaha, mungkin.
Aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, mungkin.
Aku terlalu berfikir sampai hari kiamat, mungkin.
Sebab aku hidup bersendirian!!!!

Aku cuma mahu hidup biasa macam orang biasa.
Tetapi aku sendiri yang tidak dapat hidup seperti orang biasa.
Mungkin aku sudah lama sangat bersendirian sehingga aku sendiri tidak tahu cara hidup berkeluarga.
Tiada sesiapa pun yang boleh masuk kepala dengan aku.
Aku terpaksa bersendirian dan aku harus terima hakikat ini.
Stick to the plan, belajar hidup bersendirian, bersabar dan lihatlah nanti. Apakah hikmah yang Allah nak beri.
Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri ini.....

Saturday, November 4, 2023

Pesanku kepada semua Ibu Tunggal

Pergilah sembahyang Subuh berjemaah di surau atau masjid. Kenapa?
1. Allah SWT akan menjaga kita sepanjang hari itu. Betul! Ini betul-betul terjadi kepada diri penulis sendiri. Allah SWT akan protect kita daripada nak kena scam, nak kena tipu, nak bergaduh, nak berbuat sesuatu kejahatan dan segala benda yang tidak baik. Allah SWT jaga kita dari segi luaran dan dalaman kita. Seolah-olah ada shield 🛡️ yang boleh melindungi kita sepanjang hari.
2. Anak-anak kita pun semakin baik perangainya. Lebih-lebih lagi anak lelaki, kerana ada ramai pakcik-pakcik yang rajin menegur budak-budak ni suruh solat betul-betul, suruh kemas-kemas sejadah, buang sampah dan bersih-bersihkan masjid. Secara tidak langsung anak-anak kita terdidik tanpa kita perlu menjerit, marah-marah dan naik angin. 
3. Jangan risau, suasana masjid sekarang adalah lebih mesra muslimah. Tidak bertembung pun dengan jemaah lelaki. Namun muslimah digalakkan menjaga aurat dan akhlak serta tidak berwangi-wangian secara berlebih-lebihan. Cubalah sedaya upaya menjauhi apa-apa fitnah.
4. Murah rezeki. Ada sahaja rezeki datang, terutama sekali apabila kita betul-betul dalam keadaan susah. Kadang-kadang ada sahaja benda yang membantu tatkala kita betul-betul memerlukan pertolongan.

Thursday, October 26, 2023

Suara

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara?
A.     F.        C.                         G. 
Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara?
A.     F.        C.                         G. 
Sehari semalam Azan berkumandang 
A.     F.        C.                         G. 
Menenangkan jiwa, menerangkan hati ❤️
A.     F.        C.                         G. 
Ku masih terleka diselangi alpa
Ku akui.... Ku akui....

Ku terdengar.....suara.... memanggil diri ini...!
A.     F.        C.                         G. 
Ku terdengar.....suara.... memuji kebesaran..!
Ku terdengar.....suara.... menunaikan kewajipan...!
Ku terdengar.....suara.... menuju kejayaan..!

Hei! Dunia! Biarlah azan terus berkumandang!
Hei! Dunia! Biarlah suara ini terus membangkitkan!
Dibalik selimut, masih nyenyak tidur,
Bangunlah segera, menghadap Tuhan mu,
Bersihkan diri mu, sempurnakan wuduk,
Kau takkan rugi, takkan rugi...

Ku terdengar.....suara.... memanggil diri ini...!
Ku terdengar.....suara.... memuji kebesaran..!
Ku terdengar.....suara.... menunaikan kewajipan...!
Ku terdengar.....suara.... menuju kejayaan..!

استيقظ، قم بواجبك بسرعة، استيقظ بسرعة


Pengorbanan

Aku perlu pergi dari sini, sungguh...
Seinci yang ada pada aku diperhatikan dan dicari salah....
Uuuhhh dahsyatnya mereka mencari kesalahan aku sehingga membuatkan aku tidak sempat bernafas....
Aku semakin penat dengan masalah-masalah ini...
Semakin lenguh bahu aku menahan beban-beban ini....
Ingin saja aku berlari ke bumi yang sedang bergolak dengan peperangan sekarang ini....
Biarlah badan aku yang menahan peluru....
Biarlah aku yang terkorban di sana.....
Izinkan diri ini berjihad, wahai Tuhan....
Aku semakin tidak berguna berada di sini....
Untungnya saudara Islam kita di sana....

Sekejap....
Sedangkan beban disini pun aku sudah berputus asa, apatah lagi hendak menanggung beban disana yang memerlukan kekuatan rohani dan Iman serta fizikal....
Tempat tinggal diambil, keluarga dibunuh, makanan, minuman dan pakaian tidak cukup, tidur dalam ketakutan, tiada masa untuk berhibur, tiada masa berseronokkan bersama ahli keluarga.
Buka mata, ada kematian yang berlaku.
Tutup mata, rupanya yang tadi bukan mimpi.
Aku sedar aku harus bersyukur,
Tetapi jiwa ini tidak tenang selagi badan ini tidak berbuat apa-apa pengorbanan untuk agama.

Saturday, September 9, 2023

Dunia Itu Ujian

Dunia itu Ujian,
Dunia itu sendiri Ujian,
Diri engkau sendiri Ujian,
Orang disekeliling engkau pun Ujian,
Samada engkau kaya atau miskin,
Engkau akan tetap menghadapi ujian,
Engkau hodoh pun ujian, engkau cantik lagi lah ujian,
Engkau hidup bersendirian pun ujian, engkau hidup berkeluarga pun ada ujian,
Kemana-mana engkau pergi pun ujian,
Akan tetapi jika engkau duduk di rumah sahaja,
tidak bertemu dengan sesiapa,
tidak berbuat apa-apa,
tidak mahu ujian datang menimpa,
Hidup engkau amat membosankan.....

Mahu atau tidak,
Engkau perlukan ujian,
Ujian untuk memperbaiki diri engkau sendiri,
Ujian ini tidaklah jahat,
Ujian ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan diri engkau,
Siapa engkau yang sebenarnya?
Apa kelebihan engkau?
Apa kekurangan engkau?
Tuhan pun dah berkata,
"Aku berikan ujian mengikut kadar kemampuan engkau"

Dunia ini ujian,
Akhirat itu keputusannya,
Samada Syurga atau Neraka.

Thursday, August 31, 2023

Sahabat (in progress)

Kau penyeri
Kau lah petunjuk
Kau penyampai kalimah agung 
Helaian mu penyinar syurga 
Kata-kata mutiara
Malam itu
Kau begitu tenang
Menyenangi hati yang gundah
Malam itu
Kau bisikkan sesuatu yang tak terlintas di kalbu ku
Kau kan jadi sahabat ku sehingga ke alam yang seterusnya 

Chorus:
Disaat aku berduka
Kau lah penghibur ku
Disaat aku terluka
Kau lah penawar ku
Disaat aku menyepi
Kau hadir menemani ku
Kau sahabat ku ...... Sejati.......

La la la la la....
Kau sahabat ku ...... Sejati.......

Sunday, August 27, 2023

Waktu Itu - Remake


Aku berdoa dan berharap, ada penyanyi yang sudi menyanyikan lagu aku. Buat album dan buat duit dengan lagu ini.

F
Dari permulaan, penuh kesukaan
C
Ku buat pilihan, tanpa kesedaran
D
Hadirnya musibah, mengubah hidupku
A
Membuatkan aku semakin keliru,

F
Ku terlalu lemah, ku terlalu naif
C
Tiada petunjuk, tiada pembimbing
D
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
A
Ku pilih Engkau, bukan dunia....

C/o:
F
Hadirlah....cintaku...
C
Terimalah....taubatku...
D
Terimalah....taubatku...
A
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....

F
Kukesali semua, kesilapanku
C
Tiada ku mahu mengulanginya
D
Tiada ku mahu nasibku begini
A
Ingin ku tebus segala kesalahan

F
Namun tiada daya, tiada kesempatan
C
Masa berlalu begitu pantas
D
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
F
Mohon hidayahMu bukan hiburan

Ulang C/o F A F G

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ

2x

F
Ku ingin kembali ke waktu itu
C
Mohon hidayahMu bukan hiburan...
D
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
A
Ku pilih Engkau, bukan dunia...

Ending

F                          C
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
D                      A               F
Disaat Cahaya ada untukku.....

Friday, June 30, 2023

10 Perkara Aku Mahu Buat Sebelum Umur 40

1. Khadaq balik solat-solat yang tertinggal dan solat sepertiga malam (tahajud).
2. Tidak mahu berhutang lagi.
3. Terbitkan semua hasil karya.
4. Buat ibadah korban setiap tahun, kalau boleh nak bela kambing 🐐 sekali.
5. Ambil kursus haji, kursus pengurusan jenazah, kursus memperbaiki solat dan apa-apa kursus yang akan aku gunakan masa aku tua nanti.
6. Tak nak gaduh dengan mak lagi. Ini adalah yang paling susah. Memang susah, sebab itu aku selalu jarang ada di rumah. Namun, apa yang patut aku lakukan jika perkara ini berlaku?
7. Buat baik kepada kedua ibu bapa aku selagi aku mampu. Tetapi terus-terang, aku tak boleh ikut gaya hidup, cara permikiran dan keputusan ibu bapa aku, kerana mereka terlalu mengejar duniawi. Aku dah penat mengejar kemewahan dan kekayaan dunia, apa yang aku dapat? Aku hanya dapat penat. Melainkan kerja kerana Allah, ya, tak kaya harta tetapi kaya dengan ketenangan dan kebahagiaan.
8. Tak nak melenting lagi. Aku agak kurang kesabaran apabila berdepan dengan orang yang suka marah-marah, cakap tak pakai otak dan melemah-lemahkan orang lain. Apa yang patut aku lakukan jika perkara ini berlaku?
9. Bersendirian. Aku ada masalah komunikasi. Aku susah nak faham kata-kata orang, lebih-lebih lagi dengan orang yang banyak bertanya. Sekejap tanya tu, sekejap tanya ni. Membuatkan aku jadi keliru. Baik aku lari dari situasi dungu itu.
10. Berkahwin. Jika ada jodoh 

Saturday, June 24, 2023

Ting!

28 Mei 2023.
Pukul 6 petang.
Ting! 1 pesanan WhatsApp masuk.
Assalamualaikum....

Aku pun jawab,
Wa alaikumsalam, tengah drive...

Dia jawab,
Oh sorry, maaf ganggu.

Dengan fikiran yang berkecamuk, aku pulang ke rumah. Stress kerja, stress beban hutang dan stress dipulaukan rakan sekerja, membuatkan aku sudah muak dengan perangai manusia 😶. Sampai sahaja di rumah, macam biasa aku mandi, makan dan solat. Menjalani kehidupan seharian yang sama selama 10 tahun. Tentang orang yang WhatsApp aku tadi, lantaklah dia. Kalau dia betul-betul sukakan aku, dia akan terus berusaha.

Ting! Pesanan WhatsApp dari orang itu masuk lagi. Huh! Penatnya. Tiba-tiba, aku teringat kata-kata kawan-kawan yang ambil berat tentang diri aku.
"Sampai bila engkau mahu macam ni?"
"Kau tak nak berumahtangga ke?"
"Dia tu ok, cuma gayanya memang gaya orang kampung,"
"Cubalah berkawan dulu, kalau kau tak suka kau lari jauh-jauh,"

Ting! Selepas solat Isyak, smartphone aku berbunyi lagi. Orang yang sama. Tidak berputus asa. Ya, aku berikan dia peluang berkenalan.

13 Jun 2023
Ting! Kita couple! 🥰

17 Jun 2023
Ting! Dia berjumpa dengan kedua ibu bapa aku! 😝

1 Julai 2023
Ting! Giliran aku pula berjumpa dengan ibubapanya. 😱

Thursday, May 11, 2023

Ada Seorang Makcik di Masjid

Ada seorang makcik di masjid,
Selalu bersendirian,
Tidak kekok beribadah bersendirian,
Habis Tok Imam baca doa,
Dia pun bangun,
Jemaah perempuan tidak ramai,
Tiga orang sahaja termasuk aku,
Kami bersalaman.

Di lain hari, makcik itu ada lagi,
Beribadah seperti biasa,
Wajahnya aku perhatikan,
Sungguh tenang dan jarang sangat berkata-kata,
Kali ini hanya kami berdua,
Aku perkenalkan diri, makcik itu pun sama,
Perkenalkan diri.

Balik dari masjid, aku terdiam seribu bahasa,
Cerita makcik tadi membuatkan aku menarik nafas sedalam-dalamnya,
Dia sebatang kara, kematian suami,
Tidak mempunyai zuriat,
Kerja sebagai tukang cuci,
Tidak mempunyai sesiapa lagi didunia,
Seawal pagi sembahyang di masjid, pergi kerja berjalan kaki, balik kerja terus ke masjid.
Begitulah rutin hidupnya berhari-hari.
Bagaimana pula makan dan minum? Aku bertanya.
Makcik itu tersenyum.
Dia kata, ada, sentiasa ada, Alhamdulillah.
Mandi dan bersihkan diri? Aku bertanya lagi.
Makcik itu tersenyum lagi, dia selalu membersihkan bilik air masjid.
Pihak masjid pun senang dengan kehadirannya.
Gunalah makcik, itu upahnya.

Wah! Senangnya hidup makcik ini.
Dia hanya seorang tukang cuci.
Aku pula seorang yang ada jawatan.
Harian aku berdepan dengan masalah.
Masalah aku pula tidak pernah selesai.
Juga tidak mampu membuat ibadah seperti makcik ini.

Makcik, kita bertukar tempat, mahu tak?
Gurau aku saat akhir berbual dengannya.
Makcik itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.

Tuesday, May 2, 2023

Tak akan ada sesiapa yang baca

Semasa aku tengah buat kerja, otak aku ligat berkata-kata.

Semasa aku nak menulis apa yang otak aku kata-katakan tadi, hilang pula semuanya.

Bagaikan awan menghilang dibalik mentari.

Sebenarnya, telinga aku ni masih terngiang-ngiang teringat kata-kata mak aku.

Kata-kata yang downkan semangat aku.

"Kin, Kin dah tua, Kin tahu kan?"

"Kin nak buat apa lagi? Kin belajar tak tinggi,"

"Kin nak buat apa-apa, buatlah, mak tak tahu apa-apa,"


Aku tak nak ingat, aku nak lupakan. SEBAB. Aku sakit hati. SEBAB. Apabila berkumpul dengan saudara-mara, mak aku tak habis-habis bercerita tentang adik aku yang sedang mendapatkan PHD. Dari bermulanya majlis dan berakhirnya majlis, itu sajalah ceritanya. 

Mak aku dah tua, fikirannya pun amat tua. Kalau dia fikir A itu bagus, jadi sampai bila-bila pun A itu bagus, sampailah dia meninggal dunia suatu hari nanti. Walhal, dia tak tahu B, C, D, E, F dan yang lain-lain itu ada yang lebih bagus.

Sunday, March 26, 2023

Runtuh

Di Johor,
Kemana saja aku pergi,
Aku lihat yang mewah hanya berwarna merah,
Di Johor,
Kendatipun kau berpelajaran tinggi,
Kau tetap menjadi kuli,
Di Johor,
Puas engkau berpugari,
Akhirnya tiada yang berhasil,
Di Johor,
Yang berilmu ditentang hebat,
Yang dungu bermaharajalela,

Friday, March 24, 2023

in progress

Sekian bumiku telah lama dijajah
Gunung bukit rimba semua ditarah
Tiada yang tinggal dalam sejarah
Bangsaku buta tiada tentu arah.

Sedetik ku teringat tentang zaman silam amat menyakitkan amat mendalam.

Saturday, March 11, 2023

Tujuan

Sejak ku berlari ke alam fantasi,
Dunia ku penuh berseri bagai realiti,
Bila ku mencelik, hati ku berdetik,
Dunia ku berdiri ini hanya penuh fasik,
Ku akui....
Hidup ku terumbang-ambing,
Berlayar dalam gelap....
Mencari hakiki...
Aku bukan diriku...
Bukan seperti dahulu...
Seperti yang kau karang...
Di dalam diari...

Ku masih mencari, erti hidup ini,
Apa tujuan hidup ku yang sesingkat ini,
Kejap ku begini, kejap ku begitu,
Ku masih banyak berfikir, jiwa ku celaru,
Ku akui....
Hidup ku terumbang-ambing,
Berlayar dalam gelap....
Mencari hakiki...
Aku bukan diriku...
Bukan seperti dahulu...
Seperti yang kau karang...
Di dalam diari...
Adakah kau sedar....
Kau juga seperti aku....
Berlayar dalam gelap....
Mencari tujuan hidup... tujuan hidup 

Sudah ku berlari, keluar dari mimpi,
Melihat sendiri rasa pedih onak duri,
Biar ku rasai, makin ku hargai,
Dunia sesingkat ini hanya mimpi ngeri,
Ku akui....
Hidup ku terumbang-ambing,
Berlayar dalam gelap....
Mencari hakiki...
Aku bukan diriku...
Bukan seperti dahulu...
Seperti yang kau karang...
Di dalam diari
Adakah kau sedar....
Kau juga seperti aku....
Berlayar dalam gelap....
Mencari tujuan hidup... tujuan hidup...

Move...low...real slow... hear more your soul....3x

Sunday, February 5, 2023

Aku Terlalu Sibuk Sehingga Demam

    Minta maaf kerana terpaksa banyak mendiamkan diri sejak bulan Oktober tahun lepas. Aku terlalu sibuk sehingga aku kerap jatuh sakit. Aku kerap sakit, COVID? Choi!!! Jangan diminta! Aku sakit demam je, tapi demam yang teruk dan on off - on off. Tetapi bagaikan ada satu pertolongan yang datang kepada aku semasa teruk bertahan melawan sakit ni. Aku on smartphone, ada tips keluar, dia suruh aku mandi air hujan, bukak Youtube - dengar ustaz-ustaz berceramah, diorang pun suruh mandi air hujan. Balik rumah, baca buku jap selepas solat, pun suruh aku mandi air hujan. Yang sedapnya, memang musim hujan kat tempat aku ni.

    Maka, keesokan pagi hari Sabtu yang sejuk akibat hujan sepanjang malam. Aku dengan tiada perasaan lagi dah, dengan demam menggigilnya, dengan berbaju t-shirt dan berseluar pendek sahaja, pergi ke tengah laman rumah aku, apa lagi? Mandi air hujanlah. Mandi air hujan secara direct daripada langit. Masa tu baru lepas sembahyang Subuh. Masih gelap lagi, so belum ada orang lalu-lalang. Kalau ada orang lalu-lalang, malu jugak nak buat kerja gila ni. Aku ingat lagi, masa tu aku memang kesejukan tahap Gunung Kinabalu, gigi aku terketap-ketap, badan aku menggigil dan aku pun dah macam naik sawan dah semasa bermandikan hujan.

    Ok, sekejap, cerita belum habis. Sedang aku mandi hujan, aku dapat rasakan hembusan nafas aku panas. Hembusan nafas panas, biasalah tu, semua orang macam tu. Tetapi hembusan nafas aku ni memang betul-betul panas dan ia terhembus sekali saja. Dan pada masa itu juga aku terasa lega yang amat. Kemudian, aku bilas badan di bilik air macam biasa. Demam aku serta-merta hilang. Pening kepala dan keletihan pun hilang. Aku dapat berjalan dan membuat kerja dengan baik selepas mandi hujan tu. Apa yang aku nak cakap kat sini, engkau orang demam tak? Kalau berani cubalah cara aku ni. Mana tahu, terus sihat dan boleh berlari. Tamat. 

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...