Thursday, February 24, 2022

Cara Beramal dengan surah Kahfi (Kin Aziz Style)

Surah al Kahfi ada 12 muka.
Bahagikan kepada 3 waktu, iaitu selepas solat Isyak, sebelum solat Subuh dan selepas solat Zuhur.
Jadi dapat 4 muka surat perlu dibaca dalam satu waktu.
Senang! 
Semoga dapat diamalkan!

Sunday, February 13, 2022

Ciri-ciri Scammer

1. Mengurat. Scammer akan selalu puji dan bersikap positif terhadap gambar-gambar anda di IG dan mana2 media sosial untuk membuatkan anda bahagia dan akhirnya jatuh cinta dengan dia.
2. Cerita Palsu. Scammer akan membuat pelbagai cerita. Jangan percaya cerita-cerita ini, kerana ini adalah perangkap.
3. Alamat. Scammer akan menggunakan alamat palsu. Tanya alamat dan google alamat itu tanpa buang masa. Sekiranya alamat itu tidak terdapat dalam Google Map. Ia adalah Scammer. 
4. Licik. Agak sukar untuk mengelakkan perangkap Scammer ni. Paling senang nak detect, tulis je You are Scammer kat tempat korang chit chat tu (what'sapp, telegram dan sebagainya). Mereka akan terus berhenti. Percaya lah, ini paling mujarab.
5. Semua Nak Cepat. Scammer ni akan selalu update dengan mangsa. Selalu push dan memaksa-maksa, sebab diorang tak nak si mangsa dapat detect yang diorang ni Scammer. Jadi semua benda nak cepat, contoh : nak kahwin cepat, nak balik Malaysia cepat, kononnya tempat dia sedang berlaku peperangan.

Kita ni hidup di akhir zaman. Orang jahat makin banyak. Memang dah tahap out of control dah. Korang semua hati-hati ok. Minta perlindungan daripada Allah s.w.t. sebaik-baiknya. Kita tak tahu apa jenis bahaya, malapetaka dan kejahatan daripada manusia-manusia jahat ni nak buat pada kita. Kepada Allah kita bertawakkal. Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Semoga pengetahuan ini bermanfaat buat kalian.

Saturday, February 12, 2022

I don't think so

Adakah dia tahu
Rasa di hati ku
Adakah dia mahu
Terima cinta ku

Memang malu-malu
Tapi masih mahu
Meluahkan rasa
Yang terbuku

C/o :
Dia... 
Senyum padaku...
Adakah dia...? 
I don't think so

Aku...
Teringat dia... 
Adakah aku...?
I don't think so

Sengaja berlalu
Usik-usik gitu
Tanya itu ini
Buat-buat tak tahu 

Dia pun mengaku
Dia suka aku
Tapi hanya sebagai
Sahabat 

C/o :
Dia... 
Senyum padaku...
Adakah dia...? 
I don't think so

Aku...
Teringat dia... 
Adakah aku...?
I don't think so

Aku dan dirinya
Tiada kimia
Dia suka itu
Aku suka ini

Ku langkah ke kanan
Dia pun ke kiri
Aku dan dirinya
Tak selari

C/o :
Dia... 
Senyum padaku...
Adakah dia...? 
I don't think so

Aku...
Teringat dia... 
Adakah aku...?
I don't think so

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...