Friday, June 25, 2021

Kisah Seorang Pemuda di Alam Barzakh

 *Cerita ini hanya pembayang sahaja*

Suatu hari, aku mendapati diriku sudah tidak bernyawa lagi. Aku dapat merasakan tubuhku tidak dapat bergerak lagi. Aku dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Kemudian aku dibawa ke sebuah tempat. Sudah ada liang lahad tersedia untuk aku. Aku ditanam dan ditalkinkan.

Aku sudah berada di dunia lain. Gelap. Tidak ada sebutir cahaya pun. Tiba-tiba ada sesuatu yang menjelma di hadapanku. Munkar dan Nakir? Ya, Munkar dan Nakir. Tubuhnya besar dan menakutkan. Tiada tanda keramahan langsung pada wajahnya yang bengis.

MANROBBUKA?!!!

Tiba-tiba aku diherdik tanpa disangka. Suaranya amat garau dan kuat. Aku menangis ketakutan.

MA DINUKA?!!!

Aku ditengking lagi.

MAN NABIYYUKA?!!!

Adakah ini soalan di Alam Barzakh? Aku tertanya-tanya.

MA KITABUKA?!!!

Mengapa aku tidak dapat menjawabnya?

AINA QIBLATUKA?!!!

Aku menangis lagi kerana ketakutan.

MAN IKHWANNUKA?!!!

Sudah! Cukup! Aku takut. Tolong! Sesiapa! Tolonglah aku! Aku tidak daya berdiri lagi, seluruh tubuhku lemah dan menggigil. Namun, aku tidak boleh duduk mahupun berbaring. Aku...aku tak tahu apa yang perlu aku buat.

Tiba-tiba, ada cahaya disebelah kanan ku. Seorang pemuda. Putih, bersih dan bercahaya. Dia pun melangkah ke hadapan. Berdepan dengan malaikat Munkar dan Nakir. Satu-persatu soalan tadi dijawab dengan tenang dan berani sekali. Tindakan pemuda itu seolah-olah mempertahankan aku. Persis seorang peguam mempertahankan anak guamnya didalam mahkamah. Beransur-ansur aku kembali tenang. Kedua malaikat itupun perlahan-lahan menghilangkan diri. Pemuda itu pula menghadap aku. Malu seketika dengan keadaan aku sebegini. Aku pun tidak tahu keadaan rupa aku sendiri. Comotkah? Busukkah? Tidak dapat bergerak dan tiada cermin untuk dilihat. Pemuda itu senyum pada ku.

"Kau siapa?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Lupakah kau? Setiap malam engkau mendampingi aku..." jawab pemuda itu. Aku terkejut, kerana aku tidak pernah nampak pemuda itu sepanjang hidup ku.

"Kau siapa?" aku bertanya lagi kerana mahukan jawapan yang sebenar.

"Lupakah kau? Setiap kali taman syurga terbuka, engkau akan menghadirinya sambil memegang tanganku..." aku semakin keliru, taman syurga? Berpegangan tangan?

"Maaf, siapakah kau?" aku bertanya lagi, moga dapat menghentikan kekeliruan ini.

"Sudah tiba masa untuk engkau berehat. Rehatlah. Aku akan datang lagi menemani mu kelak. Akulah Al-Quran" akhir kata pemuda itu sambil tersenyum. Dan aku pun terlelap. Tamat.


*Setiap malam engkau mendampingi aku - dimaksudkan ayat-ayat Al-Quran yang diamalkan.

*taman syurga - majlis ilmu


Thursday, June 17, 2021

Kembali pada mu

Ooooh Oooh Oooohh 

Kenangan, kenangan, hanya tinggal kenangan

Tiada yang tetap, tiada yang kekal

Satu-persatu, meninggalkan aku

Ku merayu, merayu, kembalilah pada ku....


Ooooh Oooh Oooohh 

Kurindu suara mu, rindu wajah mu

Rindu kasih mesra, kau berikan dulu...

Gapai tangan ku, usah lepaskan,

Ku merayu, merayu kembali pada mu...


Ooooh Oooh Oooohh

Tidak ku pinta, namun ku damba,

Dapat melihat, dapatlah merasa,

Hangat tangan mu sekali lagi

Ku merayu, merayu kembali pada mu....


Ooooh Oooh Oooohh

Tampak rupaku, hodoh dan geli

Dirimba ini ku kan bawa diri

Kita terpisah, di dunia ini,

Di alam sana, ku kembali pada mu


Ooooh Oooh Oooohh

Aku kan kembali pada dia

Saturday, June 5, 2021

Serabut

Ada kerja yang perlu dibuat.
Ada hutang yang perlu dibayar. 
Ada masalah yang perlu diselesaikan. 
Ada hati yang perlu dijaga.
Ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 
Ada matlamat yang perlu dikejar. 
Adakah ada ruang secebis untuk ku bernafas? 
Sedangkan masa berlalu begitu pantas.

Dunia ini makin sempit dan bahang
Begitu juga dengan fikiran aku yang punya bermacam rancang
Si bijak pernah berpesan
Kau buat apa yang perlu kau buat
Biar Tuhan yang tentukan segalanya
Kau minta apa yang perlu kau minta
Biar Tuhan yang berikan apa yang kau minta

Sesudah usaha, doa dan tawakkal
Insyallah... kau akan jumpa apa yang benar-benar engkau perlukan


Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...