Tuesday, January 28, 2020

Aku, Si Makhluk Asing

Aku,
Makhluk asing diatas bumi aku sendiri,
Amat berbeza dengan manusia disekelilingku,
Bukan kerana wajahku tetapi permikiranku.

Aku,
Sering kali bersendirian,
Sehingga sikap itu normal bagiku,
Dan apabila berkeramaian, itu janggal bagiku.

Disaat aku didalam dunia aku sendiri,
Aku menjadi tumpuan seseorang,
Dia mendekatiku, tanya namaku...
Dan aku masih ingat dia menghadiahkanku,
sebingkai gambar aku dan dia,
Sahabat selamanya...

Sepuluh tahun bersahabat,
Setiap minggu menulis surat,
Jarak jauh tapi hubungan kami erat,
Aku dan dia tiada apa yang tersirat.

Kami bergaduh,
Kemudian saling menasihati,
Sering ejek-mengejek,
Sering juga memberi kata-kata semangat,
Ada juga selisih faham,
Namun kami cepat bertoleransi,
Kami begitu serasi sekali,
Kebahagian cinta yang begitu indah,
Aku rasa hidup,
Kerana dia sentiasa ada disisiku,

Kini,
Dia sudah tiada,
Dia sudah ada kehidupan yang lebih indah,
bersama insan tercinta.

Aku,
Makhluk asing semula diatas bumi aku sendiri,
Halimunan di khalayak ramai,
Tiada siapa yang bertanya nama....

Sunday, January 26, 2020

Langit itu Biru

Biar....
Biarku terbang.... 
Melangit tinggi... 
Terbanglah bersamaku... 
Melangkah maju... 
Ke langit biru... 

Sunday, January 12, 2020

I'm Ready!

Assalammualaikum....

Saya Kin Aziz. Saya telah mencipta banyak lagu. Malang sekali, saya tidak mahir memainkan sebarang alat muzik. Dan tiada seorang pun ahli keluarga dan kawan-kawan yang mahir dengan apa-apa instrumen. Kebanyakan lagu-lagu saya beritma keagamaan, cendorong kepada irama Nasyid dan sedikit modern. Dan jangan terkejut, bagaimana saya mendapat ilham lagu-lagu ini. Adalah melalui bacaan Al-Quran dan Zikir yang saya amalkan setiap hari. Saya ingin lagu-lagu saya dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Sila tinggalkan email di bahagian komen di bawah, supaya saya boleh hubungi balik.

Terima kasih.

Cerita Cinta Monyet ku

Aku dan dia...
Sudah berkawan dari mula darjah 1
Berjanji belajar mengejar bersama
Cita-cita ke universiti

Berlalu sudah
Zaman remaja, masing-masing gila-gila
Dia suka berlatih berkawad
Aku suka lukis-lukis...

C/o:
Aku....Dia...
Satu cinta yang takkan menyatu...
Dia sudah ke luar negeri...
Aku hanya menyanyi di sini...

Jangan...Pernah...
Lupakan segala kenangan...
Hitam, jadikanlah tauladan....
Manis, jadikanlah hiburan...

Dia berjaya
Aku kecundang, satu mimpi yang tak indah
Berat hati terpaksa lepaskan
Dia pergi ke universiti

Bertahun lalu
Dia kembali, pakai kereta Mercedes
Sudah ada pasangan disisi
Ku hanya senyum walau terguris.....

Klimaks C/o:

Katakanlah kau cinta padaku 2x
Kerna ku masih begitu.....

C/o:

Sampai di sini...
Tamatlah sudah, cerita cinta monyet ku
Doakanlah ku jua bahagia
Suatu tika masa nanti



Wednesday, January 1, 2020

Alhamdulillah...Its 2020!

Alhamdulillah.

Capai juga usia aku pada tahun 2020 ni.
Capai juga beberapa matlamat hidup aku selama ini.
Banyak juga kegagalan (kebanyakannya kegagalan) dan kejayaan yang aku kecapi selama aku hidup ini. Namun aku bersyukur, musibah yang aku hadapi tidaklah sebesar mana musibah yang orang lain hadapi. Dan aku bersyukur juga kerana aku tidak dimanjakan sewaktu membesar bersama adik-beradik aku yang lain. Kesannya dapat dilihat sekarang, akibat terlalu dimanjakan dan tidak dimanjakan langsung. Ternyata amat berbeza karakternya dan cara hidupnya. Aku tak nak cerita apa-apa ciri dan apa-apa kesannya dari dimanjakan dan tidak dimanjakan. Belum tiba masanya lagi. Walaubagaimanapun, aku bersyukur, aku tidak dimanjakan.

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...