Friday, July 24, 2020

30minit selepas waktu kerja.

30minit, hanya 30 minit sahaja. Setiap hari aku luangkan untuk buat apa-apa yang aku suka selepas waktu kerja. Tak kisahlah, menulis ke, melukis ke, mereka sesuatu ke, aktiviti-aktiviti yang aku suka ini sudah dapat menghilangkan stress kerja yang aku alami seharian.

Sekarang aku dah tak dapat nak buat aktiviti macam ni lagi. Sebab?.
1. Ada orang tumpang aku balik kerja, jadi aku tak boleh selfish tang masa ni. 
2. Kawan sekerja aku pun buat, apa yang aku buat ni. Diorang juga akui, stress hilang. Jadi aku dah tak ada private time. 
3. Kawan sekerja aku nak tahu apa yang aku buat. Terus terang, aku agak secretive orangnya. Aku tak selesa nak kongsi hobi.

Aku nak hilangkan stress je. Sebab tu aku perlukan 30minit sehari untuk jadi diri aku sendiri.

Monday, July 20, 2020

Ganglion cyst. Kewujudan benjolan pelik di kaki ku.


Ketika 1 benjolan kecil wujud di kaki ku 7 tahun lalu, aku anggap tak ada apa-apa. Aku sangkakan bengkak yang akan surut sendiri. Rupanya tidak. Sehinggalah ia membuatkan aku tidak selesa, terutama sekali ketika solat. Aku bertanya dengan kawan-kawan dan keluarga mengenai benjolan pelik dikaki aku ini. Rata-rata menyarankan aku pergi ke hospital dan biar doktor yang beritahu apa sebenarnya benjolan itu. Ganglion cyst bukan Gang Lion Sis.

Ganglion cyst adalah cecair yang terhasil dari geseran antara tulang lalu membentuk seperti belon kecil yang mengandungi air. Namun cecair ini boleh mengeras jika dibiarkan lama. Dalam kes aku, cecair ini sudah terbentuk selama 7 tahun. Boleh bayangkan betapa kerasnya cyst kat kaki ku ini? 

Sunday, July 19, 2020

Betul, memang betul

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berpada Ketika Mencintai dan Membenci Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.” (Sunan Tirmidzi No: 1997) Status: Hadis Sahih  

Pengajaran:

1.  Sifat cinta dan kasih adalah fitrah manusia namun biarlah berpada. Contohnya mencintai pasangan juga ahli keluarga yang berlebihan sehingga jika berlaku kematian, atau orang yang disayangi meninggalkannya, impak kesedihan amat mendalam yang boleh membawa kecelakaan padanya.

2.  Maka cintailah saudaramu sewajarnya dengan memberikan hak-haknya tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan haknya.

3.  Hasan Bashri RA berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”

4.  Jika seseorang berlebihan dalam membenci lawannya, mungkin suatu masa nanti hubungan mereka menjadi baik maka mereka akan malu untuk menjadi sahabat dan kawan kerana merasa malu disebabkan berlebihan dalam membencinya sebelum ini. Kebencian berlebihan juga boleh membinasakan.

5.  Awasilah sifat benci yang boleh mendorong kita berlaku zalim kepada orang lain juga menjadi penyebab kita tidak berlaku adil terhadap mereka.

Berpadalah dalam mengasihi dan membenci seseorang dengan menjaga dan memberi hak mereka sepatutnya.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

19hb Julai 2020
27hb Zulkaedah 1441H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Saturday, July 18, 2020

Recruiting Ahli Nasyid

Assalamualaikum semua...
Saya sedang mencari kumpulan nasyid. Anda sudah mempunyai kumpulan nasyid? Anda bersedia membuat persembahan dikhalayak ramai? Anda bersedia untuk membuat rakaman lagu? Lagu sudah ada, namun perlu menjalani beberapa audition. Jika ada yang berminat, sila hubungi saya melalui email kinaka.honey@gmail.com

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...