Monday, March 30, 2015

Apa jenis Babun ni?

"These Type of Baboon is Everywhere....Just Don't Act One", inilah apa yang akan aku katakan setiap kali jikalau ada kawan-kawan aku mengadu bahawa dia disisihkan, dipulaukan atau dimarahi oleh mana-mana pihak atas kesalahan kecil sahaja. Aku seakan mengerti apa perasaan mereka dan aku selesa menjadi pendengar masalah mereka, kerana aku pernah melalui apa yang mereka sedang lalui. Terus terang aku dah biasa jadi 'Loner' sejak daripada kecil lagi. Aku ada banyak adik-beradik dan aku merupakan anak tengah (ke-4). Pernah dengar tak? Anak tengah ni selalu tak dapat perhatian keluarga. Aku sokong kenyataan tersebut.

Berbalik kepada perkara diatas, 'Babun'. Apa yang dimaksudkan dengan babun ni? Pernah tengok tak babun mengamuk? Pernah tengok cerita kartun Tarzan Walt Disney, yang ada adegan babun mengamuk tu? Tercungap-cungap Jane dan Tarzan melarikan diri dari serangan kengkawan babun sebab nak dapatkan lukisan anak babun tu je. Begitulah sikap sesetengah manusia di dunia ni. Asal ada salah sikit je, mula diperbesarkan, kemudian buat 'Group' (bukan utk menyelesaikan masalah, tetapi utk mengumpat). Selepas itu, pulaukan, tak bertegur sapa dan senyum pun tidak. Daripada tindakan ini sahaja dah mendatangkan Dosa Besar. Apa Dosa Besarnya? Pertama, mengumpat. Kedua, memutuskan Silaturahim. Dah dua Dosa Besar mereka buat, ingat senang nak hapuskan dosa besar ni?

Minta maaflah sebelum terlambat....

Baik bebenor ke perangai pulau-pulaukan orang ni. Setahu aku, orang yang layak dipulaukan ialah lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Ini bukan aku reka-reka sendiri, memang ada tercatat dalam Al-Quran, surah An-Nisa. Aku pernah dipulaukan, dah banyak kali dah dan aku dah lali kena dipulaukan. Mungkin ini ujian aku di dunia, Insyallah aku boleh menghadapinya dengan penuh redha. Amin...

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu perasaan aku akibat kesan dipulaukan. Aku rasa kesunyian dan kesepian. Walau kemana saja aku pergi, aku sentiasa berharap ada orang tegur aku, hakikatnya pada hujung perjalanan aku dapati bahawa aku hanya berjalan bersendirian.

Babun-babun ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar akan perbuatan mereka kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Semoga mereka diberikan hidayah suatu hari nanti dan kepada mereka yang sering dipulaukan diluar sana, bergantung haraplah sehebat-hebatnya kepada Allah s.w.t. Jika terasa kesunyian, berinteraksilah dengan Allah s.w.t. melalui solat. Jika terasa kekosongan, berkomunikasilah dengan Allah s.w.t. melalui Al-Quran. Allah maha Melihat, Allah maha Mendangar, Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Maka mengadulah kepada Allah sehebat-hebatnya.

Selamat di dunia dan di akhirat. Insyallah....

Friday, March 27, 2015

10 Perkara Yang Menyedihkan Aku jika


  1. Aku menasihati orang supaya berbuat baik tetapi aku sendiri yang tidak berbuat baik. Cakap tak serupa Bikin.
  2. Aku buat perjanjian, tetapi aku sendiri gagal melaksanakannya.
  3. Aku bersedekah sambil 'selfie', kemudian sebarkan ke media sosial.
  4. Aku jadi Petrol (penyebab orang lain bergaduh). Bagaikan api disimbah petrol. Faham?
  5. Aku ada ilmu, tetapi aku kedekut ilmu.
  6. Aku mencapai kejayaan hari ini, 10 tahun akan datang, aku masih membanggakannya lagi.
  7. Aku makan sampai habis, tapi aku cakap, "Tak sedap la lauk ni..."
  8. Aku masih ada ibubapa, tapi aku buat-buat macam tak ada.
  9. Aku ada harta, tapi aku kedekut harta.
  10. Aku buat tak tau, kalau ada kucing datang minta makan.

Wednesday, March 18, 2015

10 perkara aku tidak perlu menyesal.

  1. Aku berhenti kerja dari Industri Perhotelan. - Ini kerana aku tak tahu duit gaji yang aku perolehi sama ada berkat atau tidak. Salah satu kerja yang aku buat ialah mengiklankan Arak. Insyallah, satu hari nanti aku dapat membayar zakat dengan rezeki yang lebih berkat.
  2. Aku diceraikan Suami. - Memang perit dan sedih, tetapi bukan aku yang minta cerai. Malah aku tidak nusyuz dan tidak curang. Alhamdulillah, peristiwa ini lebih mendekatkan aku kepada Allah s.w.t. 
  3. Aku menjalani Pemeriksaan Mental di Hospital Permai. - Terbukti aku tidak mempunyai tanda-tanda penyakit mental, namun aku insaf atas apa yang aku lihat disana. Mereka (org. gila) mempunyai masalah yang jauh lebih hebat dari aku. Salah satu cerita yang aku dengar, seorang pesakit disana kehilangan anak, puas mencari tapi tak jumpa. Akhirnya tidak dapat berfikiran waras dan terdampar di Hospital Permai dan tidak ada sesiapapun ahli keluarganya yang ambil peduli.
  4. Aku ditahan kerana dituduh Mendera Anak. - Di dalam Kesusahan pasti ada Kesenangan. Semasa aku ditahan, pihak polis dah 'check' anak aku, memang tak de sebarang tanda anak aku didera. Tetapi bekas suami aku masih tidak berpuas hati, lalu pihak polis keluarkan arahan supaya aku dan anak aku ditahan di hospital 24jam supaya pihak hospital dan JKM dapat menjalankan siasatan. Jadi kesenangan yang aku dapat ialah meluangkan masa bersama anak aku selama 24jam tanpa ada sebarang gangguan. Makan dan minum disediakan. Tempat tidur dan bilik mandi semua tersedia rapi untuk kegunaan aku dan anak aku, macam tinggal kat hotel lak rasa. Keesokannya, aku dilepaskan dengan keputusan Tiada Sebarang Kesan Dera Pada Kanak-kanak, Malah Kanak-kanak Kelihatan Riang Bersama Ibu Kandungnya. Inilah kenangan paling indah dalam hidup aku.
  5. Aku berhabis duit mempertahankan Hak Aku. - Semuanya membuahkan hasil. Semuanya adalah Hikmah daripada Allah s.w.t. Makin aku berhabis duit, makin luas rezeki yang aku terima. Tak kira la dalam apa-apa bentuk, duit, makanan, jawatan, dan sebagainya. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepada-Mu, Engkaulah Penyelamat ku selama ini.
  6. Cuti tahunan habis kerana turun-naik Mahkamah. - Mula-mula aku bersedih juga, tiba-tiba kerajaan Johor mengumumkan cuti Jumaat dan Sabtu pada 2014. Sekali lagi, inilah kuasa Allah s.w.t., Maha Kuasa, mampu mengubah hati dan permikiran seseorang dengan mudah saja. Perubahan ini memberi manfaat kepada ku, Allah Maha Memahami hamba-Nya. Subhanallah.
  7. Aku hanya berpeluang menyusukan anak sebanyak 3 kali sahaja. - Walaubagaimanapun, anak aku tetap mencari aku. Bila aku baca kisah nasib kanak-kanak di India, bagaimanalah jika anak aku yang mengalami nasib seperti ini? Kebuluran dan tidak dapat merasai susu ibu langsung. Mereka terlalu kurus untuk membesar seperti kanak-kanak lain, kalau ada yang membesar pun mengalami kecacatan tumbesaran. Kecacatan yang macamana, aku tidak tahu. Tapi kalau dah kurus sangat sampai nampak rangka je, memang macam-macam kecacatan yang boleh berlaku. Inna lillah wa inna lillahi ra ji un.... 
  8. Aku kerap mengalami kemalangan. - Percaya atau tidak, kemalangan ini semua mengajar aku erti kesabaran. Bukan senang nak praktikkan sifat sabar ini. Bukan senang.
  9. Aku banyak menangis. - Menangislah ditengah malam, mencari simpati, mencari kasih, mencari tempat mengadu, mencari ketenangan daripada Tuhan yang Maha Mulia, Allah s.w.t.
  10. Aku tidak mempunyai ramai kawan. - Kawan yang sebenar kawan ialah Al-Quran. Percayalah, Al-Quran akan menjaga kita, bukan setakat Dunia saja malah Akhirat.

Wednesday, March 11, 2015

Suka-suka!


Apa yang korang perlu buat?
Tukar nama korang kepada karakter yang terpapar kat atas.

Contoh:
KIN = MeKiTo

Enjoy!

Amuk VS Syahid

Ada seorang pemuda sedang mendalami Ilmu Silat Kebal. Dia mempelajarinya atas tujuan mempertahankan diri namun hari demi hari niat asalnya makin terpesong. Dia mulai suka bergurau senda secara kasar dan mencabar orang-orang disekelilingnya agar bertarung dengannya. Setelah beberapa pertarungan berlaku, pemuda itu menang dengan begitu mudah sekali. Semakin hari berlalu, semakin banyaklah pertarungan yang berlaku. Seiring dengan sikap sombong dan bongkaknya yang makin menggunung. Begitu juga dengan sikap panas barannya yang semakin sukar dikawal. Ada sahaja benda yang tak kena. Kopi panas tertumpah sikit pun sudah boleh menyebabkan dia mengamuk tak tentu hala.

Sehingga suatu masa, pemuda itu tidak mampu lagi mengawal dirinya. Parang ditangan diasah setajam-tajamnya. Sedikit demi sedikit kenang-kenangan yang menyakitkan hati mula menghantui fikirannya, sambil membakar api dendam yang disimpan selama ini. Semua orang salah! Semua orang salah! Berulang-ulang laungan ini bermain difikirannya. Tiba-tiba pemuda itu berteriak sekuat-kuatnya. Sambil meracau-racau, habis satu-persatu ahli keluarganya parah dicederakan. Kemudian, dia pun berlari ke luar rumah. Selagi ada orang yang bertembung dengannya, habis dilibas dengan parang. Ada yang mati, ada yang cedera parah.

Pemuda itu terus berlari dan berlari hingga ke sebuah Pondok Mengaji yang sedang dihuni oleh ramai kanak-kanak yang sedang mengaji Al-Quran. Marah akan bunyi bising ngajian kanak-kanak itu, pemuda itupun terus melompat masuk ke dalam kelompok kanak-kanak tersebut. Bertempiaran lari kesemua kanak-kanak itu kecuali seorang kanak-kanak yang masih lagi meneruskan bacaan Al-Quran di satu sudut hujung pondok. Pemuda amuk itu  menghampiri kanak-kanak tersebut, ingin sahaja dilibas kepala kecil itu. Namun, pergerakannya seakan-akan dihalang. Pemuda itu hanya dapat membuka bunga silat disekeliling kanak-kanak yang masih lagi setia membaca Al-Quran itu. Setiap kali hendak melibas, pemuda itu seakan ditarik kebelakang. Menyedari akan keadaan itu, beberapa orang Tok Guru yang tahu mematikan ilmu kebal cepat-cepat mengambil kesempatan menjatuhkan pemuda itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak itupun selamat. Tiada sedikitpun kecederaan.

Seorang pemuda kebal yang tidak pernah kalah didalam pertarungan, kini dikalahkan oleh kanak-kanak yang hanya sedang membaca Al-Quran. Usai keadaan menjadi reda, Tok Guru bertanya kepada kanak-kanak yang berani itu.
“Kenapa kamu tidak lari semasa budak-budak semua lari?”
Kanak-kanak itu tidak menjawab, malah menyoal balik.
“Tok, kalau saya mati semasa baca Al-Quran, saya mati syahid kan?”

Tok Guru terdiam lalu tersenyum. Kepala kanak-kanak itu diusap lalu dipeluk. Inilah pengertian SYAHID yang sebenarnya.

(Banteras I.S)

Monday, March 2, 2015

Langkah-langkah Menghadapi GST


Pagi-pagi, buka tv, keluar berita GST. Pergi kerja, singgah kedai, baca surat khabar, GST. Sampai di tempat kerja, On komputer, buka email, dapat job, GST.

GST ni macam hantulah. Menakutkan. Bukan saya tak sokong, bukan juga saya menyokong. Sebagai rakyat, kita terpaksa mengikut majoriti. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang dikenakan GST. Satu Malaysia dikenakan GST. Jadi, nak tak nak, marilah kita mengharunginya bersama-sama. Adil kan.

Pagi tadi, tergerak hati saya merancang perbelanjaan menjelang GST. Ada juga tanya kawan-kawan, minta pendapat. Maka terhasillah Langkah-langkah Menghadapi GST:
  1. Pasang Panel Solar diatas bumbung rumah andaTahukah anda? Bahawa bumi menyerap 174 pettawatts radiasi matahari? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih dari cukup sumber tenaga elektrik percuma untuk setiap rumah didunia.(Sumber:SEDA). Maka, rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kuasa elektrik yang percuma daripada Matahari. Tambahan lagi, Malaysia merupakan negara beriklim panas. Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membazirkan tenaga elektrik yang percuma selama ini.
  2. Tanam sayur-sayuran dihalaman rumahBercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga. 
    Bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada membeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat menikmati sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
    Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur.(Sumber: berhentimembelibelah.blogspot.com)
  3. Kurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Tahukah anda? Sekali pulas kunci dikereta atau motor, suku daripada takungan minyak anda telah digunakan hanya untuk menghidupkan enjin kenderaan. Bayangkan jika anda singgah ke banyak tempat dan semuanya dekat-dekat. Sekejap mati enjin, sekejap hidup enjin. Kemudian, minyak pun habis. Siapa perlu dipersalahkan? Maka, daripada pengajaran ini, kita hendaklah sedar bahawa basikal itu bukan hanya perhiasan dan berjalan kaki itu bukan hanya memenatkan. Basikal dan berjalan kaki itulah yang boleh menjimatkan perbelanjaan petrol yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Wah! Sudah macam berhujah artikel saya kali ini. Semoga tips-tips perbelanjaan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Dan jika ada idea perbelanjaan yang lebih bernas, sudi-sudilah dikongsikan bersama. Selagi ia membawa kebaikan.

Insyallah.....

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...