Wednesday, March 11, 2015

Amuk VS Syahid

Ada seorang pemuda sedang mendalami Ilmu Silat Kebal. Dia mempelajarinya atas tujuan mempertahankan diri namun hari demi hari niat asalnya makin terpesong. Dia mulai suka bergurau senda secara kasar dan mencabar orang-orang disekelilingnya agar bertarung dengannya. Setelah beberapa pertarungan berlaku, pemuda itu menang dengan begitu mudah sekali. Semakin hari berlalu, semakin banyaklah pertarungan yang berlaku. Seiring dengan sikap sombong dan bongkaknya yang makin menggunung. Begitu juga dengan sikap panas barannya yang semakin sukar dikawal. Ada sahaja benda yang tak kena. Kopi panas tertumpah sikit pun sudah boleh menyebabkan dia mengamuk tak tentu hala.

Sehingga suatu masa, pemuda itu tidak mampu lagi mengawal dirinya. Parang ditangan diasah setajam-tajamnya. Sedikit demi sedikit kenang-kenangan yang menyakitkan hati mula menghantui fikirannya, sambil membakar api dendam yang disimpan selama ini. Semua orang salah! Semua orang salah! Berulang-ulang laungan ini bermain difikirannya. Tiba-tiba pemuda itu berteriak sekuat-kuatnya. Sambil meracau-racau, habis satu-persatu ahli keluarganya parah dicederakan. Kemudian, dia pun berlari ke luar rumah. Selagi ada orang yang bertembung dengannya, habis dilibas dengan parang. Ada yang mati, ada yang cedera parah.

Pemuda itu terus berlari dan berlari hingga ke sebuah Pondok Mengaji yang sedang dihuni oleh ramai kanak-kanak yang sedang mengaji Al-Quran. Marah akan bunyi bising ngajian kanak-kanak itu, pemuda itupun terus melompat masuk ke dalam kelompok kanak-kanak tersebut. Bertempiaran lari kesemua kanak-kanak itu kecuali seorang kanak-kanak yang masih lagi meneruskan bacaan Al-Quran di satu sudut hujung pondok. Pemuda amuk itu  menghampiri kanak-kanak tersebut, ingin sahaja dilibas kepala kecil itu. Namun, pergerakannya seakan-akan dihalang. Pemuda itu hanya dapat membuka bunga silat disekeliling kanak-kanak yang masih lagi setia membaca Al-Quran itu. Setiap kali hendak melibas, pemuda itu seakan ditarik kebelakang. Menyedari akan keadaan itu, beberapa orang Tok Guru yang tahu mematikan ilmu kebal cepat-cepat mengambil kesempatan menjatuhkan pemuda itu. Akhirnya, pemuda itu berjaya ditangkap dan kanak-kanak itupun selamat. Tiada sedikitpun kecederaan.

Seorang pemuda kebal yang tidak pernah kalah didalam pertarungan, kini dikalahkan oleh kanak-kanak yang hanya sedang membaca Al-Quran. Usai keadaan menjadi reda, Tok Guru bertanya kepada kanak-kanak yang berani itu.
“Kenapa kamu tidak lari semasa budak-budak semua lari?”
Kanak-kanak itu tidak menjawab, malah menyoal balik.
“Tok, kalau saya mati semasa baca Al-Quran, saya mati syahid kan?”

Tok Guru terdiam lalu tersenyum. Kepala kanak-kanak itu diusap lalu dipeluk. Inilah pengertian SYAHID yang sebenarnya.

(Banteras I.S)

No comments:

Post a Comment

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...