- Aku berhenti kerja dari Industri Perhotelan. - Ini kerana aku tak tahu duit gaji yang aku perolehi sama ada berkat atau tidak. Salah satu kerja yang aku buat ialah mengiklankan Arak. Insyallah, satu hari nanti aku dapat membayar zakat dengan rezeki yang lebih berkat.
- Aku diceraikan Suami. - Memang perit dan sedih, tetapi bukan aku yang minta cerai. Malah aku tidak nusyuz dan tidak curang. Alhamdulillah, peristiwa ini lebih mendekatkan aku kepada Allah s.w.t.
- Aku menjalani Pemeriksaan Mental di Hospital Permai. - Terbukti aku tidak mempunyai tanda-tanda penyakit mental, namun aku insaf atas apa yang aku lihat disana. Mereka (org. gila) mempunyai masalah yang jauh lebih hebat dari aku. Salah satu cerita yang aku dengar, seorang pesakit disana kehilangan anak, puas mencari tapi tak jumpa. Akhirnya tidak dapat berfikiran waras dan terdampar di Hospital Permai dan tidak ada sesiapapun ahli keluarganya yang ambil peduli.
- Aku ditahan kerana dituduh Mendera Anak. - Di dalam Kesusahan pasti ada Kesenangan. Semasa aku ditahan, pihak polis dah 'check' anak aku, memang tak de sebarang tanda anak aku didera. Tetapi bekas suami aku masih tidak berpuas hati, lalu pihak polis keluarkan arahan supaya aku dan anak aku ditahan di hospital 24jam supaya pihak hospital dan JKM dapat menjalankan siasatan. Jadi kesenangan yang aku dapat ialah meluangkan masa bersama anak aku selama 24jam tanpa ada sebarang gangguan. Makan dan minum disediakan. Tempat tidur dan bilik mandi semua tersedia rapi untuk kegunaan aku dan anak aku, macam tinggal kat hotel lak rasa. Keesokannya, aku dilepaskan dengan keputusan Tiada Sebarang Kesan Dera Pada Kanak-kanak, Malah Kanak-kanak Kelihatan Riang Bersama Ibu Kandungnya. Inilah kenangan paling indah dalam hidup aku.
- Aku berhabis duit mempertahankan Hak Aku. - Semuanya membuahkan hasil. Semuanya adalah Hikmah daripada Allah s.w.t. Makin aku berhabis duit, makin luas rezeki yang aku terima. Tak kira la dalam apa-apa bentuk, duit, makanan, jawatan, dan sebagainya. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepada-Mu, Engkaulah Penyelamat ku selama ini.
- Cuti tahunan habis kerana turun-naik Mahkamah. - Mula-mula aku bersedih juga, tiba-tiba kerajaan Johor mengumumkan cuti Jumaat dan Sabtu pada 2014. Sekali lagi, inilah kuasa Allah s.w.t., Maha Kuasa, mampu mengubah hati dan permikiran seseorang dengan mudah saja. Perubahan ini memberi manfaat kepada ku, Allah Maha Memahami hamba-Nya. Subhanallah.
- Aku hanya berpeluang menyusukan anak sebanyak 3 kali sahaja. - Walaubagaimanapun, anak aku tetap mencari aku. Bila aku baca kisah nasib kanak-kanak di India, bagaimanalah jika anak aku yang mengalami nasib seperti ini? Kebuluran dan tidak dapat merasai susu ibu langsung. Mereka terlalu kurus untuk membesar seperti kanak-kanak lain, kalau ada yang membesar pun mengalami kecacatan tumbesaran. Kecacatan yang macamana, aku tidak tahu. Tapi kalau dah kurus sangat sampai nampak rangka je, memang macam-macam kecacatan yang boleh berlaku. Inna lillah wa inna lillahi ra ji un....
- Aku kerap mengalami kemalangan. - Percaya atau tidak, kemalangan ini semua mengajar aku erti kesabaran. Bukan senang nak praktikkan sifat sabar ini. Bukan senang.
- Aku banyak menangis. - Menangislah ditengah malam, mencari simpati, mencari kasih, mencari tempat mengadu, mencari ketenangan daripada Tuhan yang Maha Mulia, Allah s.w.t.
- Aku tidak mempunyai ramai kawan. - Kawan yang sebenar kawan ialah Al-Quran. Percayalah, Al-Quran akan menjaga kita, bukan setakat Dunia saja malah Akhirat.
Wednesday, March 18, 2015
10 perkara aku tidak perlu menyesal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iltizam
Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A. F. C. G. Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A. F. ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
ﺇِﻥَّ ﻫَٰﺬَا ﻟَﺮِﺯْﻗُﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻟَﻪُۥ ﻣِﻦ ﻧَّﻔَﺎﺩٍ Inna hatha larizquna ma lahu min nafadin Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada...
-
لِتَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا...
No comments:
Post a Comment