Monday, March 2, 2015

Langkah-langkah Menghadapi GST


Pagi-pagi, buka tv, keluar berita GST. Pergi kerja, singgah kedai, baca surat khabar, GST. Sampai di tempat kerja, On komputer, buka email, dapat job, GST.

GST ni macam hantulah. Menakutkan. Bukan saya tak sokong, bukan juga saya menyokong. Sebagai rakyat, kita terpaksa mengikut majoriti. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang dikenakan GST. Satu Malaysia dikenakan GST. Jadi, nak tak nak, marilah kita mengharunginya bersama-sama. Adil kan.

Pagi tadi, tergerak hati saya merancang perbelanjaan menjelang GST. Ada juga tanya kawan-kawan, minta pendapat. Maka terhasillah Langkah-langkah Menghadapi GST:
  1. Pasang Panel Solar diatas bumbung rumah andaTahukah anda? Bahawa bumi menyerap 174 pettawatts radiasi matahari? Ini bermakna bahawa kita mempunyai lebih dari cukup sumber tenaga elektrik percuma untuk setiap rumah didunia.(Sumber:SEDA). Maka, rugilah kalau kita tidak memanfaatkan kuasa elektrik yang percuma daripada Matahari. Tambahan lagi, Malaysia merupakan negara beriklim panas. Sedar atau tidak, kita sebagai rakyat Malaysia telah membazirkan tenaga elektrik yang percuma selama ini.
  2. Tanam sayur-sayuran dihalaman rumahBercucuk tanam merupakan suatu kegiatan yang sangat berfaedah.Kita boleh menanam pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran,buah-buahan dan pokok bunga. 
    Bercucuk tanam juga dapat menjimatkan wang kita daripada membeli sayur-sayuran di kedai.Kita juga dapat menikmati sayur- sayuran yang segar dan terjamin kebersihannya.
    Kita boleh menambah pendapatan dengan menjual hasil tanaman kita.Wang yang diperolehi boleh digunakan untuk menampung keperluan membeli barang-barang dapur.(Sumber: berhentimembelibelah.blogspot.com)
  3. Kurangkan kegunaan kenderaan bermotor. Tahukah anda? Sekali pulas kunci dikereta atau motor, suku daripada takungan minyak anda telah digunakan hanya untuk menghidupkan enjin kenderaan. Bayangkan jika anda singgah ke banyak tempat dan semuanya dekat-dekat. Sekejap mati enjin, sekejap hidup enjin. Kemudian, minyak pun habis. Siapa perlu dipersalahkan? Maka, daripada pengajaran ini, kita hendaklah sedar bahawa basikal itu bukan hanya perhiasan dan berjalan kaki itu bukan hanya memenatkan. Basikal dan berjalan kaki itulah yang boleh menjimatkan perbelanjaan petrol yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Wah! Sudah macam berhujah artikel saya kali ini. Semoga tips-tips perbelanjaan ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Dan jika ada idea perbelanjaan yang lebih bernas, sudi-sudilah dikongsikan bersama. Selagi ia membawa kebaikan.

Insyallah.....

No comments:

Post a Comment

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...