Saturday, February 12, 2011

Illustrasi

Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,

Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,

Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,

Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,

Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,

Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

No comments:

Post a Comment

Cita-cita di Akhirat

Aku amat sibuk kebelakangan ini. Perasaan aku bercampur-baur sekali. Banyak benda aku kena fikir. Banyak benda juga aku terlupa nak buat...