Thursday, September 1, 2016

Surah Al Kahfi, ayat 1-10 & ayat 101-110 (untuk mendapat kawan baik)

Inilah ayat yang boleh melindungi diri anda dari kawan-kawan yang boleh merosakkan anda, mempergunakan anda, dan mengambil kesempatan terhadap diri anda. Terus-terang, tiada siapa didunia ini yang ada kuasa Teleport (macam dalam cerita X-Men, Professor X) yang boleh membaca fikiran seseorang. Dan kita sendiri tidak tahu siapa yang jahat dan siapa yang baik dikalangan rakan-rakan kita. Setelah mengamalkan ayat ini, sejak setahun yang lalu, saya dapat lihat dengan jelas sekali. Siapa yang baik, siapa yang tak....bagaimana hendak membezakannya? Teramat sukar untuk saya memperjelaskan dengan lebih terperinci, melainkan jika anda sendiri membaca ayat ini dan mengamalkannya setiap pagi. Dan jangan terkejut, tiba-tiba ada rakan anda cuba menjauhkan diri dari anda. Selamat mencuba...

Baca Surah Al Kahfi, ayat 1 sehingga 10,

ٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ٱﻟَّﺬِﻯٓ ﺃَﻧﺰَﻝَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻋَﺒْﺪِﻩِ ٱﻟْﻜِﺘَٰﺐَ ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺠْﻌَﻞ ﻟَّﻪُۥ ﻋِﻮَﺟَﺎ ۜ 

Surah Al Kahfi, ayat 1

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

ﺇِﺫْ ﺃَﻭَﻯ ٱﻟْﻔِﺘْﻴَﺔُ ﺇِﻟَﻰ ٱﻟْﻜَﻬْﻒِ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮا۟ ﺭَﺑَّﻨَﺎٓ ءَاﺗِﻨَﺎ ﻣِﻦ ﻟَّﺪُﻧﻚَ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﻭَﻫَﻴِّﺊْ ﻟَﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِﻧَﺎ ﺭَﺷَﺪًا

Surah Al Kahfi, ayat 10

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"

Kemudian sambung bacaan Surah Al Kahfi, ayat 101 sehingga 110,

ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺃَﻋْﻴُﻨُﻬُﻢْ ﻓِﻰ ﻏِﻄَﺎٓءٍ ﻋَﻦ ﺫِﻛْﺮِﻯ ﻭَﻛَﺎﻧُﻮا۟ ﻻَ ﻳَﺴْﺘَﻄِﻴﻌُﻮﻥَ ﺳَﻤْﻌًﺎ

Surah Al Kahfi, ayat 101

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

ﻗُﻞْ ﺇِﻧَّﻤَﺎٓ ﺃَﻧَﺎ۠ ﺑَﺸَﺮٌ ﻣِّﺜْﻠُﻜُﻢْ ﻳُﻮﺣَﻰٰٓ ﺇِﻟَﻰَّ ﺃَﻧَّﻤَﺎٓ ﺇِﻟَٰﻬُﻜُﻢْ ﺇِﻟَٰﻪٌ ﻭَٰﺣِﺪٌ ۖ ﻓَﻤَﻦ ﻛَﺎﻥَ ﻳَﺮْﺟُﻮا۟ ﻟِﻘَﺎٓءَ ﺭَﺑِّﻪِۦ ﻓَﻠْﻴَﻌْﻤَﻞْ ﻋَﻤَﻼً ﺻَٰﻠِﺤًﺎ ﻭَﻻَ ﻳُﺸْﺮِﻙْ ﺑِﻌِﺒَﺎﺩَﺓِ ﺭَﺑِّﻪِۦٓ ﺃَﺣَﺪًۢا 

Surah Al Kahfi, ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

#muslimpro muslimpro.com

No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...