Saturday, September 10, 2016

Muffin Oat + Cheese

Bahan-bahan A:
150gm Tepung Gandum
2 sudu teh Serbuk Penaik
50gm Oat (cepat masak)
1/3 cawan Kacang Almond (cincang kasar)

Bahan-bahan B:
120gm Mentega
90gm Castor Sugar
2 biji telur
130ml Susu segar
Cheddar Cheese

Cara membuatnya:
  1. Gaulkan bahan A (tepung gandum, serbuk penaik, oat dan kacang almond). Letak tepi dahulu.
  2. Pukul mentega dan castor sugar sehingga sebati (pucat warna).
  3. Masukkan telur satu-persatu dan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan susu segar dan bahan A secara berselang-seli. Pukul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam muffin cup sehingga agak-agak 3/4 penuh dan taburkan Cheddar Cheese di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 200celcius selama 30minit.



No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...