Thursday, August 25, 2016

Hobi Berkebun : Baja Kompos

Berkenaan tentang baja kompos, saya buat cara saya sendiri, saya belajar dari arwah nenek. Memang syok tengok cara-cara kompos sisa buangan dengan kaedah-kaedah moden yang kreatif dan innovatif, namun saya bukanlah jenis orang yang selalu ada masa lapang. Lagipun saya sering berdepan dengan masalah makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut, dan sebagainya. Jadi, idea untuk mengikut cara kompos moden itu agak tidak bersesuaian dengan orang macam saya. Cara kampung jugalah yang berkenan di hati.

Kaedah arwah nenek saya:

  1. Tanam sisa buangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, cengkerang, kulit telur, hampas teh dan kopi ke dalam tanah. Kemudian, biar alam sekitar yang buat kerja. Seminggu kemudian, jangan terkejut dengan kehadiran cacing di tapak baja kompos. Memang kita memerlukan bantuan cacing –cacing ini. Nak kata geli, saya memang geli, tak yah tipu la. Dalam senario berkebun, cacing-cacing inilah haiwan perliharaan kita. Maka,anggap sahaja kita memberi makan kepada haiwan perliharaan. Cacing-cacing ini bukan sahaja membantu mencerna sisa buangan tadi, malah ia juga akan membantu menggembar-gemburkan tanah. 
  2. Siram air basuhan ikan, daging, beras, dan sebagainya ke akar tumbuhan tanaman. Jangan disiram diatas tumbuhan tanaman, kerana lemak dan darah akan mengering dan mengeluarkan bau yang tidak senang. Ia juga akan menarik perhatian lalat.

Contoh-contoh kaedah lain:

Kaedah Kompos Menggunakan Mesin Manual


Kaedah Kompos Menggunakan Cacing Tanah


Memang ada niat nak buat kaedah kompos seperti diatas. Namun, kekurangan masa, tenaga, dan kemahiran menjadi faktor niat saya tidak kesampaian. Demikian, ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sebenarnya, ada banyak lagi yang hendak diceritakan. Insyallah, di lain hari, saya akan sampaikan.

No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...