Tuesday, August 9, 2016

Bagaimana nak kenal orang yang Jahat Hatinya?

Sepanjang hidup saya, saya banyak bekerja dengan macam-macam jenis orang. Ada Melayu, Cina, India, semua kawan saya. Cuma saya nak kongsikan disini, bagaimana saya dapat menghindari diri saya daripada terpengaruh orang-orang yang Jahat Hatinya. Mereka ada disekeliling kita dan kita tidak dapat melarikan diri daripada mereka. Hati Jahat amat sukar dikesan berbanding Orang Jahat yang terang-terang membuat kejahatan. Mereka juga agak sukar dikesan melalui segi permakaiannya. Mari kita nilai dari segi lain:
  1. Dengar Cara Percakapannya. Orang yang jahat hatinya, selalunya suka berkata-kata lucah, kesat, kasar dan bercakap besar. Dan kegemarannya ialah mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. Sebab itu dalam Islam, mengumpat itu boleh dapat dosa besar. Ibarat makan daging saudara sendiri. Eeee....saya tengok jerawat kat muka orang lain pun dah ngeri, apalagi makan, Gulp! 
  2. Lihat Akhlaknya. Orang yang jahat hatinya, selalunya tidak senonoh, tidak amanah, sombong dan angkuh, serta suka memperbesarkan perkara-perkara kecil. Mereka juga tidak menghormati dan mengasihi orang cacat, warga emas dan kanak-kanak. Ini sering terjadi di tempat kerja, dalam bas, terminal bas, tempat-tempat awam, restoran dan sebagainya. Percaya atau tidak, saya sendiri yang melihat kejadian-kejadian ini, kerana saya sering kemana-mana seorang diri. Saya ini dah macam pemerhati jadinya.
Bagaimana pula untuk kita menghindarinya?
Seperti yang saya katakan tadi, memang tidak boleh lari. Lagi-lagi ditempat kerja. Saya pernah berdepan dengan seorang pengkid yang suka berjudi nombor ekor. Kegiatan judinya itu seolah-olah menjadi kebanggaannya. Tanpa segan-silu, dia boleh bercerita dengan sesiapa sahaja yang ingin berbual dengannya. Pernah sekali ketika waktu makan, dia bercerita lagi tentang aktiviti judinya. Saya tegur dia, "judi kan haram". Sejak hari itu, dia tidak bercerita lagi malah selalu melarikan diri apabila bertembung dengan saya. Apa saya buat?
  1. Bersabar dengan kerenah orang yang berhati jahat. Saya pernah disabotaj beberapa kali, digelar gila dan dipulaukan rakan sekerja. Hanya kesabaran dan solat 5 waktu yang boleh mengatasi masalah ini. Untungnya orang Islam, kerana kita boleh menjalani Mental Therapy sebanyak 5 kali sehari. Melalui solat inilah, saya mengadu sepuas-puasnya kepada Allah s.w.t tentang nasib saya. Subhannallah, Allah maha mendengar aduan saya. Banyak perkara ajaib yang berlaku (Insyallah, akan diceritakan di lain waktu).
  2. Berbuat baik terhadap si hati jahat. Sekembalinya bercuti di Terengganu, saya hadiahkan kepada semua rakan kerja termasuk si pengkid tadi sebungkus keropok. Alhamdulillah, dengan modal sebungkus keropok sahaja. Sabotaj hilang, gelaran gila pun hilang dan tidak dipulaukan lagi. Cuma saya sudah terbiasa menyendiri akibat dipulaukan. Jadi, saya lebih selesa bersendirian.
  3. Tegur, tetap tegur. Jangan putuskan silaturrahim. Satu hari satu salam.
Semoga dapat dikongsikan bersama. Tamat.

No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...