Wednesday, August 3, 2016

Daripada Jatuh Aku Berdiri

Tiada apa yang menarik tentang diri aku untuk dipamerkan
Aku bukan dari keturunan mulia yang boleh dibanggakan
Aku tidak punya harta dan rupa paras
Aku hanya manusia biasa, hanya punya ilmu pengetahuan
Kerana itu aku tidak berbual kosong

Rakan-rakanku….
Mereka ketawa, bergurau-senda, bercerita tentang itu dan ini
Tidak pernah sekali aku dipelawa menyertai mereka
Ah! Biarlah…itu hak mereka…
Sudah hakikat, aku bersendirian
Dan aku sudah biasa bersendirian
Allah memberikan aku kelebihan
Merasai kesunyian dan kesepian, bukankah ini perasaan yang akan kita semua alami?
Di dalam kubur masing-masing nanti
Dan aku sedang merasainya diatas bumi sekarang ini

Daripada jatuh aku berdiri
Berdiri kembali aku disini
Akan kubuktikan suatu hari nanti
Kejayaan yang tiada siapa sangka akan terjadi
Berbekalkan iman dan taqwa
Insyallah…aku akan pergi, jauh dari dimensi ini
Membawa kembali sinar sejati
Sinar yang akan memulihkan hati, sekalian hati yang selama ini mati

No comments:

Post a Comment

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...