Wednesday, April 13, 2022

Ayat-ayat Motivasi Kin Aziz

Kau ada Matlamat?
Matlamat kau itu Baik?
Buatlah! Mulakan!
Lepas engkau buat,
engkau akan tahu apa yang engkau perlu buat seterusnya.

Allah s.w.t. tak beri apa yang kita nak,
sebab Allah s.w.t. nak beri apa yang kita perlukan.

Tak ada Kesenangan datang dari jalan yang Senang.

Engkau Cantik dan tetap Cantik, sebab engkau ciptaan Allah s.w.t.

Tak kiralah apa yang sedang engkau buat,
Buat sesuatu tanpa Wuduk, lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, pun lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, selepas solat dan baca Al-Quran, lagi lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, selepas solat, baca Al-Quran dan baca sedikit bahan Ilmiah,
Engkau sedang menghasilkan sebuah Karya Agung.

Pernahkah engkau dibenci seseorang? Atau pernahkah engkau membenci seseorang? Ada dua perkara disini yang perlu engkau tahu. Yang pertama, mungkin Allah sedang melindungi engkau daripada dia. Yang kedua, mungkin Allah sedang melindungi dia daripada ENGKAU.

#alwayshusnuzon


No comments:

Post a Comment

Bebaskan Aku (in progress)

Ku ingin terbang..... Bebas.... Ke langit.... Yang luas... Bagaikan burung... Terkurung.... Di sangkar..... Termenung.... Mengharapkan simpa...