Aku sudah tua, sudah berumur 30-an. Banyak perkara
yang telah aku pelajari dalam tempoh hidup ini. Dan salah-satunya ialah erti
sebuah persahabatan. Terus-terang, aku telah buang semua kawan-kawan aku. Dalam
erti kata lain aku tak perlukan mereka lagi. Lagipun, sudah bertahun handphone
aku tidak berbunyi. Jikalau berbunyi pun, ia dari ahli keluarga aku.
Aku dah patah hati dengan kawan-kawan aku
yang hanya mahu ketawa bersama, tetapi apabila menangis lain-lain haluannya. Namun
2015 sudah berlalu, 2016 pula membawa perubahan. Sahabat, ia tidak perlu
dicari, ia akan datang sendiri. Mereka ada disekeliling kita rupa-rupanya. Mereka
adalah ahli keluarga kita, rakan sepekerjaan kita dan orang-orang yang boleh
dipercayai disekeliling kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah jaga hati dan
perasaan mereka, bantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan dan hiburkan
hati mereka ketika mereka gusar atau gundah-gulana. Lakukanlah dengan hati yang
ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jangan risau, ingatlah segala
kebaikan yang kita buat, Allah s.w.t yang akan membalasnya.
Persahabatan itu tidak memerlukan perasaan cinta
yang mendalam, tetapi ia memerlukan kerjasama, kepercayaan antara satu sama lain
dan semangat kesetiaan dimana saat susah kita hadapi bersama dan apabila saat
gembira kita tersenyum dan ketawa bersama. Nampaknya aku tidak perlu
susah-susah cari kawan daripada internet. Aku sudah ada kawan didepan mata. Syukur
Alhamdulillah…aku sedar akhirnya….
No comments:
Post a Comment