Friday, March 25, 2011

Tak faham dengan diri aku sendiri.

Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

1 comment:

  1. kehidupan kita telah tertulis semasa di luh jasad lg.. dan semasa malaikat membacakan setiap perkara yang terjadi semasa kita berada didunia..kita telah setuju dgn setiap ape yang berlaku... dan ALLAH tidak sesekali meletakkan sesuatu musibah didalam hidup kita tanpa ada kebaikan di sebalik nya... dgn itu bersyukurlah kerana kita masih ada family, dan masih bernyawa... berdoa dan bertawakka lah selagi kita bernyawa... ust st.hawa penah memesan... tidak baik kita mengeluh di siang dan pagi hari... dari kita mengeluh adalah lebih baik kita mengucapkan syukur alhamdulilah

    ReplyDelete

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil memb...