Semakin dekat detik perpisahan DRG6B, semakin jelas erti persahabatan, permusuhan, tindas-menindas, kawan makan kawan, golongan bodoh sombong, dan golongan cerdik diam pada diri aku. Semakin jelas juga satu ungkapan yang aku pernah dengar dulu, "Orang Pandai mainan Orang Bodoh, Orang Bodoh mainan Orang Pandai". Memang ini adat dunia yang sebenarnya. Kita sebagai manusia biasa memang tidak dapat berbuat apa kecuali menahan sabar dan sentiasa berdoa kepada Illahi, minta dijauhkan segala buruk sangka yang boleh dijadikan pergaduhan besar.
Sebenarnya, inilah yang sedang aku hadapi, ahli kumpulan aku umpama mempermainkan aku. Walaupun aku sudah cuba memperbaiki keadaan, nampaknya keadaan menjadi semakin S+I+A+L. Minta maaflah, aku agak tidak suka akan perkataan ini. Tetapi aku terpaksa menggunakannya untuk menggambarkan keadaan sebenar. Aku agak sedih kerana terpaksa menarik diri dari kumpulan aku, tetapi ini adalah untuk kebaikan aku sendiri, aku juga perlu selamatkan diri aku dari dipermainkan oleh ahli kumpulan aku sendiri.
Beginilah politik yang sedang melanda permikiran rakan-rakan aku di sini. Dulu....hubungan kami baik bagai persahabatan di masa muda yang indah. Sekarang....kesombongan masing-masing yang menjahanamkan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment