Saturday, September 10, 2016

Muffin Oat + Cheese

Bahan-bahan A:
150gm Tepung Gandum
2 sudu teh Serbuk Penaik
50gm Oat (cepat masak)
1/3 cawan Kacang Almond (cincang kasar)

Bahan-bahan B:
120gm Mentega
90gm Castor Sugar
2 biji telur
130ml Susu segar
Cheddar Cheese

Cara membuatnya:
  1. Gaulkan bahan A (tepung gandum, serbuk penaik, oat dan kacang almond). Letak tepi dahulu.
  2. Pukul mentega dan castor sugar sehingga sebati (pucat warna).
  3. Masukkan telur satu-persatu dan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan susu segar dan bahan A secara berselang-seli. Pukul sehingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam muffin cup sehingga agak-agak 3/4 penuh dan taburkan Cheddar Cheese di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 200celcius selama 30minit.



2 jenis pemikiran di dunia

Ada 2 jenis pemikiran manusia :

Berfikiran Terbuka
- dikongsikan apa yang perlu dikongsikan
- dirahsiakan apa yang perlu dirahsiakan

Berfikiran Tertutup
- dikongsikan apa yang perlu dirahsiakan
- dirahsiakan apa yang perlu dikongsikan

Friday, September 9, 2016

Virus Zika & cara pencegahannya

Sebelum bercuti panjang, ada baiknya kita berwaspada dengan wabak yang sedang melanda Asia Tenggara ini dengan mempelajari serba sedikit cara pencegahannya. Dibawah ada sedikit maklumat yang saya perolehi dari Muafakat Johor Telegram. Semoga boleh dijadikan panduan anda semua, InsyAllah....

Thursday, September 8, 2016

Macam mana nak bina Surau?

Beberapa hari ini saya sibuk mencari idea macam mana hendak bina surau di tengah-tengah kawasan orang bukan Islam. Saya perlukan sokongan yang kuat untuk melaksanakan misi murni ini. Jika saya seorang sahaja yang berdiri, mencari jalan penyelesaian tentang masalah yang sedang berlaku di tempat kerja saya, saya khuatir saya sendiri yang menyerah kalah. Saya sudah jumpa sebuah kedai tingkat 2, berdekatan dengan tempat kerja saya, hendak disewakan. Ia kelihatan seperti satu peluang cantik dan amat rugi jika dilepaskan. Kedai tersebut adalah seperti di gambar bawah.

Daripada atas jadi seperti dibawah.



Ada baiknya jika ada sesiapa yang sudi membantu saya, sila berikan saya nasihat dan jalan kerja yang harus saya lakukan, supaya saya dapat melaksanakan misi ini dengan berjaya.


Keutamaan Penduduk Madinah

Sahih al-Bukhori:1750

عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ:

جَاءَ أعرابيّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعَهُ عَلَى الأِسْلاَمِ فَجَاءَ مِنْ الْغَدِ مَحْمُومًا فَقَالَ: أَقِلْنِي. فَأَبَى ثَلاَثَ مِرَارٍ فَقَالَ: الْمَدِينَةُ كَالْكِيرِ تَنْفِي خَبَثَهَا وَيَنْصَعُ طَيِّبُهَا. 

Dari Jabir ra:

Ada seorang Arab Badwi menemui Nabi saw. lalu berbai'at untuk masuk Islam. Keesokan harinya dia datang lagi dalam keadaan menderita sakit demam lalu dia berkata: Bebaskan aku (dari tinggal di Madinah). Namun Beliau tidak mengabulkannya. Permintaannya itu dilakukan hingga tiga kali. Maka Beliau saw. bersabda: Madinah ini seperti alat penempa besi, yang mengeluarkan orang-orang buruk darinya dan memuliakan orang-orang yang tinggal di dalamnya. 

Pesan :

  1. Kelanjutan dari cerita di hadis ini adalah orang Baduwi tadi keluar dari Madinah, maka Rasulullah bersabda demikian.
  2. Keutamaan penduduk Madinah, yaitu orang-orang terpilih yang baik.


via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah Fussilat, ayat 35

ﻭَﻣَﺎ ﻳُﻠَﻘَّﻰٰﻫَﺎٓ ﺇِﻻَّ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺻَﺒَﺮُﻭا۟ ﻭَﻣَﺎ ﻳُﻠَﻘَّﻰٰﻫَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﺫُﻭ ﺣَﻆٍّ ﻋَﻈِﻴﻢٍ

Wama yulaqqaha illa allatheena sabaroo wama yulaqqaha illa thoo haththin AAatheemin

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

#muslimpro muslimpro.com

Wednesday, September 7, 2016

Salam Aidiladha 2016

Tak sabar rasanya nak menyambut Hari Raya Haji kali ini. Namun, jangan lupa. Sudah boleh mula puasa sunat esok, Khamis dan puasa sunat Arafah, Ahad nanti. Saya tak sabar nak rewang sembelih lembu sebenarnya. Bukan hanya kerana mendapat daging sahaja, tetapi mendapat keberkatan bergotong-royong mengagihkan daging korban kepada semua masyarakat Islam di tempat tinggal saya. Paling suka tengok air muka saudara baru (Muallaf) apabila terima daging korban ni. Sebab dalam agama lama mereka, tak ada ibadah macam ni. Ada yang terlalu kegembiraan sehingga keluar air mata. Ada yang bingung, tanya balik kat tok imam, 'nak kena bayar apa-apa tak?'. MashaAllah...inilah agama serba-serbi sempurna semuanya.....


Monday, September 5, 2016

Keutamaan Solat di Masjid Nabawi

Sahih al-Bukhori:1116

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ,أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  
صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ. 

Dari Abu Hurairah ra., bahwa Nabi saw. bersabda:

Solat di masjidku ini nilainya seribu kali lebih baik dibandingkan di masjid lain kecuali di Masjidil Haram.

Pesan :
  1. Anjuran untuk solat di Masjid Nabawi, kerana nilainya seribu kali lebih baik daripada solat di masjid lain.
  2. Keutamaan Masjidil Haram, dimana shalat disana lebih baik dari shalat di Masjid Nabawi

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Doa Orang Teraniaya

Ini adalah buku yang amat sesuai dibacakan kepada anak-anak kecil sebelum mereka tidur. Kenapa? Kerana ia mempunyai banyak cerita-cerita Hikayat Pendek Islam yang senang difahami oleh si anak kecil. Ia juga mempunyai banyak pengajaran yang baik dan sesuai dijadikan teladan.


Saya bacakan kisah Akibat Tamak Haloba kepada anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat respond yang baik. Dia banyak bertanya (petanda si kanak-kanak banyak berfikir). Satu lagi yang saya suka tentang buku ini, untuk satu tajuk, ia ada banyak versi. Contoh: Akibat Menjaga Solat 1 - Seorang ibu sedang solat, si anak sedang bermain dengan bara api, namun tidak ada apa-apa berlaku. Akibat Menjaga Solat 2 - Ular memasuki rumah, si anak kecil terselamat. Jadi, ia tidak membosankan walaupun dibaca berulang kali. Sudah lama saya memiliki buku ini, sejak zaman sekolah lagi, namun sehingga sekarang saya masih membacanya ketika waktu lapang.

Friday, September 2, 2016

Doa yang sering dipanjatkan Rasulullah s.a.w

Sahih al-Bukhori:5910

عَنْ أَنَسٍ قَالَ: كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

Dari Anas, dia berkata: Doa yang paling banyak dipanjatkan Nabi saw. adalah:

Ya Allah Rabb kami, karuniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api Neraka.

Pesan :

  1. Doa ini adalah doa yang paling sering dipanjatkan Rasulullah, kerana itu ikutilah suri teladan kita dan perbanyakkanlah membaca doa ini.
  2. Anjuran untuk meminta kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Doa ini tercantum pula di al-Quran.
  3. Anjuran untuk meminta perlindungan pada Allah dari siksa neraka.


via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, September 1, 2016

Surah Al Kahfi, ayat 1-10 & ayat 101-110 (untuk mendapat kawan baik)

Inilah ayat yang boleh melindungi diri anda dari kawan-kawan yang boleh merosakkan anda, mempergunakan anda, dan mengambil kesempatan terhadap diri anda. Terus-terang, tiada siapa didunia ini yang ada kuasa Teleport (macam dalam cerita X-Men, Professor X) yang boleh membaca fikiran seseorang. Dan kita sendiri tidak tahu siapa yang jahat dan siapa yang baik dikalangan rakan-rakan kita. Setelah mengamalkan ayat ini, sejak setahun yang lalu, saya dapat lihat dengan jelas sekali. Siapa yang baik, siapa yang tak....bagaimana hendak membezakannya? Teramat sukar untuk saya memperjelaskan dengan lebih terperinci, melainkan jika anda sendiri membaca ayat ini dan mengamalkannya setiap pagi. Dan jangan terkejut, tiba-tiba ada rakan anda cuba menjauhkan diri dari anda. Selamat mencuba...

Baca Surah Al Kahfi, ayat 1 sehingga 10,

ٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ٱﻟَّﺬِﻯٓ ﺃَﻧﺰَﻝَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻋَﺒْﺪِﻩِ ٱﻟْﻜِﺘَٰﺐَ ﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺠْﻌَﻞ ﻟَّﻪُۥ ﻋِﻮَﺟَﺎ ۜ 

Surah Al Kahfi, ayat 1

Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

ﺇِﺫْ ﺃَﻭَﻯ ٱﻟْﻔِﺘْﻴَﺔُ ﺇِﻟَﻰ ٱﻟْﻜَﻬْﻒِ ﻓَﻘَﺎﻟُﻮا۟ ﺭَﺑَّﻨَﺎٓ ءَاﺗِﻨَﺎ ﻣِﻦ ﻟَّﺪُﻧﻚَ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﻭَﻫَﻴِّﺊْ ﻟَﻨَﺎ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِﻧَﺎ ﺭَﺷَﺪًا

Surah Al Kahfi, ayat 10

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"

Kemudian sambung bacaan Surah Al Kahfi, ayat 101 sehingga 110,

ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺃَﻋْﻴُﻨُﻬُﻢْ ﻓِﻰ ﻏِﻄَﺎٓءٍ ﻋَﻦ ﺫِﻛْﺮِﻯ ﻭَﻛَﺎﻧُﻮا۟ ﻻَ ﻳَﺴْﺘَﻄِﻴﻌُﻮﻥَ ﺳَﻤْﻌًﺎ

Surah Al Kahfi, ayat 101

(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

ﻗُﻞْ ﺇِﻧَّﻤَﺎٓ ﺃَﻧَﺎ۠ ﺑَﺸَﺮٌ ﻣِّﺜْﻠُﻜُﻢْ ﻳُﻮﺣَﻰٰٓ ﺇِﻟَﻰَّ ﺃَﻧَّﻤَﺎٓ ﺇِﻟَٰﻬُﻜُﻢْ ﺇِﻟَٰﻪٌ ﻭَٰﺣِﺪٌ ۖ ﻓَﻤَﻦ ﻛَﺎﻥَ ﻳَﺮْﺟُﻮا۟ ﻟِﻘَﺎٓءَ ﺭَﺑِّﻪِۦ ﻓَﻠْﻴَﻌْﻤَﻞْ ﻋَﻤَﻼً ﺻَٰﻠِﺤًﺎ ﻭَﻻَ ﻳُﺸْﺮِﻙْ ﺑِﻌِﺒَﺎﺩَﺓِ ﺭَﺑِّﻪِۦٓ ﺃَﺣَﺪًۢا 

Surah Al Kahfi, ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

#muslimpro muslimpro.com

Aktiviti Hari Merdeka : Sukan Berenang

Sempena hari Merdeka, saya sekeluarga agak tidak gemar nak jalan-jalan di Bandar Johor Bahru. Kami tidak tahan dengan sesak dengan trafik, orang2 luar negara (Nepal, Myanmar dan lain-lain) dan cuaca panas tak menentu. Penyelesaiannya, kami sekeluarga sepakat rancang aktiviti berenang. Baik muda atau tua, kami memang pantang tengok air biru macam ni. Atas permintaan ahli keluarga saya yang lain, saya hanya boleh kongsikan gambar ini sahaja. Saya minta maaf.


Berenang adalah perkara biasa dalam keluarga saya, Sejak daripada kecil lagi kami sudah didedahkan dengan sukan air. Tetapi hanya adik bongu saya sahaja yang serius dalam sukan renang ini dan dia pun sudah mempunyai kerjaya sebagai 'Swimming Instructor'. Saya pula lebih suka seni, berenang hanya sekali-sekala sahaja. Dalam keluarga saya, ada Hiperactive dan Autisme, ternyata sukan air ini dapat meredakan sifat agresif mereka. Jadi, jika ada sesiapa diluar sana (KL & JB) yang ingin mendapatkan khidmat 'Swimming Instructor', boleh hubungi saya melalui ruang comment dibawah.

Monday, August 29, 2016

Beza Penduduk Syurga & Neraka

Sahih al-Bukhori:5610

 عَنْ حَارِثَةَ بْنِ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ, كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَاعِفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لاَبَرَّهُ. أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ, كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ. 

Dari Haritsah ibn Wahb al-Khuza'i, dari Nabi saw., beliau bersabda

Maukah kalian aku beritahu penduduk Surga? Yaitu setiap orang yang lemah dan diperlemah. Sekiranya ia bersumpah atas nama Allah pasti Allah akan mengabulkannya, Maukah kalian aku beritahu penghuni Neraka? Yaitu Setiap orang yang keras (hati), bongkak dan sombong.

Pesan :
  1. Rasulullah menjelaskan pada kita salah satu ciri penghuni surga, yaitu orang-orang yang lemah dan diperlemah, serta mereka yang selalu jujur jika bersumpah dengan nama Allah. Semoga kita menjadi penghuni surgaNya kelak.
  2. Salah satu ciri penghuni neraka adalah orang yang keras hati, bongkak dan sombong. Semoga Allah menjauhi kita dari sifat-sifat itu.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Bangun! Jangan jatuh...

Sekali lagi saya perlukan kata2 semangat. Itu sebab Rasulullah s.a.w. selalu berpesan kepada kita: ucapkanlah kata2 yang baik. Kerana bukan saya seorang sahaja yang perlukan kata2 semangat. Ramai lagi diluar sana yang memerlukannya, yang mana dibelenggu masalah yang lebih hebat daripada saya. Jadi, bangunlah jangan jatuh lagi...

Surah Hud, ayat 56 (Ayat penghalang sihir)

Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat baik diamalkan orang-orang yang sukar mendapat jodoh, pekerjaan dan selalu bernasib malang.

ﺇِﻧِّﻰ ﺗَﻮَﻛَّﻠْﺖُ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟﻠَّﻪِ ﺭَﺑِّﻰ ﻭَﺭَﺑِّﻜُﻢ ۚ ﻣَّﺎ ﻣِﻦ ﺩَآﺑَّﺔٍ ﺇِﻻَّ ﻫُﻮَ ءَاﺧِﺬٌۢ ﺑِﻨَﺎﺻِﻴَﺘِﻬَﺎٓ ۚ ﺇِﻥَّ ﺭَﺑِّﻰ ﻋَﻠَﻰٰ ﺻِﺮَٰﻁٍ ﻣُّﺴْﺘَﻘِﻴﻢٍ 

Innee tawakkaltu AAala Allahi rabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithun binasiyatiha inna rabbee AAala siratin mustaqeemin

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

#muslimpro muslimpro.com

Surah Al Muzammil, ayat 20

Ini adalah ayat menerangkan Solat, Allah s.w.t Maha Memahami kesukaran hamba-hambanya untuk menunaikan solat. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, kita hendaklah sentiasa belajar menghadapi kesukaran-kesukaran ini supaya kita dapat melaksanakan solat sebaik-baiknya. Semoga ayat Al-Quran di bawah boleh mernerangkan dengan lebih jelas....InsyAllah....

۞ ﺇِﻥَّ ﺭَﺑَّﻚَ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺃَﻧَّﻚَ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺃَﺩْﻧَﻰٰ ﻣِﻦ ﺛُﻠُﺜَﻰِ ٱﻟَّﻴْﻞِ ﻭَﻧِﺼْﻔَﻪُۥ ﻭَﺛُﻠُﺜَﻪُۥ ﻭَﻃَﺎٓﺋِﻔَﺔٌ ﻣِّﻦَ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻣَﻌَﻚَ ۚ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﻳُﻘَﺪِّﺭُ ٱﻟَّﻴْﻞَ ﻭَٱﻟﻨَّﻬَﺎﺭَ ۚ ﻋَﻠِﻢَ ﺃَﻥ ﻟَّﻦ ﺗُﺤْﺼُﻮﻩُ ﻓَﺘَﺎﺏَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ۖ ﻓَﭑﻗْﺮَءُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺗَﻴَﺴَّﺮَ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻘُﺮْءَاﻥِ ۚ ﻋَﻠِﻢَ ﺃَﻥ ﺳَﻴَﻜُﻮﻥُ ﻣِﻨﻜُﻢ ﻣَّﺮْﺿَﻰٰ ۙ ﻭَءَاﺧَﺮُﻭﻥَ ﻳَﻀْﺮِﺑُﻮﻥَ ﻓِﻰ ٱﻷَْﺭْﺽِ ﻳَﺒْﺘَﻐُﻮﻥَ ﻣِﻦ ﻓَﻀْﻞِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۙ ﻭَءَاﺧَﺮُﻭﻥَ ﻳُﻘَٰﺘِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۖ ﻓَﭑﻗْﺮَءُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺗَﻴَﺴَّﺮَ ﻣِﻨْﻪُ ۚ ﻭَﺃَﻗِﻴﻤُﻮا۟ ٱﻟﺼَّﻠَﻮٰﺓَ ﻭَءَاﺗُﻮا۟ ٱﻟﺰَّﻛَﻮٰﺓَ ﻭَﺃَﻗْﺮِﺿُﻮا۟ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺮْﺿًﺎ ﺣَﺴَﻨًﺎ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﺗُﻘَﺪِّﻣُﻮا۟ ﻷَِﻧﻔُﺴِﻜُﻢ ﻣِّﻦْ ﺧَﻴْﺮٍ ﺗَﺠِﺪُﻭﻩُ ﻋِﻨﺪَ ٱﻟﻠَّﻪِ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮًا ﻭَﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺃَﺟْﺮًا ۚ ﻭَٱﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭا۟ ٱﻟﻠَّﻪَ ۖ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻏَﻔُﻮﺭٌ ﺭَّﺣِﻴﻢٌۢ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

#muslimpro muslimpro.com

Sifat Neraka : Dikelilingi Nafsu Syahwat

Sahih al-Bukhori:6006

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ, أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

 حُجِبَتْ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ وَحُجِبَتْ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ.

Dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Neraka dikelilingi dengan syahwat (hal-hal yang menyenangkan nafsu), sedang Surga dikelilingi hal-hal yang tidak disenangi (nafsu).

Pesan :

  1. Hawa nafsu selalu mengajak ke neraka.
  2. Jihad nafsu (berusaha menjauhi maksiat walaupun itu yang disukai nafsu) diharuskan agar bisa mendapatkan surgaNya

Erti kata lain :

Semakin kita (manusia) mendekati maksiat, perjudian, arak dan sebagainya....
Semakin kita menjauhi Syurga...
dan menghampiri Neraka....

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Friday, August 26, 2016

Heart Touching Arabic Naat

Assalammualaikum dan Salam Jumaat semua,

Hari ini, saya mahu kongsikan satu video yang agak menyentuh hati. Video yang amat menyedarkan saya bahawa kematian itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Hargai nyawa anda, hargai masa anda, hargai keluarga anda, hargailah nikmat kurniaan Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya....

Doa Berlindung dari Neraka

Sahih al-Bukhori:5899

 عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ خَالَتِهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ:

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْغِنَى وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْفَقْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. 

Dari Hisyam, dari Ayahnya, dari Bibinya, bahwa Nabi saw. biasa meminta perlindungan dengan (membaca):

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Neraka dan siksa Neraka, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kubur dan siksa kubur, aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kekayaan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Dajjal. 

Pesan :
  1. Anjuran untuk meminta perlindungan pada Allah dari neraka, fitnah dan siksa kubur serta fitnah dajjal.
  2. Kekayaan dan kemiskinan bisa menjadi fitnah bagi seorang hamba. Kekayaan bisa membuat seseorang sombong dan lupa pada Allah, kemiskinan bisa membuat seseorang kufur nikmat, bahkan kufur dari islam. Karena itu kita dianjurkan untuk berlindung pada Allah dari fitnah kekayaan maupun kemiskinan.
via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, August 25, 2016

Hobi Berkebun : Baja Kompos

Berkenaan tentang baja kompos, saya buat cara saya sendiri, saya belajar dari arwah nenek. Memang syok tengok cara-cara kompos sisa buangan dengan kaedah-kaedah moden yang kreatif dan innovatif, namun saya bukanlah jenis orang yang selalu ada masa lapang. Lagipun saya sering berdepan dengan masalah makhluk perosak seperti tikus, lipas, semut, dan sebagainya. Jadi, idea untuk mengikut cara kompos moden itu agak tidak bersesuaian dengan orang macam saya. Cara kampung jugalah yang berkenan di hati.

Kaedah arwah nenek saya:

  1. Tanam sisa buangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, cengkerang, kulit telur, hampas teh dan kopi ke dalam tanah. Kemudian, biar alam sekitar yang buat kerja. Seminggu kemudian, jangan terkejut dengan kehadiran cacing di tapak baja kompos. Memang kita memerlukan bantuan cacing –cacing ini. Nak kata geli, saya memang geli, tak yah tipu la. Dalam senario berkebun, cacing-cacing inilah haiwan perliharaan kita. Maka,anggap sahaja kita memberi makan kepada haiwan perliharaan. Cacing-cacing ini bukan sahaja membantu mencerna sisa buangan tadi, malah ia juga akan membantu menggembar-gemburkan tanah. 
  2. Siram air basuhan ikan, daging, beras, dan sebagainya ke akar tumbuhan tanaman. Jangan disiram diatas tumbuhan tanaman, kerana lemak dan darah akan mengering dan mengeluarkan bau yang tidak senang. Ia juga akan menarik perhatian lalat.

Contoh-contoh kaedah lain:

Kaedah Kompos Menggunakan Mesin Manual


Kaedah Kompos Menggunakan Cacing Tanah


Memang ada niat nak buat kaedah kompos seperti diatas. Namun, kekurangan masa, tenaga, dan kemahiran menjadi faktor niat saya tidak kesampaian. Demikian, ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Sebenarnya, ada banyak lagi yang hendak diceritakan. Insyallah, di lain hari, saya akan sampaikan.

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...