Monday, September 5, 2016

Doa Orang Teraniaya

Ini adalah buku yang amat sesuai dibacakan kepada anak-anak kecil sebelum mereka tidur. Kenapa? Kerana ia mempunyai banyak cerita-cerita Hikayat Pendek Islam yang senang difahami oleh si anak kecil. Ia juga mempunyai banyak pengajaran yang baik dan sesuai dijadikan teladan.


Saya bacakan kisah Akibat Tamak Haloba kepada anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat respond yang baik. Dia banyak bertanya (petanda si kanak-kanak banyak berfikir). Satu lagi yang saya suka tentang buku ini, untuk satu tajuk, ia ada banyak versi. Contoh: Akibat Menjaga Solat 1 - Seorang ibu sedang solat, si anak sedang bermain dengan bara api, namun tidak ada apa-apa berlaku. Akibat Menjaga Solat 2 - Ular memasuki rumah, si anak kecil terselamat. Jadi, ia tidak membosankan walaupun dibaca berulang kali. Sudah lama saya memiliki buku ini, sejak zaman sekolah lagi, namun sehingga sekarang saya masih membacanya ketika waktu lapang.

2 comments:

  1. Kedai Buku online mana saya boleh dapatkan buku ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada sy belikan dulu...maaf cik memang susah nak dapat sekarang,...

      Delete

Aku buat komik pakai Ai

Agak lama jugak lah aku tak menulis kat dalam blog aku ni. Tak ada apa nak tulis sebenarnya, tak ada cerita. Hidup aku pun macam orang lain ...