Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak
kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa
sahaja semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Tengok sahaja drama Melayu yang
memeningkan kepala kat TV tu. Memang sikap manusia mahu kelihatan cantik, dan
menarik perhatian orang ramai. Namun, jika kecantikannya tidak dapat menarik apa-apa
perhatian, sehingga kucing pun tak pandang. Mulalah golongan ini buat perangai.
Apa perangainya? Mari kita baca info dibawah, dan semoga ia dapat dijadikan
sebagai panduan untuk mengelakkan fitnah di masa hadapan.
- Suka-suka bersentuhan kulit ke kulit.
- Bukan tak sengaja, memang sengaja mereka pegang-pegang tangan kita. Konon-konon teman mesralah. Ini banyak berlaku dari zaman sekolah sehinggalah ke tempat kerja. Tips Untuk Anak Dara Diluar Sana, jika ada kawan-kawan lelaki anda cuba pegang tangan anda. Putuskan sahaja persahabatan dengan mereka. Kerana Pegang Tangan itu adalah cara nak cucuk jarum ajak tidur bersama. Kira 1st step untuk melakukan hubungan seks.
- Suka-suka minum dari bekas minuman kita atau makan dari bekas makanan kita.
- Katanya ‘Sharing is Caring’. Salah tu! Istilah ‘Sharing is Caring’ ialah berkongsi sedikit harta dengan orang yang dilanda kesusahan hidup, seperti kemiskinan, bencana alam, dan jangan lupa ibu bapa kita, yang selama ini susah-payah membesarkan kita. Senang-senang orang lain ambil rezeki kita dari bekas mulut kita. Eeee…..kalau terdesak sangat nak makan atau minum, order je lah yang baru. Masa itulah cakap, ‘nak merasa je’. Penyelesaian : Order baru untuk diri anda sendiri, biar dia habiskan bekas anda. Biar dia tahu yang anda bukan orang yang senang diguli-gulikan.
- Suka bercerita tentang keburukan pasangannya.
- Inilah taktik yang saya selalu kena. Bukan sikit, banyak. Yang berjumpa dengan saya (ada suami orang, tunang orang) bercerita tentang pasangan hidupnya. Seperti biasa, saya akan pertahankan orang perempuan. Kerana saya juga seorang perempuan. Macam-macam cerita saya dengar, gemuklah, tak pandai uruskan diri, garanglah, dan macam-macam lagi. Masalahnya, itu masalah dia, bukan masalah saya dan saya tidak berhak masuk campur. Bayangkanlah jika saya jadi pasangan hidup dia pada masa akan datang, masa sekarang pun dia dah bercerita keburukan pasangannya. Masa depan saya? Habislah! Jalan penyelesaian saya senang saja, beritahu dia ‘saya tidak berhak masuk campur’ dan padam nombor telefon serta segala bentuk alat hubungan yang berkaitan dengan dia.
- Suka menampilkan diri dengan aksi-aksi yang mengiurkan di Media Sosial.
- Facebook, YouTube, Instagram, apa-apa sajalah. Asyik-asyik muka dia. Memang cantik, memang handsome. Tetapi, apa boleh buat. Memang tak boleh nak bendung aktiviti-aktiviti netizen yang lain. Dan inilah punca utama pergolakan rumah tangga. Kalau pergi ke Mahkamah Syariah, memang banyak penceraian berpunca daripada Media Sosial. Jika terjumpa golongan ini, adalah lebih baik Unfriend, Block, Delete, dan jangan Share apa-apa gambar mereka. Jangan sayang-sayang golongan ini, sayang keluarga anda dahulu. Insyallah, anda takkan menyesal.
No comments:
Post a Comment