Assalammualaikum,
Beberapa hari yang lepas, merupakan hari-hari yang bercuaca panas. Maka, saya kurangkan aktiviti diluar untuk mengelakkan dehirate dan hipotensi (tekanan darah rendah). Walaubagaimanapun, saya boring. Ada banyak kalori perlu dibakar, dan kesihatan badan yang perlu dijaga.
Tiba-tiba terciptalah Smoothie Apple + Laici. Sesuai dengan cuaca panas, Laici adalah buah-buahan yang ideal untuk menyejuk badan. Ia juga mengandungi air yang banyak. Epal pula mengandungi iron, gizi makanan yang saya perlukan.
Bahan-bahan:
- 1 biji epal (dipotong dadu)
- 3-4 ulas laici (dihiris nipis)
- 1 biji asam jeruk prune (dipotong kecil-kecil)
- 1 uncang Teh Hijau
- 1 sudu besar Yogurt asli
- 1/2 cawan air panas mendidih
- 2-3 ice cube
- Rendam uncang teh hijau dahulu.
- Kisar epal, laici dan yogurt sehingga halus.
- Setelah dapat pati teh hijau yang pekat, masukkan ke dalam mesin kisar dan kisar.
- Hidangkan kedalam gelas bersama ketulan ais.
- Taburkan asam jeruk diatas.
- Sedia untuk diminum.
No comments:
Post a Comment