Showing posts with label Buku Hari ini. Show all posts
Showing posts with label Buku Hari ini. Show all posts

Saturday, October 18, 2025

Novel : KABAYAN



Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini hanya sekadar suka-suka, untuk hiburan diri sendiri. Lama-kelamaan makin banyak pula isi kandungannya. Bermula dari kertas conteng hingga ke buku nota dan seterusnya ke komputer. Saya juga tidak sangka dapat menulis dengan sebegini banyaknya.

Rasanya tidak perlu saya bercakap banyak. Sila tekan link dibawah untuk melihat 10 muka surat pertama novel saya.

https://heyzine.com/flip-book/070892f58a.html

Dan sekiranya berminat untuk membeli novel e-book saya ini. Sila tekan link dibawah untuk pembelian.

https://kinaziz.onpay.my/order/form/kabayan1

Terima kasih kerana sudi membeli.

 

Monday, September 5, 2016

Doa Orang Teraniaya

Ini adalah buku yang amat sesuai dibacakan kepada anak-anak kecil sebelum mereka tidur. Kenapa? Kerana ia mempunyai banyak cerita-cerita Hikayat Pendek Islam yang senang difahami oleh si anak kecil. Ia juga mempunyai banyak pengajaran yang baik dan sesuai dijadikan teladan.


Saya bacakan kisah Akibat Tamak Haloba kepada anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat respond yang baik. Dia banyak bertanya (petanda si kanak-kanak banyak berfikir). Satu lagi yang saya suka tentang buku ini, untuk satu tajuk, ia ada banyak versi. Contoh: Akibat Menjaga Solat 1 - Seorang ibu sedang solat, si anak sedang bermain dengan bara api, namun tidak ada apa-apa berlaku. Akibat Menjaga Solat 2 - Ular memasuki rumah, si anak kecil terselamat. Jadi, ia tidak membosankan walaupun dibaca berulang kali. Sudah lama saya memiliki buku ini, sejak zaman sekolah lagi, namun sehingga sekarang saya masih membacanya ketika waktu lapang.

Thursday, August 11, 2016

99 Puisi untuk Palestin


Sah! 17 Ogos 2016 ini, saya akan bertanding Deklamasi Puisi di Skudai, Johor. Doakanlah saya berjaya mengharungi cabaran ini. Apa yang mencabar sangat dalam pertandingan kali ini ialah saya dikehendaki menghafal salah satu puisi dari buku 99 puisi untuk Palestin. Dan satu puisi je bukan 1 mukasurat, 2 hingga 3 mukasurat. Insyallah, saya akan hafalkan salah satu puisi ini secepat mungkin.

Sunday, July 31, 2016

Uthman bin Affan : Pengumpul Al-Quran

Hari ni saya baca buku ini pulak. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Dimana kehidupannya bermula ayahnya meninggal ketika dia masih kecil dan ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang suka berpoya-poya. Habis segala harta yang ditinggalkan oleh bapanya dikerjakan bapa tiri, Uthman bin Affan belajar berniaga sehingga dia benar2 mahir...

Panjang sebenarnya hendak diceritakan tentang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ini. Bacalah bukunya, gerenti puas hati.

Saturday, July 30, 2016

Emily the Strange : The Lost Day

Saya beli buku ni dah lama dah. Tapi hari ni saya baca balik. Teringat zaman fesyen gothic dulu2. Kelakar...

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...