Saturday, March 11, 2023
Tujuan
Sunday, February 5, 2023
Aku Terlalu Sibuk Sehingga Demam
Minta maaf kerana terpaksa banyak mendiamkan diri sejak bulan Oktober tahun lepas. Aku terlalu sibuk sehingga aku kerap jatuh sakit. Aku kerap sakit, COVID? Choi!!! Jangan diminta! Aku sakit demam je, tapi demam yang teruk dan on off - on off. Tetapi bagaikan ada satu pertolongan yang datang kepada aku semasa teruk bertahan melawan sakit ni. Aku on smartphone, ada tips keluar, dia suruh aku mandi air hujan, bukak Youtube - dengar ustaz-ustaz berceramah, diorang pun suruh mandi air hujan. Balik rumah, baca buku jap selepas solat, pun suruh aku mandi air hujan. Yang sedapnya, memang musim hujan kat tempat aku ni.
Maka, keesokan pagi hari Sabtu yang sejuk akibat hujan sepanjang malam. Aku dengan tiada perasaan lagi dah, dengan demam menggigilnya, dengan berbaju t-shirt dan berseluar pendek sahaja, pergi ke tengah laman rumah aku, apa lagi? Mandi air hujanlah. Mandi air hujan secara direct daripada langit. Masa tu baru lepas sembahyang Subuh. Masih gelap lagi, so belum ada orang lalu-lalang. Kalau ada orang lalu-lalang, malu jugak nak buat kerja gila ni. Aku ingat lagi, masa tu aku memang kesejukan tahap Gunung Kinabalu, gigi aku terketap-ketap, badan aku menggigil dan aku pun dah macam naik sawan dah semasa bermandikan hujan.
Ok, sekejap, cerita belum habis. Sedang aku mandi hujan, aku dapat rasakan hembusan nafas aku panas. Hembusan nafas panas, biasalah tu, semua orang macam tu. Tetapi hembusan nafas aku ni memang betul-betul panas dan ia terhembus sekali saja. Dan pada masa itu juga aku terasa lega yang amat. Kemudian, aku bilas badan di bilik air macam biasa. Demam aku serta-merta hilang. Pening kepala dan keletihan pun hilang. Aku dapat berjalan dan membuat kerja dengan baik selepas mandi hujan tu. Apa yang aku nak cakap kat sini, engkau orang demam tak? Kalau berani cubalah cara aku ni. Mana tahu, terus sihat dan boleh berlari. Tamat.
Wednesday, April 13, 2022
Ayat-ayat Motivasi Kin Aziz
Kau ada Matlamat?
Matlamat kau itu Baik?
Buatlah! Mulakan!
Lepas engkau buat,
engkau akan tahu apa yang engkau perlu buat seterusnya.
Allah s.w.t. tak beri apa yang kita nak,
sebab Allah s.w.t. nak beri apa yang kita perlukan.
Tak ada Kesenangan datang dari jalan yang Senang.
Engkau Cantik dan tetap Cantik, sebab engkau ciptaan Allah s.w.t.
Tak kiralah apa yang sedang engkau buat,
Buat sesuatu tanpa Wuduk, lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, pun lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, selepas solat dan baca Al-Quran, lagi lain hasilnya,
Buat sesuatu dengan Wuduk, selepas solat, baca Al-Quran dan baca sedikit bahan Ilmiah,
Engkau sedang menghasilkan sebuah Karya Agung.
Pernahkah engkau dibenci seseorang? Atau pernahkah engkau membenci seseorang? Ada dua perkara disini yang perlu engkau tahu. Yang pertama, mungkin Allah sedang melindungi engkau daripada dia. Yang kedua, mungkin Allah sedang melindungi dia daripada ENGKAU.
#alwayshusnuzon
Thursday, March 10, 2022
Creeping Crawling (Chord)
C
Walking down the street
C
Chased by the dog
G
Hit by the car
G
Honked by the truck
A
Bruises on my arm
F
F
C
G
G
A
G
Staring over there
G
Gazing over here
A
Enjoy the sunny day
A
Smiling on my face
F
Looking for a sign
Searching for a clue
This is what I do
C
I made a new song
G
Creeping for a plan
G
Crawling for a goal
A
Taking out the pen
Taking out the note
Writing new song
F
The Creeping Crawling!
I love.....what I do....
A
Sunday, January 12, 2020
I'm Ready!
Saya Kin Aziz. Saya telah mencipta banyak lagu. Malang sekali, saya tidak mahir memainkan sebarang alat muzik. Dan tiada seorang pun ahli keluarga dan kawan-kawan yang mahir dengan apa-apa instrumen. Kebanyakan lagu-lagu saya beritma keagamaan, cendorong kepada irama Nasyid dan sedikit modern. Dan jangan terkejut, bagaimana saya mendapat ilham lagu-lagu ini. Adalah melalui bacaan Al-Quran dan Zikir yang saya amalkan setiap hari. Saya ingin lagu-lagu saya dinyanyikan oleh sebuah kumpulan nasyid. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Sila tinggalkan email di bahagian komen di bawah, supaya saya boleh hubungi balik.
Terima kasih.
Cerita Cinta Monyet ku
Sudah berkawan dari mula darjah 1
Berjanji belajar mengejar bersama
Cita-cita ke universiti
Berlalu sudah
Zaman remaja, masing-masing gila-gila
Dia suka berlatih berkawad
Aku suka lukis-lukis...
Aku....Dia...
Satu cinta yang takkan menyatu...
Dia sudah ke luar negeri...
Aku hanya menyanyi di sini...
Jangan...Pernah...
Lupakan segala kenangan...
Hitam, jadikanlah tauladan....
Manis, jadikanlah hiburan...
Bertahun lalu
Dia kembali, pakai kereta Mercedes
Sudah ada pasangan disisi
Ku hanya senyum walau terguris.....
C/o:
Tamatlah sudah, cerita cinta monyet ku
Doakanlah ku jua bahagia
Suatu tika masa nanti
Wednesday, May 2, 2018
Hebat . Bebas . Syukur
Aku menangis tersedu-sedu
Makan minum pun tak menentu
Berat badan cecah tiga puluh lima kilogram
Kawan aku Nisa kata padaku
Sudah-sudahlah tu, jom ikut aku
Kita tengok monyet joget dalam zoo
Jika itu dapat hiburkan aku
Korus:
Namun itu empat tahun yang lalu
Aku berubah dari sejak itu
Aku pergi ke mana tempat ku mahu
Aku belajar lagi tambah ilmu
Oh oooo.....Oh ooo 2x
Bebasnya hidupku.....
Hebatnya hidupku.....4x
Cuba lagi
Aku bersyukur Alhamdulillah
Aku akan terus selalu berdoa
Moga-moga ada jodoh yang baru
Lagu & Lirik oleh Kin Aziz
Wednesday, November 30, 2016
Tuesday, November 22, 2016
Tuesday, November 1, 2016
Friday, October 7, 2016
Monday, October 3, 2016
10 Perkara Perubahan Saya Mahu Buat!
- Akan memulakan kerja Kitar Semula.
- Memperbaiki ibadah Qiamulail.
- Berkebun, memperbanyakkan lagi Hasil Tanaman.
- Memperbaiki akademik 'My Little Engineer'.
- Memperbaiki hubungan Silaturohim.
- Khatam Al Quran.
- Akan memulakan sesuatu perniagaan (tak tau lagi).
- Sambung belajar!
- Bersedekah selagi mana yang mampu.
- Menjelajah ke negara-negara Islam.
Tuesday, September 27, 2016
Kembara Bersama Anak-anak Kecil
- Ibu dan anak masih lemah, senang penat.
- Si anak takkan ingat memori melancong/mengembara ketika di usia ini.
- Banyak bergerak, mengganggu jadual tidur anak kecil. (tidur itu amat penting bagi usia 1-3 tahun)
Thursday, September 22, 2016
10 Benda Mesti Buat di Cameron Highlands, Pahang.
- Ambil Heavy Breakfast – Wajib ada Strawberry Hot Chocolate sambil menikmati permandangan matahari terbit / ladang teh / kebun bunga.
- Jadi Pencinta Alam Sekitar Untuk 1 Hari – Pakai
baju berwarna hijau. Banyakkan berjalan kaki atau berbasikal. Kurangkan penggunaan
handphone. Rajinkan diri mengutip sampah dan masukkan ke dalam tong sampah
(pastikan sentiasa memakai sarung tangan). Hirup udara segar.

Seorang pencinta Alam mengutip sampah - Berpakaian Yang Sesuai – Sentiasa pakai sport shoe / boot. Pakai seluar khakis yang tebal sedikit untuk mengelakkan kesejukan dan kecederaan ketika melawat mana-mana ladang atau kebun.
- Beli Bunga Lavender – Simpan dalam baju. Bunga ini boleh mengeluarkan bau harum yang menyenangkan. Elok untuk menghilangkan stress.
- Beri Burung Makan – Lokasi di Medan Makan Tanah Rata. Banyak burung merpati di situ. Kanak-kanak pasti sukakannya.
- Tangkap Gambar Gerai/Kedai – Ada banyak gerai dan kedai yang agak retro hiasannya. Jangan lepaskan peluang.
- Beli Madu Asli – Pilih 4 warna dan bentuk yang berbeza. Berhati-hati apabila beli madu, pastikan yang asli, kena banyak bertanya supaya tidak tertipu dengan Madu Sintetik. Apabila pulang ke rumah, susun di atas rak atau meja. Mesti cantik!
- Makan Malam Di Tepi Jalan – Sweet potato,
BBQ (ayam, kambing, daging) dan hot chocolate. Mengenyangkan dan mampu memanaskan tubuh badan. Perfect combination!
- Melawat MARDI Cameron Highland – Ada banyak pokok-pokok pelik disana (cth: Periuk Kera). Tangkap gambar seberapa banyak yang boleh. Banyak snack yang jauh lebih murah di MARDI (bagi sesiapa yang menyukai snack). Disini juga boleh belajar cara berkebun. Boleh beli anak pokok. Ada kandang arnab dan burung. Rugi, kalau tak singgah sini.
- Shopping Untuk Cenderhati – Strawberry! Pastikan strawberry! Ada banyak jenis produk strawberry sekarang ini. Ada kopi, teh, chocolate, hot chocolate, biskut, jeruk, jem, kordial dan macam-macam lagi. Semuanya berkaitan dengan Strawberry!
Wednesday, September 7, 2016
Salam Aidiladha 2016
Thursday, September 1, 2016
Aktiviti Hari Merdeka : Sukan Berenang
Monday, August 29, 2016
Bangun! Jangan jatuh...
Thursday, August 25, 2016
Hobi Berkebun : Baja Kompos
Kaedah arwah nenek saya:
- Tanam sisa buangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, cengkerang, kulit telur, hampas teh dan kopi ke dalam tanah. Kemudian, biar alam sekitar yang buat kerja. Seminggu kemudian, jangan terkejut dengan kehadiran cacing di tapak baja kompos. Memang kita memerlukan bantuan cacing –cacing ini. Nak kata geli, saya memang geli, tak yah tipu la. Dalam senario berkebun, cacing-cacing inilah haiwan perliharaan kita. Maka,anggap sahaja kita memberi makan kepada haiwan perliharaan. Cacing-cacing ini bukan sahaja membantu mencerna sisa buangan tadi, malah ia juga akan membantu menggembar-gemburkan tanah.
- Siram air basuhan ikan, daging, beras, dan sebagainya ke akar tumbuhan tanaman. Jangan disiram diatas tumbuhan tanaman, kerana lemak dan darah akan mengering dan mengeluarkan bau yang tidak senang. Ia juga akan menarik perhatian lalat.
![]() |
| Kaedah Kompos Menggunakan Mesin Manual |
Friday, July 29, 2016
Solar Cooking
Solar Cooking ialah salah satu kaedah memasak tanpa menggunakan bahan api seperti gas, kayu api dan elektrik. Ia menggunakan Tenaga Matahari sebagai sumber utama haba kepada makanan yang hendak dimasak. Menarik bukan?
Dibawah ada beberapa contoh Solar Cooking yang sudah menjadi rutin biasa diluar negara. Mungkin Malaysia juga boleh mengamalkannya, malah patut mengamalkanya.
Jika anda ingin DIY Solar Cooking, mungkin link ini mampu membantu anda. Membuat-dan-Menggunakan-Oven-Surya
Friday, May 15, 2015
Hobi Baru
| Pokok Daun Limau Purut |
| Kesan kena mkn ngan Ulat Bulu. |
| Pokok Lidah Buaya |
| Pokok Sirih |
| Daun Pokok Tembikai |
Memang banyak benda aku nak cerita tang kebun aku ni. Makin seronok lak, aku tengok tumbuh-tumbuhan hijau ni. Teringat lak, masa kecik2 dulu balik kampung, panjat pokok kelapa sambil tengok arwah nenek kahwinkan pokok bunga kertas. Hasilnya, bunga pada pokok tu berwarna-warni, ada ungu, merah jambu, putih, kuning. Cantik! Sekarang ni, aku dah tak jumpa lagi pokok bunga kertas macam ni. Tak silap aku, pokok bunga kertas kat umah mak aku terbakar kot sebab insiden lemang terbakar masa malam raya tahun 2000. Panjang ceritanya. Dah la, panjang bebenor aku menaip ni. Next time, aku sambung lagi. Insyallah.
Novel : KABAYAN
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata...
-
Inilah ayat yang boleh melindungi diri anda dari kawan-kawan yang boleh merosakkan anda, mempergunakan anda, dan mengambil kesempatan terha...

















