Wednesday, September 7, 2016

Salam Aidiladha 2016

Tak sabar rasanya nak menyambut Hari Raya Haji kali ini. Namun, jangan lupa. Sudah boleh mula puasa sunat esok, Khamis dan puasa sunat Arafah, Ahad nanti. Saya tak sabar nak rewang sembelih lembu sebenarnya. Bukan hanya kerana mendapat daging sahaja, tetapi mendapat keberkatan bergotong-royong mengagihkan daging korban kepada semua masyarakat Islam di tempat tinggal saya. Paling suka tengok air muka saudara baru (Muallaf) apabila terima daging korban ni. Sebab dalam agama lama mereka, tak ada ibadah macam ni. Ada yang terlalu kegembiraan sehingga keluar air mata. Ada yang bingung, tanya balik kat tok imam, 'nak kena bayar apa-apa tak?'. MashaAllah...inilah agama serba-serbi sempurna semuanya.....


No comments:

Post a Comment

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...