Ini adalah ayat menerangkan Solat, Allah s.w.t Maha Memahami kesukaran hamba-hambanya untuk menunaikan solat. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, kita hendaklah sentiasa belajar menghadapi kesukaran-kesukaran ini supaya kita dapat melaksanakan solat sebaik-baiknya. Semoga ayat Al-Quran di bawah boleh mernerangkan dengan lebih jelas....InsyAllah....
۞ ﺇِﻥَّ ﺭَﺑَّﻚَ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﺃَﻧَّﻚَ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺃَﺩْﻧَﻰٰ ﻣِﻦ ﺛُﻠُﺜَﻰِ ٱﻟَّﻴْﻞِ ﻭَﻧِﺼْﻔَﻪُۥ ﻭَﺛُﻠُﺜَﻪُۥ ﻭَﻃَﺎٓﺋِﻔَﺔٌ ﻣِّﻦَ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻣَﻌَﻚَ ۚ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﻳُﻘَﺪِّﺭُ ٱﻟَّﻴْﻞَ ﻭَٱﻟﻨَّﻬَﺎﺭَ ۚ ﻋَﻠِﻢَ ﺃَﻥ ﻟَّﻦ ﺗُﺤْﺼُﻮﻩُ ﻓَﺘَﺎﺏَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ۖ ﻓَﭑﻗْﺮَءُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺗَﻴَﺴَّﺮَ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻘُﺮْءَاﻥِ ۚ ﻋَﻠِﻢَ ﺃَﻥ ﺳَﻴَﻜُﻮﻥُ ﻣِﻨﻜُﻢ ﻣَّﺮْﺿَﻰٰ ۙ ﻭَءَاﺧَﺮُﻭﻥَ ﻳَﻀْﺮِﺑُﻮﻥَ ﻓِﻰ ٱﻷَْﺭْﺽِ ﻳَﺒْﺘَﻐُﻮﻥَ ﻣِﻦ ﻓَﻀْﻞِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۙ ﻭَءَاﺧَﺮُﻭﻥَ ﻳُﻘَٰﺘِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۖ ﻓَﭑﻗْﺮَءُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺗَﻴَﺴَّﺮَ ﻣِﻨْﻪُ ۚ ﻭَﺃَﻗِﻴﻤُﻮا۟ ٱﻟﺼَّﻠَﻮٰﺓَ ﻭَءَاﺗُﻮا۟ ٱﻟﺰَّﻛَﻮٰﺓَ ﻭَﺃَﻗْﺮِﺿُﻮا۟ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺮْﺿًﺎ ﺣَﺴَﻨًﺎ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﺗُﻘَﺪِّﻣُﻮا۟ ﻷَِﻧﻔُﺴِﻜُﻢ ﻣِّﻦْ ﺧَﻴْﺮٍ ﺗَﺠِﺪُﻭﻩُ ﻋِﻨﺪَ ٱﻟﻠَّﻪِ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮًا ﻭَﺃَﻋْﻈَﻢَ ﺃَﺟْﺮًا ۚ ﻭَٱﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻭا۟ ٱﻟﻠَّﻪَ ۖ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻏَﻔُﻮﺭٌ ﺭَّﺣِﻴﻢٌۢ
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
#muslimpro muslimpro.com
No comments:
Post a Comment