Jogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya di pagi hari Sabtu dan Ahad. Walaubagaimanapun sebelum berjogging, saya perlukan sarapan yang mengandungi protein yang tinggi supaya dapat memberikan sumber tenaga yang saya perlukan. Sempena musim durian ini, maka terciptalah satu resipi yang baru untuk peminat-peminat smoothie di luar sana. Senang je nak buat...
Bahan-bahan :
- 1 pisang
- 3 ulas durian
- 2 sudu oat cepat masak
- 1 gelas susu
- 2 titik Vanilla
Cara membuatnya :
Blend/kisar semua sekali bahan-bahan diatas dan hidang.
Tips : Durian dan pisang boleh disejukbekukan terlebih dahulu untuk rasa sejuk.
No comments:
Post a Comment