Sunday, August 30, 2020
Lagu Lama Orang Dahulu (in progress)
Insyallah, suatu hari nanti......
Perkara ini benar-benar berlaku dalam hidup aku.
Suatu hari, di sebuah pusat beli-belah. Aku dan anak aku berjalan-jalan selepas menikmati makan tengahari. Oleh kerana kekenyangan, Anas berlari-lari keriangan. Tiba-tiba Anas berhenti berlari dan memanjat palang ditepi sebuah restoran. Agak lama juga dia bertenggek diatas palang itu, seolah-olah dia sedang melihat sesuatu dicelah-celah pokok itu. Aku pun pergi mendapatkannya seraya ingin tahu apa yang sedang dilihatnya.
"Anas...." Aku memanggil namanya sambil memegang bahunya.
Aku terlihat ada sebuah keluarga duduk semeja, ketawa riang makan bersama. Anas menoleh ke arah ku lalu bertanya.
"Ibu, bila boleh kita makan macam tu?
"Kita kan baru lepas makan? Apa maksud Anas?
"Makan sama-sama, ada ayah, ada nenek, ada kakak, ada abang, ada adik...."
Aku terus peluk Anas dan dukung dia lalu beredar dari situ. Tanpa aku sedari, air mata aku juga mengalir. Dalam keadaan menangis, aku kuatkan diri untuk menjawab.
"Insyallah, Anas. Suatu hari nanti...."
Monday, August 17, 2020
Aku in the Middle
Cinta. Satu perasaan yang RUMIT. Sukar untuk meluahkan tetapi mahu diluahkan. Adakala menggembirakan, adakala menyakitkan. Apabila tiada, sunyi. Apabila ada, huru-hara.
Aku bukan ingin mengatakan aku dilamun cinta. Tidak. Belum tiba masanya lagi. I have mission! Aku cuma mahu menceritakan bahawa aku berada ditengah-tengah manusia yang ingin bercinta. Naik geli pun ada, cemburu pun ada. Tetapi kenapa aku yang jadi mangsa keadaan? Begini ceritanya, aku ada rakan sepejabat. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Di tempat kerja aku juga ada department QA, berlainan pejabat tetapi dalam satu bangunan. Di department tersebut juga ada seorang lelaki dan juga seorang perempuan. Yang si perempuan kalau terjumpa aku selalu bertanya tentang lelaki sepejabat aku. Yang si lelaki pun kalau terjumpa aku selalu bertanya tentang perempuan sepejabat aku. Mula-mula aku jawab ala kadar je, lama-lama aku dah rasa lain macam. Aku pun mula slow talk dengan lelaki sepejabat aku. Aku cakap, "Kalau nak bercinta jangan melalui aku boleh tak?". Terkejut hamba Allah ni bila aku bercakap macam tu. Untuk rakan perempuan aku ni pula, aku tolong sikitlah sebab dia perempuan tambahan dia ni boleh tahan pemalu orangnya. Persoalannya kenapa Aku in the Middle? Aku sendiri tak tahu apa nak buat dan apa nak jawab apabila ditanya soalan tentang Si Dia buat apa? Sihat ke tak? Cuti buat apa? Yang aku tahu, aku buat je kerja aku kat pejabat tu. Lagi berfaedah.
Saturday, August 1, 2020
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020
Friday, July 24, 2020
30minit selepas waktu kerja.
Monday, July 20, 2020
Ganglion cyst. Kewujudan benjolan pelik di kaki ku.
Sunday, July 19, 2020
Betul, memang betul
Saturday, July 18, 2020
Recruiting Ahli Nasyid
Monday, June 22, 2020
Qolbi
C/o:Hati yang pernah terlukaTak mudah diubatiTak mudah dilupuskanDari ingatan ini....Tuhan tolong berikanBerikan kekuatanUntuk ku meneruskanKehidupan ini...... Kehidupan ini...حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُX2
Kita kan ketawa semula
C/o:
Rintik-rintik hujan turun basahi bumi......
Sunday, June 7, 2020
Saturday, May 23, 2020
Selamat Hari Raya 2020
Thursday, May 21, 2020
Lagu Raya lama-lama juga yang lagi Hook!
Sunday, May 17, 2020
Menulis lirik lagu cara Kin Aziz
Thursday, May 14, 2020
Ittifaqiyah
Sunday, May 10, 2020
Sekadar Menangis
Sekadar Luahan Hati
Sunday, May 3, 2020
PKP make me smile
Saturday, April 25, 2020
Terganggu
Thursday, April 16, 2020
In process
Cakap, cakap,
Cakap, cakap,
Cakap, cakap,
Jap!
Lamborghini nak cakap,
Handbag Gucci nak cakap,
Cartier pun nak cakap,
Semua benda nak cakap....
Wednesday, April 15, 2020
Adakah aku bersedia?
Ok, balik semula pada blog yang aku jumpa ni https://longangarage.com/blog/ Aku baru rasa lega sedikit. Satu persatu page aku baca dan fahamkan. Aku rasa, aku dah jumpa jalan penyelesaian bagi masalah aku. Masalah? Tak, ini bukan Masalah, ini adalah Anugerah. Ia bukan bakat, ia bukan minat, ia adalah Anugerah. Teringat kata-kata Professor Xavier dalam X-Men : Dark Pheonix (Movie). Babak Professor Xavier jumpa Jean Grey buat pertama kali.
I give you a pen, it's a gift from me. And you can do whatever you want with the pen. You can write or pock somebody eye with that pen. It's your pen, it's your gift. It depends on you. You decide, what you want to do with the pen. I guide you and teach you, how to use the pen.
Aku perlukan seseorang seperti Professor Xavier untuk bimbing aku dan tunjukkan bagaimana cara untuk menghasilkan sebuah lagu yang boleh berkumandang di corong radio. Tetapi dalam kehidupan realiti, mana ada orang boleh baca fikiran orang lain. Jadi, aku sendiri kena keluar dan cari sesuatu yang boleh bantu aku. Walaupun terpaksa berkorban sikit. Duit dan tenaga serta sedikit keberanian. Sampai bila aku kena pendam lagu-lagu ciptaan aku ini dalam kepala otak aku sahaja.
Dengan terjumpanya LonganGarage, ia hanya satu permulaan. Setelah berbual panjang dengan agak lama. Apa yang aku faham, penerbitan lagu adalah titik permulaan sebuah pelaburan. Modal yang diperlukan untuk 1 penerbitan lagu sahaja sudah makan tiga per empat gaji bulanan aku. Bayangkan jika ia tidak membuahkan hasil. Apa aku nak makan?
Sudah ada jalan penyelesaian di luar sana, cuma aku yang perlu berani memulakannya.
Ia kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan, petikan kata-kata dari Teme Abdullah.
Persoalannya, adakah aku sedia untuk berjalan?
Novel : KABAYAN
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Ayat ini boleh menghalang sihir yang dihantar orang dan gangguan jin. Hendaklah dibaca di dalam doa setiap kali selepas solat. Juga, amat ...
-
Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...
-
Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata...