Aku baru update beberapa lagu aku yang tak siap tu dan salah satunya Duniawi. Sebenarnya ada cerita disebalik lagu Duniawi. Lagu ni aku dah cipta lama dah, sejak zaman belajar dulu. Bermula dengan assignment yang lecturer berikan kepada group aku iaitu Environmental Graphics. Kitorang kena study bagaimana seni grafik membawa pengaruh kepada masyarakat. Oleh kerana masa yang diberikan agak suntuk, jadi kitorang merayap disekitar JB hingga ke larut malam.
Terminal Larkin, lokasi terakhir kitorang malam tu. Sedang kitorang ambil gambar papan tanda dan kaunter tiket bus, tiba-tiba ada sekumpulan kanak-kanak bermain skuter tak jauh dari kitoang. Mereka bermain di terminal Larkin seolah olah tempat itu mereka yang punya, tak sedikit pun hiraukan kitorang. Tiba-tiba kawan aku memberanikan diri mendekati kanak-kanak tadi. Apa yang kawan aku bercakap dengan budak-budak tu aku tak tau, tapi aku syok tengok skuter yang budak-budak tu main. Rasa macam nak cuba main. Kawan aku ajak kumpulan aku berbual dengan kanak-kanak tadi. Kitorang pun mulakan sesi soal-menyoal. Kertas soalan semua dah sedia, rasanya zaman ni siapa yang bergelar student, mesti tahu assignment questioner. Kertas soalan yang diedarkan kepada orang ramai untuk bertanya pendapat. Aku pun mulakan tugas. Masa inilah hati aku terkesan dengan kanak-kanak ni. Mereka tidak tahu membaca dan tidak bersekolah.
Selesai menjalankan tugas, kitorang pun balik. Dalam perjalanan balik, kepala otak aku ligat berfikir tentang kanak-kanak tadi, percakapan yang kasar dan baju compang-camping. Mana mak ayah diorang ni? Kat mana diorang tidur? Siapa yang jaga mereka? Macamana masa depan mereka? Perlahan lahan ritma kesayuan berlagu dikepala ku. Aku mengambil buku nota aku yang sentiasa aku bawa. Aku tuliskan bait-bait kata. Mula-mula hanya puisi. Kemudian aku masukkan ritma. Dan lagu Duniawi pun terhasil.
Emosi memainkan peranan penting untuk menghasilkan lirik dan lagu. Ya, emosi aku sendiri. Jangan hairan apabila tiba-tiba aku cari pen dan kertas lalu menulis sesuatu. Kena cepat-cepat tulis, kalau tidak idea hilang. Idea ni kalau datang macam shooting star, kena cepat rakam sebelum ia hilang. Kadang-kadang kat hujung surat khabar pun aku tulis. Ada sekali tu kat resit. Maka, menulislah insyallah macam-macam idea keluar.
No comments:
Post a Comment