Sunday, August 30, 2020

Insyallah, suatu hari nanti......

Perkara ini benar-benar berlaku dalam hidup aku.

Suatu hari, di sebuah pusat beli-belah. Aku dan anak aku berjalan-jalan selepas menikmati makan tengahari. Oleh kerana kekenyangan, Anas berlari-lari keriangan. Tiba-tiba Anas berhenti berlari dan memanjat palang ditepi sebuah restoran. Agak lama juga dia bertenggek diatas palang itu, seolah-olah dia sedang melihat sesuatu dicelah-celah pokok itu. Aku pun pergi mendapatkannya seraya ingin tahu apa yang sedang dilihatnya.

"Anas...." Aku memanggil namanya sambil memegang bahunya.

Aku terlihat ada sebuah keluarga duduk semeja, ketawa riang makan bersama. Anas menoleh ke arah ku lalu bertanya.

"Ibu, bila boleh kita makan macam tu?

"Kita kan baru lepas makan? Apa maksud Anas?

"Makan sama-sama, ada ayah, ada nenek, ada kakak, ada abang, ada adik...."

Aku terus peluk Anas dan dukung dia lalu beredar dari situ. Tanpa aku sedari, air mata aku juga mengalir. Dalam keadaan menangis, aku kuatkan diri untuk menjawab.

"Insyallah, Anas. Suatu hari nanti...."


No comments:

Post a Comment

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...