Thursday, August 25, 2016

Surah Al Baqarah, ayat 284-286 (Menghalau hantu, syaitan, dan niat hati yang tidak baik)

Inilah ayat Al-Quran yang berkesan menghalau hantu, syaitan, dan niat hati yang tidak baik. Sebaik-baiknya hafalkan dan amalkan didalam solat fardu. Insyallah, apa yang saya kongsikan ini dapat memberikan kebaikan kepada anda semua. Kerana saya juga mengamalkannya dan ia amat berkesan kepada saya ketika saya mengalami kemurungan suatu ketika dahulu.

ﻟِّﻠَّﻪِ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ٱﻟﺴَّﻤَٰﻮَٰﺕِ ﻭَﻣَﺎ ﻓِﻰ ٱﻷَْﺭْﺽِ ۗ ﻭَﺇِﻥ ﺗُﺒْﺪُﻭا۟ ﻣَﺎ ﻓِﻰٓ ﺃَﻧﻔُﺴِﻜُﻢْ ﺃَﻭْ ﺗُﺨْﻔُﻮﻩُ ﻳُﺤَﺎﺳِﺒْﻜُﻢ ﺑِﻪِ ٱﻟﻠَّﻪُ ۖ ﻓَﻴَﻐْﻔِﺮُ ﻟِﻤَﻦ ﻳَﺸَﺎٓءُ ﻭَﻳُﻌَﺬِّﺏُ ﻣَﻦ ﻳَﺸَﺎٓءُ ۗ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰٰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻰْءٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ 

Lillahi ma fee alssamawati wama fee alardi wain tubdoo ma fee anfusikum aw tukhfoohu yuhasibkum bihi Allahu fayaghfiru liman yashao wayuAAaththibu man yashao waAllahu AAala kulli shayin qadeerun

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ءَاﻣَﻦَ ٱﻟﺮَّﺳُﻮﻝُ ﺑِﻤَﺎٓ ﺃُﻧﺰِﻝَ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻣِﻦ ﺭَّﺑِّﻪِۦ ﻭَٱﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ۚ ﻛُﻞٌّ ءَاﻣَﻦَ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻣَﻠَٰٓﺌِﻜَﺘِﻪِۦ ﻭَﻛُﺘُﺒِﻪِۦ ﻭَﺭُﺳُﻠِﻪِۦ ﻻَ ﻧُﻔَﺮِّﻕُ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﺣَﺪٍ ﻣِّﻦ ﺭُّﺳُﻠِﻪِۦ ۚ ﻭَﻗَﺎﻟُﻮا۟ ﺳَﻤِﻌْﻨَﺎ ﻭَﺃَﻃَﻌْﻨَﺎ ۖ ﻏُﻔْﺮَاﻧَﻚَ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻚَ ٱﻟْﻤَﺼِﻴﺮُ

Amana alrrasoolu bima onzila ilayhi min rabbihi waalmuminoona kullun amana biAllahi wamalaikatihi wakutubihi warusulihi la nufarriqu bayna ahadin min rusulihi waqaloo samiAAna waataAAna ghufranaka rabbana wailayka almaseeru

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

ﻻَ ﻳُﻜَﻠِّﻒُ ٱﻟﻠَّﻪُ ﻧَﻔْﺴًﺎ ﺇِﻻَّ ﻭُﺳْﻌَﻬَﺎ ۚ ﻟَﻬَﺎ ﻣَﺎ ﻛَﺴَﺒَﺖْ ﻭَﻋَﻠَﻴْﻬَﺎ ﻣَﺎ ٱﻛْﺘَﺴَﺒَﺖْ ۗ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻻَ ﺗُﺆَاﺧِﺬْﻧَﺎٓ ﺇِﻥ ﻧَّﺴِﻴﻨَﺎٓ ﺃَﻭْ ﺃَﺧْﻄَﺄْﻧَﺎ ۚ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﻻَ ﺗَﺤْﻤِﻞْ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎٓ ﺇِﺻْﺮًا ﻛَﻤَﺎ ﺣَﻤَﻠْﺘَﻪُۥ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻣِﻦ ﻗَﺒْﻠِﻨَﺎ ۚ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﻻَ ﺗُﺤَﻤِّﻠْﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻻَ ﻃَﺎﻗَﺔَ ﻟَﻨَﺎ ﺑِﻪِۦ ۖ ﻭَٱﻋْﻒُ ﻋَﻨَّﺎ ﻭَٱﻏْﻔِﺮْ ﻟَﻨَﺎ ﻭَٱﺭْﺣَﻤْﻨَﺎٓ ۚ ﺃَﻧﺖَ ﻣَﻮْﻟَﻰٰﻧَﺎ ﻓَﭑﻧﺼُﺮْﻧَﺎ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟْﻘَﻮْﻡِ ٱﻟْﻜَٰﻔِﺮِﻳﻦَ 

La yukallifu Allahu nafsan illa wusAAaha laha ma kasabat waAAalayha ma iktasabat rabbana la tuakhithna in naseena aw akhtana rabbana wala tahmil AAalayna isran kama hamaltahu AAala allatheena min qablina rabbana wala tuhammilna ma la taqata lana bihi waoAAfu AAanna waighfir lana wairhamna anta mawlana faonsurna AAala alqawmi alkafireena

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, August 23, 2016

Smoothie : Apple + Laici

Assalammualaikum,

Beberapa hari yang lepas, merupakan hari-hari yang bercuaca panas. Maka, saya kurangkan aktiviti diluar untuk mengelakkan dehirate dan hipotensi (tekanan darah rendah). Walaubagaimanapun, saya boring. Ada banyak kalori perlu dibakar, dan kesihatan badan yang perlu dijaga.

Tiba-tiba terciptalah Smoothie Apple + Laici. Sesuai dengan cuaca panas, Laici adalah buah-buahan yang ideal untuk menyejuk badan. Ia juga mengandungi air yang banyak. Epal pula mengandungi iron, gizi makanan yang saya perlukan.


Bahan-bahan:
  • 1 biji epal (dipotong dadu)
  • 3-4 ulas laici (dihiris nipis)
  • 1 biji asam jeruk prune (dipotong kecil-kecil)
  • 1 uncang Teh Hijau
  • 1 sudu besar Yogurt asli
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 2-3 ice cube
Cara membuat:
  1. Rendam uncang teh hijau dahulu.
  2. Kisar epal, laici dan yogurt sehingga halus.
  3. Setelah dapat pati teh hijau yang pekat, masukkan ke dalam mesin kisar dan kisar.
  4. Hidangkan kedalam gelas bersama ketulan ais.
  5. Taburkan asam jeruk diatas.
  6. Sedia untuk diminum.
Tips! Minuman ini boleh mengurangkan berat badan. Minum sebaik-baiknya selepas makan makanan yang berat.

Sunday, August 21, 2016

Surah At Talaq, ayat 12

ٱﻟﻠَّﻪُ ٱﻟَّﺬِﻯ ﺧَﻠَﻖَ ﺳَﺒْﻊَ ﺳَﻤَٰﻮَٰﺕٍ ﻭَﻣِﻦَ ٱﻷَْﺭْﺽِ ﻣِﺜْﻠَﻬُﻦَّ ﻳَﺘَﻨَﺰَّﻝُ ٱﻷَْﻣْﺮُ ﺑَﻴْﻨَﻬُﻦَّ ﻟِﺘَﻌْﻠَﻤُﻮٓا۟ ﺃَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻰْءٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ ﻭَﺃَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻗَﺪْ ﺃَﺣَﺎﻁَ ﺑِﻜُﻞِّ ﺷَﻰْءٍ ﻋِﻠْﻤًۢﺎ 

Allahu allathee khalaqa sabAAa samawatin wamina alardi mithlahunna yatanazzalu alamru baynahunna litaAAlamoo anna Allaha AAala kulli shayin qadeerun waanna Allaha qad ahata bikulli shayin AAilman

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.

#muslimpro muslimpro.com

Perumpamaan Hidup di Dunia

Sahih al-Bukhori:5937

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ:

 كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ.  

Dari Abdullah ibn Umar ra., dia berkata: Rasulullah saw. pernah memegang pundakku dan bersabda:

Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara.

Pesan Rasulullah agar bersikap di dunia bagai orang asing atau pengembara, yaitu bersikap seakan dunia ini hanya tempat yang kita lewati untuk sekejap saja. Karena seorang asing atau pengembara tidak akan terlalu memusingkan tempat yang ia lewati sebentar. Karena itu Rasulullah memerintahkan kita agar tidak terlalu terlena dengan dunia, dunia itu fana dan kita di dunia hanya berapa saat saja. Dunia hanyalah tempat untuk memperbanyak amalan agar mencapai tempat yang terbaik di akhirat kelak, karena akhirat adalah tempat tinggal terakhir kita, akhirat yang abadi.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, August 18, 2016

Hidup Bersama - A. Samad Said



Selamat Hari Merdeka...

Surah Al Isra, ayat 23

۞ ﻭَﻗَﻀَﻰٰ ﺭَﺑُّﻚَ ﺃَﻻَّ ﺗَﻌْﺒُﺪُﻭٓا۟ ﺇِﻻَّٓ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ﻭَﺑِﭑﻟْﻮَٰﻟِﺪَﻳْﻦِ ﺇِﺣْﺴَٰﻨًﺎ ۚ ﺇِﻣَّﺎ ﻳَﺒْﻠُﻐَﻦَّ ﻋِﻨﺪَﻙَ ٱﻟْﻜِﺒَﺮَ ﺃَﺣَﺪُﻫُﻤَﺎٓ ﺃَﻭْ ﻛِﻼَﻫُﻤَﺎ ﻓَﻼَ ﺗَﻘُﻞ ﻟَّﻬُﻤَﺎٓ ﺃُﻑٍّ ﻭَﻻَ ﺗَﻨْﻬَﺮْﻫُﻤَﺎ ﻭَﻗُﻞ ﻟَّﻬُﻤَﺎ ﻗَﻮْﻻً ﻛَﺮِﻳﻤًﺎ 

Waqada rabbuka alla taAAbudoo illa iyyahu wabialwalidayni ihsanan imma yablughanna AAindaka alkibara ahaduhuma aw kilahuma fala taqul lahuma offin wala tanharhuma waqul lahuma qawlan kareeman

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, August 16, 2016

Surah Ash Shura, ayat 49

ﻟِّﻠَّﻪِ ﻣُﻠْﻚُ ٱﻟﺴَّﻤَٰﻮَٰﺕِ ﻭَٱﻷَْﺭْﺽِ ۚ ﻳَﺨْﻠُﻖُ ﻣَﺎ ﻳَﺸَﺎٓءُ ۚ ﻳَﻬَﺐُ ﻟِﻤَﻦ ﻳَﺸَﺎٓءُ ﺇِﻧَٰﺜًﺎ ﻭَﻳَﻬَﺐُ ﻟِﻤَﻦ ﻳَﺸَﺎٓءُ ٱﻟﺬُّﻛُﻮﺭَ 

Lillahi mulku alssamawati waalardi yakhluqu ma yashao yahabu liman yashao inathan wayahabu liman yashao alththukoora

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

#muslimpro muslimpro.com

Monday, August 15, 2016

Ciri-Ciri Orang Gatal (Gedik) Yang Perlu Dijauhi.

Zaman sekarang sudah tak macam dulu lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan sudah berani terang-terangan, sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk memuaskan hati mereka. Tengok sahaja drama Melayu yang memeningkan kepala kat TV tu. Memang sikap manusia mahu kelihatan cantik, dan menarik perhatian orang ramai. Namun, jika kecantikannya tidak dapat menarik apa-apa perhatian, sehingga kucing pun tak pandang. Mulalah golongan ini buat perangai. Apa perangainya? Mari kita baca info dibawah, dan semoga ia dapat dijadikan sebagai panduan untuk mengelakkan fitnah di masa hadapan.
  1. Suka-suka bersentuhan kulit ke kulit.

  • Bukan tak sengaja, memang sengaja mereka pegang-pegang tangan kita. Konon-konon teman mesralah. Ini banyak berlaku dari zaman sekolah sehinggalah ke tempat kerja. Tips Untuk Anak Dara Diluar Sana, jika ada kawan-kawan lelaki anda cuba pegang tangan anda. Putuskan sahaja persahabatan dengan mereka. Kerana Pegang Tangan itu adalah cara nak cucuk jarum ajak tidur bersama. Kira 1st step untuk melakukan hubungan seks.
  1. Suka-suka minum dari bekas minuman kita atau makan dari bekas makanan kita.
  • Katanya ‘Sharing is Caring’. Salah tu! Istilah ‘Sharing is Caring’ ialah berkongsi sedikit harta dengan orang yang dilanda kesusahan hidup, seperti kemiskinan, bencana alam, dan jangan lupa ibu bapa kita, yang selama ini susah-payah membesarkan kita. Senang-senang orang lain ambil rezeki kita dari bekas mulut kita. Eeee…..kalau terdesak sangat nak makan atau minum, order je lah yang baru. Masa itulah cakap, ‘nak merasa je’. Penyelesaian : Order baru untuk diri anda sendiri, biar dia habiskan bekas anda. Biar dia tahu yang anda bukan orang yang senang diguli-gulikan.
  1. Suka bercerita tentang keburukan pasangannya.
  • Inilah taktik yang saya selalu kena. Bukan sikit, banyak. Yang berjumpa dengan saya (ada suami orang, tunang orang) bercerita tentang pasangan hidupnya. Seperti biasa, saya akan pertahankan orang perempuan. Kerana saya juga seorang perempuan. Macam-macam cerita saya dengar, gemuklah, tak pandai uruskan diri, garanglah, dan macam-macam lagi. Masalahnya, itu masalah dia, bukan masalah saya dan saya tidak berhak masuk campur. Bayangkanlah jika saya jadi pasangan hidup dia pada masa akan datang, masa sekarang pun dia dah bercerita keburukan pasangannya. Masa depan saya? Habislah! Jalan penyelesaian saya senang saja, beritahu dia ‘saya tidak berhak masuk campur’ dan padam nombor telefon serta segala bentuk alat hubungan yang berkaitan dengan dia.
  1. Suka menampilkan diri dengan aksi-aksi yang mengiurkan di Media Sosial.
  • Facebook, YouTube, Instagram, apa-apa sajalah. Asyik-asyik muka dia. Memang cantik, memang handsome. Tetapi, apa boleh buat. Memang tak boleh nak bendung aktiviti-aktiviti netizen yang lain. Dan inilah punca utama pergolakan rumah tangga. Kalau pergi ke Mahkamah Syariah, memang banyak penceraian berpunca daripada Media Sosial. Jika terjumpa golongan ini, adalah lebih baik Unfriend, Block, Delete, dan jangan Share apa-apa gambar mereka. Jangan sayang-sayang golongan ini, sayang keluarga anda dahulu. Insyallah, anda takkan menyesal.

Doa dalam Kesulitan

Sahih al-Bukhori:5869

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ يَقُولُ:

 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ.

Dari Ibn Abbas ra., dia berkata: Nabi saw. biasa berdoa ketika dalam kesulitan, beliau mengucapkan: 

Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arsy yang mulia.

Pesan :
1. Anjuran membaca tahlil dan menyebut nama-nama Allah dalam kesulitan.
2. Ingatlah Allah dalam setiap keadaan, susah maupun senang. Percayalah bahwa setelah kesulitan pasti ada kemudahan, dan percaya bahwa rahmat Allah begitu luas.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Smoothie : Durian

Jogging adalah salah satu aktiviti kegemaran saya di pagi hari Sabtu dan Ahad. Walaubagaimanapun sebelum berjogging, saya perlukan sarapan yang mengandungi protein yang tinggi supaya dapat memberikan sumber tenaga yang saya perlukan. Sempena musim durian ini, maka terciptalah satu resipi yang baru untuk peminat-peminat smoothie di luar sana. Senang je nak buat...


Bahan-bahan :
  • 1 pisang
  • 3 ulas durian
  • 2 sudu oat cepat masak
  • 1 gelas susu
  • 2 titik Vanilla


Cara membuatnya :
Blend/kisar semua sekali bahan-bahan diatas dan hidang.

Tips : Durian dan pisang boleh disejukbekukan terlebih dahulu untuk rasa sejuk.

Friday, August 12, 2016

Solat Vs Psychiatry

Bersyukur sangat, sebagai orang Islam. Kita mempunyai teknik beribadah yang paling sempurna di dunia. Setiap pergerakan dan setiap perkataan yang ada dalam solat, semuanya mempunyai rahsianya yang tersendiri. Saya pernah berbual dengan seorang guru agama. Hasil berbual dengan guru tersebut mengilhamkan saya untuk menghasilkan grafik dibawah. Sudah lama simpan, hari ini baru saya memberanikan diri untuk menyiarkannya di blog saya. Semoga ia membawa kebaikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya..Amin


Surah Al A'raaf, ayat 10

ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﻣَﻜَّﻨَّٰﻜُﻢْ ﻓِﻰ ٱﻷَْﺭْﺽِ ﻭَﺟَﻌَﻠْﻨَﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﻣَﻌَٰﻴِﺶَ ۗ ﻗَﻠِﻴﻼً ﻣَّﺎ ﺗَﺸْﻜُﺮُﻭﻥَ

Walaqad makkannakum fee alardi wajaAAalna lakum feeha maAAayisha qaleelan ma tashkuroona 

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

#muslimpro muslimpro.com

Thursday, August 11, 2016

Doa sebelum Tidur & ketika bangun dari Tidur

Sahih al-Bukhori:5850

 عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ قَالَ :

 اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَمُوتُ وَأَحْيَا

 فَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ:

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.

Dari Abu Zarr ra., dia berkata: apabila Nabi saw. hendak tidur malam, beliau mengucapkan:

Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan aku hidup.

Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali.

Pesan :
  1. Senantiasa ingatlah Allah sebelum tidur dan saat bangun darinya.
  2. Rasulullah mengajarkan kita bacaan yang dibaca sebelum dan sesudah tidur.
via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

99 Puisi untuk Palestin


Sah! 17 Ogos 2016 ini, saya akan bertanding Deklamasi Puisi di Skudai, Johor. Doakanlah saya berjaya mengharungi cabaran ini. Apa yang mencabar sangat dalam pertandingan kali ini ialah saya dikehendaki menghafal salah satu puisi dari buku 99 puisi untuk Palestin. Dan satu puisi je bukan 1 mukasurat, 2 hingga 3 mukasurat. Insyallah, saya akan hafalkan salah satu puisi ini secepat mungkin.

Wednesday, August 10, 2016

Surah Al Imran, ayat 185

ﻛُﻞُّ ﻧَﻔْﺲٍ ﺫَآﺋِﻘَﺔُ ٱﻟْﻤَﻮْﺕِ ۗ ﻭَﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺗُﻮَﻓَّﻮْﻥَ ﺃُﺟُﻮﺭَﻛُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ٱﻟْﻘِﻴَٰﻤَﺔِ ۖ ﻓَﻤَﻦ ﺯُﺣْﺰِﺡَ ﻋَﻦِ ٱﻟﻨَّﺎﺭِ ﻭَﺃُﺩْﺧِﻞَ ٱﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻓَﻘَﺪْ ﻓَﺎﺯَ ۗ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ 

 Kullu nafsin thaiqatu almawti wainnama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamati faman zuhziha AAani alnnari waodkhila aljannata faqad faza wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, August 9, 2016

Doa Rasulullah Sebelum Tidur

Sahih al-Bukhori:5840

 عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ ثُمَّ قَالَ:

 اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

 وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَهُنَّ ثُمَّ مَاتَ تَحْتَ لَيْلَتِهِ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ. 

Dari al-Bara ibn Azib, dia berkata: Apabila Rasulullah saw. hendak tidur, maka beliau berbaring ke sebelah kanan, kemudian beliau membaca:

Ya AIlah, aku berserah diri kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dalam keadaan harap dan cemas, karena tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari adzab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa membacanya lalu meninggal pada malam itu, maka dia meninggal dalam keadaan fitrah (suci).

Pesan :
  1. Anjuran untuk mengingat Allah di setiap waktu, salah satunya adalah sebelum kita tertidur.
  2. Anjuran untuk menghadap kanan saat tidur.
  3. Keutamaan doa yang diajarkan Rasulullah, jika membacanya sebelum tidur dan meninggal disaat itu, maka ia meninggal dalam keadaan fitrah.
via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Bagaimana nak kenal orang yang Jahat Hatinya?

Sepanjang hidup saya, saya banyak bekerja dengan macam-macam jenis orang. Ada Melayu, Cina, India, semua kawan saya. Cuma saya nak kongsikan disini, bagaimana saya dapat menghindari diri saya daripada terpengaruh orang-orang yang Jahat Hatinya. Mereka ada disekeliling kita dan kita tidak dapat melarikan diri daripada mereka. Hati Jahat amat sukar dikesan berbanding Orang Jahat yang terang-terang membuat kejahatan. Mereka juga agak sukar dikesan melalui segi permakaiannya. Mari kita nilai dari segi lain:
  1. Dengar Cara Percakapannya. Orang yang jahat hatinya, selalunya suka berkata-kata lucah, kesat, kasar dan bercakap besar. Dan kegemarannya ialah mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. Sebab itu dalam Islam, mengumpat itu boleh dapat dosa besar. Ibarat makan daging saudara sendiri. Eeee....saya tengok jerawat kat muka orang lain pun dah ngeri, apalagi makan, Gulp! 
  2. Lihat Akhlaknya. Orang yang jahat hatinya, selalunya tidak senonoh, tidak amanah, sombong dan angkuh, serta suka memperbesarkan perkara-perkara kecil. Mereka juga tidak menghormati dan mengasihi orang cacat, warga emas dan kanak-kanak. Ini sering terjadi di tempat kerja, dalam bas, terminal bas, tempat-tempat awam, restoran dan sebagainya. Percaya atau tidak, saya sendiri yang melihat kejadian-kejadian ini, kerana saya sering kemana-mana seorang diri. Saya ini dah macam pemerhati jadinya.
Bagaimana pula untuk kita menghindarinya?
Seperti yang saya katakan tadi, memang tidak boleh lari. Lagi-lagi ditempat kerja. Saya pernah berdepan dengan seorang pengkid yang suka berjudi nombor ekor. Kegiatan judinya itu seolah-olah menjadi kebanggaannya. Tanpa segan-silu, dia boleh bercerita dengan sesiapa sahaja yang ingin berbual dengannya. Pernah sekali ketika waktu makan, dia bercerita lagi tentang aktiviti judinya. Saya tegur dia, "judi kan haram". Sejak hari itu, dia tidak bercerita lagi malah selalu melarikan diri apabila bertembung dengan saya. Apa saya buat?
  1. Bersabar dengan kerenah orang yang berhati jahat. Saya pernah disabotaj beberapa kali, digelar gila dan dipulaukan rakan sekerja. Hanya kesabaran dan solat 5 waktu yang boleh mengatasi masalah ini. Untungnya orang Islam, kerana kita boleh menjalani Mental Therapy sebanyak 5 kali sehari. Melalui solat inilah, saya mengadu sepuas-puasnya kepada Allah s.w.t tentang nasib saya. Subhannallah, Allah maha mendengar aduan saya. Banyak perkara ajaib yang berlaku (Insyallah, akan diceritakan di lain waktu).
  2. Berbuat baik terhadap si hati jahat. Sekembalinya bercuti di Terengganu, saya hadiahkan kepada semua rakan kerja termasuk si pengkid tadi sebungkus keropok. Alhamdulillah, dengan modal sebungkus keropok sahaja. Sabotaj hilang, gelaran gila pun hilang dan tidak dipulaukan lagi. Cuma saya sudah terbiasa menyendiri akibat dipulaukan. Jadi, saya lebih selesa bersendirian.
  3. Tegur, tetap tegur. Jangan putuskan silaturrahim. Satu hari satu salam.
Semoga dapat dikongsikan bersama. Tamat.

Monday, August 8, 2016

Aku perlukan Pembakar Semangat


Satu-persatu orang didalam office aku sudah berhenti kerja. Sebab? Macam-macam. Sudah tentu bukan kerana aku. Ada yang kerja tak sampai 3 bulan, ada juga 3 minggu dan paling lawak 3 hari je. Aku? Alhamdulillah....so far so good. Cuma perasaan bekerja dah tak macam dulu. Boring sedang bermaharajalela. Semua projek dah siap.....Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah 3 tahun aku bekerja di sini. Kira not bad lah. Target aku bekerja disini, 5 tahun. Jadi kena tunggu lagi 2 tahun untuk genap 5 tahun bekerja. Wow! Lama lagi!

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...