Tuesday, December 3, 2019

Riwayat Si Ibu Tunggal

Dia berkorban bagaikan lilin,
Demi cahaya kehidupan
Dia menangis tanpa suara
Menahan pedih segala duka

Dia masih tersenyum ketawa
Sembunyi sedih kesepian
Dia berjaga siang dan malam
Melindungi si anak kecil

Di pertengah malam,
Dia bangun berdoa, mengharapkan kebaikan,
Di pertengah malam,
Dia terus menangis, mengenangkan si anak kecil,

C/o
Dia perlukan sayap...
Ntuk terbang bebas....
Ke langit nan tinggi....
Menggapai impian....

Dan bila....
Terjatuh ke dalam....
Kegelapan....
Sambutlah tangannya...
Dia kan menyahut....

Dia berjuang bagaikan wira
Meneruskan kehidupan
Dia pernah terluka di jiwa
Dihujani kata nista

Dia tetap teguh berdiri
Menempuhi stigmata dunia
Dia hanya mampu memberi
Keperluan si anak kecil

C/o

Takkan berakhir 2x
Perjalanan kisah ini..

Dia mencari...
Terus mencari...
Kesudahan jalan ini...

C/o:
Aaaa.....Aaa....Aaaaa....Sambutlah!
Sambutlah tangannya
Dia kan menyahut

Dia berjuang bagaikan wira
Riwayat si ibu tunggal
Ibu tunggal



Saturday, November 23, 2019

Wali

Redhallah redha walidain, 
Syurga Mu begitu indah, 
Inginku menetap kekal disana... 

Wajahnya begitu suci, 
Inginku kucup di dahi, 
Maafkan segala dosa anakmu ini...

C/o:
Wahai ayah, wahai ibu.... 
Anakmu ini merayu.... 

اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا 
Allah kasihani ibu bapaku, 
Sepertimana mereka kasihani ku.... 

Ibu... Ibu... 
Jadilah teman sejati adik..... 
Ayah... Ayah.... 
Bimbinglah adik hingga dewasa.... 

C/o:
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا  
Allah kasihani ibu bapaku, 
Sepertimana mereka kasihani ku....

La illah ha illah 8x

Ibu... Ibu... 
Jadilah teman sejati adik..... 
Ayah... Ayah.... 
Bimbinglah adik hingga dewasa.... 

Budak Kelas DRG 6B 2010

ketika ini secara spontan aku amek gambar. cepat-cepat diorang posing. inilah budak-budak kelas aku, mcm2 perangai, pantang nampak kamera. posing serta-merta. nak tengok dak laki tak?
jap erk.....

aku tak tau nak citer,
mcm2 perangai gak, tapi tak leh layan sangat, boleh sewel woh.....
terlampau lawyer buruk, mulut murai, kelakar, dan bila ketawa, boleh sakit perut.

Sunday, October 13, 2019

Detik Pertama

Ada sesuatu
Yang sedang berlaku
Dia dan diriku
Serasi begitu

Aku gerak ke kiri
Dia pun ke mari
Aku gerak ke kanan
Dia hilang...

Dia....
Mengurat aku....
Hari ke hari...
Waktu ke waktu....

Dia...
Membuli aku...
Memang  sengaja...
Dia begitu....

Friday, September 20, 2019

Dalam Susah Ada Senang (Usri Yusra)

Ada bulan, ada bintang,
Menghiasi cakerawala,
Ada susah, ada senang,
Menghiasi kehidupan....

Qadaq dan qadar,
Khilaf dan dosa, 
Fitnah durjana, 
Semakin meraja,

C/o
Ujian tiba,
Semakin mencabar,
Kita kan harungi...

Ya...Allah.... ampuni dosaku...
Ku yang hina ini sujud pada Mu...
Hari-hari yang mendatang...
Kan ku harungi dengan penuh tenang....

Berat mata yang memandang,
Berat lagi yang memikul,
Dalam susah ada senang, 
Dalam susah ada senang...

Bala melanda
Musibah hadir
Malang menimpa
Tiada berakhir

C/o:




Ending:

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا 

 إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Sunday, July 28, 2019

Historia

Gerakan jarimu memetik laguku
Yang lemah yang longlai
Mengikut rentak syahdu

Jeritan suara mu menggegar mindaku
Tersentak seluruh jiwa dan hati...
A...ku disakiti segenap hingga ke sanubari hakiki....

A...ku terkesan dengan caramu...
Terluka dengan curangmu...
Terbeban dengan segala, yang telah kau berikan...
Tertekan dan tertipu
Dengan helah jijikmu...
Uuuu..uu..uu.....

Engkau bahagia begitu
Melihat deritaku
Engkau punya satu tuju
Mendera batinku

Bila kau pergi....
Kau pergi dan tinggalkan diriku...
Yang lemah disini, tersadai sendiri....

Kau bukan engkau....
Yang pernahku kenali dulu...

Dan aku hanya diriku...
Yang pernah kau sakiti dulu...
Yang pernah menyayangi dirimu.....

Thursday, May 16, 2019

Di....

Aku pernah......

Ditipu, Dipermainkan, Diperdayakan, Ditolak, Dipulaukan, Dipukul, Diejek, Dimaki, Ditengking, Dipergunakan, Dikhianati, Dituduh, Difitnah, Diceraikan, Dianiaya, Dihalau, Dibenci, Disangka buruk, Dipisahkan dari anak aku sendiri, Dibiarkan, Disakiti, Dimarahi, Diaibkan, Dimalukan, Diketawakan, Diherdik, Dijeling, Dihina, Dihukum diatas kesalahan kecil, Diperhambakan, Diperkecilkan, Diperbodohkan, dan banyak lagi Dilakukan terhadap aku.....

Setelah ini semua berlaku,
Satu perkara sahaja yang mampu aku buat,

Jangan Putus Asa
Solat + Doa = Tawakal

Aku yakin Allah s.w.t sentiasa ada membantu hamba-Nya yang lemah.

Sunday, May 5, 2019

Ada Mak Cik di Tepi Jalan

Hampir setiap hari, setiap petang, aku ternampak seorang mak cik berjalan seorang diri di tepi jalan ketika balik dari kerja. Pakaiannya sama sahaja setiap hari. Bertudung labuh, berjubah dan berdebu. Dia selalu membawa guni, digendong ke atas belakang badannya. Aku selalu tertanya. Siapa dia? Mana anak-anak dia? Mana suami dia? Apa dia buat di tepi jalan? Mana dia tinggal?

Satu hari aku tekad memberanikan diri untuk bertegur sapa dengan mak cik ni. Tatkala aku ternampak dia, aku memberhentikan kereta.
"Assalammualaikum mak cik....apa khabar?"....
Mak cik tu kelihatan takut apabila aku menyapanya. Dia memalingkan mukanya ke tempat lain. Aku cuba senyum padanya.
"Wa alaikum salam..." Mak cik tu jawab, masih lagi ketakutan.
"Mak cik buat apa kat tepi jalan ni? Bahaya...lori banyak ni...." aku memulakan perbualan.
"Oohh...mak cik kutip barang" sudah ada sedikit senyuman pada wajahnya.
"Kutip barang?" Aku bertanya lagi. Memang aku buat-buat tak faham. Aku nak mak cik tu bercerita lebih banyak lagi.
"Mak cik kutip barang ni nak jual. Nanti dapat duit. Kadang-kadang lori lalu barang terjatuh, mak cik kutip" mak cik menjelaskan situasinya kepada aku sambil tersenyum.

Aku tersenyum mendengar penjelasannya. Kasihan dan bersimpati, sejak hari itu selagi ada duit didalam beg aku bagi. Tak banyak RM5, RM7, kadang-kadang aku bagi makanan.

Namun Mak Cik tu dah tak muncul lagi. Dah 5 bulan berlalu. Esok, sudah bulan Ramadhan. Ingatan aku terhadap mak cik itu semakin jelas, sebab dialah sumber pahala sedekah aku sepanjang bulan Ramadhan. Masih teringat kata-kata terakhir dia pada aku.

"Bila makcik boleh makan nasi minyak engkau dik?"

"Nasi minyak apanyer... calon pun tak de...", aku jawab sambil ketawa.

"Insyallah....ada tu...."

Thursday, March 21, 2019

Cita-cita di Akhirat

Aku amat sibuk kebelakangan ini
Perasaan aku bercampur-baur sekali
Banyak benda aku kena fikir
Banyak benda juga aku terlupa nak buat

Aku rasa begitu lemah sekali
Mereka melihat aku sebagai insan yang bermotivasi
Walhal kehidupan aku sendiri penuh dengan kontroversi

Apa yang aku buat sekarang, membuatkan aku berfikir.
Apakah yang aku akan buat pada masa akan datang?

Selagi rezeki yang aku dapat ini Halal
Selagi aku tidak mengganggu kehidupan orang lain
Selagi hal keperluan keluargaku, aku laksanakan
Selagi solat 5 waktu, aku tunaikan
Selagi ada peluang membuat kebaikan, aku buat
Selagi masih ada kasih sayang dalam kekeluargaan dan persahabatan, aku hargai

Aku rasa...
Apa yang aku buat...masih belum cukup
Masih banyak perkara yang perlu aku belajar
Banyak lagi kekurangan yang ada pada diriku
Dosa lagi berat dari pahala
Cahaya lebih malap berbanding kegelapan

Aku takut, risau dan sedih
Akan ibadah yang aku buat selama ini
Masih cukup atau tidak
Demi mencapai cita-cita Syurga di Akhirat.

Wednesday, May 2, 2018

Hebat . Bebas . Syukur

Sejak hubby aku tinggalkan aku
Aku menangis tersedu-sedu
Makan minum pun tak menentu
Berat badan cecah tiga puluh lima kilogram

Kawan aku Nisa kata padaku
Sudah-sudahlah tu, jom ikut aku
Kita tengok monyet joget dalam zoo
Jika itu dapat hiburkan aku


Korus:
Namun itu empat tahun yang lalu
Aku berubah dari sejak itu
Aku pergi ke mana tempat ku mahu
Aku belajar lagi tambah ilmu

Oh oooo.....Oh ooo 2x
Bebaskanlah!
Bebasnya hidupku.....
Hebatnya hidupku.....4x

La la la la... 
Kita nyanyi
Hiburkan hati yang sedih
La la la la...
Cuba lagi
Hiburkan hati yang sedih

Sejak aku sedar dari tidur ku
Aku nekad tanam azam baru 
Aku tak nak jadi macam dahulu
Bagai hidup segan mati tak mahu

Korus:

Sejak setan itu tinggalkan aku
Aku bersyukur Alhamdulillah
Aku akan terus selalu berdoa
Moga-moga ada jodoh yang baru

Lagu & Lirik oleh Kin Aziz


Tuesday, April 17, 2018

Tak de la Lawa Sangat.....

Leganya apabila dapat meluahkan segala benda yang terpendam dalam blog ni. Rasa macam dapat menjerit diatas sebuah bukit tanpa ada gangguan apa-apa. Tak ada orang sound balik, "Hoi! Gila ke pe?!"

Cakap pasal sound-sound ni, aku teringat apa yang berlaku pada aku tadi. Kejadian berlaku ketika nak balik. Di kilang aku, waktu orang office balik biasanya akan bertembung dengan budak-budak operator. Macam biasa aku berjalan sambil senyum (bukan senyum mengurat, senyum biasa je, tak mesra sangat, tak sombong sangat). Tiba-tiba aku terdengar, "Tak de la lawa sangat..." Sangat dekat dengan telinga aku. Aku perhatikan budak-budak tu berlalu pergi.

Makin aku tersenyum. Aku tak sakit hati pun. Adakah ayat itu ditujukan kepada aku? Entahlah aku pun tak tahu. Wallahu alam. Mungkin ini balasan dosa / ujian untuk aku. Terus-terang, aku rasa tenang dan kelakar. Cepat-cepatlah matang adik-adik oi. Aku doakan untuk korang. 

Monday, April 16, 2018

The Ugly Side of Me

Ada baiknya aku bercerita tentang 'The Ugly Side of Me'. Terus-terang mana ada manusia yang bercerita tentang keburukan diri sendiri. Tetapi aku, ya aku, akan menceritakan apa yang berlaku pada aku pada 2013.
  1. Aku diceraikan.
  2. Anak aku dihantar ke JKM.
  3. Aku dituduh mendera anak. Aku ditahan polis selama 24jam.
  4. Aku dituduh gila. Jadi aku kena menjalani ujian mental seminggu sekali selama 2 bulan. Di Hospital Permai, Tampoi.
  5. Aku jadi hodoh, kusam, lemah dan letih. Aku juga mengalami pendarahan haid lebih dari sebulan. Percaya atau tidak, aku terkena buatan orang.
  6. Aku jatuh tangga pada tahun yang sama dan menyebabkan hentakan kuat pada tulang belakang. Kesannya sampai sekarang masih terasa kesakitannya.
  7. Aku mengalami tekanan darah rendah yang teruk. Banyak kali aku pitam.
  8. Berat badan aku cecah 35kg. Aku jadi kurus dan cengkung.

Boleh dikatakan aku ni hebat juga. Aku masih hidup sampai sekarang. Alhamdulillah....
Dan anak aku akhirnya berada dalam jagaan aku. Hospital Permai mengesahkan keputusan Negatif terhadap aku. Maksudnya aku tidak gila. Kalau aku gila, masakan aku dapat menyandang jawatan Graphics Designer. Setiap minggu, aku kena swimming untuk pulihkan joint tulang belakang aku. Makanan kegemaran aku sekarang sup gearbox dan bakso, bagus untuk orang yang kekurangan darah macam aku.

Kesimpulannya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuma perlu bersabar, kerana sesetengah masalah itu mengambil masa yang lama untuk selesai.

Sunday, April 15, 2018

Mereka

Amboi...

Bukan main meroyan apa yang aku tulis semalam. Saja tulis-tulis macam ni, sebab aku tau, tak ada sesiapa pun nak baca Blog Kinaka Honey ni. Itu sebab aku berani nak luahkan apa je yang terpendam dalam hati aku ni.

Berbalik pada cerita Suasana Negatif.
Aku dibesarkan dengan suasana negatif. Kata-kata ejekan, usikan dan perli hampir hari-hari aku dengar.
"Kin, boleh tak buat benda yang berfaedah?"
"Kin, boleh tak jadi budak normal?"
"Kin, benda macam ni budak darjah 1 pun boleh buat".....
"Kin, keluarga kita ni tak buat tau kerja macam ni"....

Hina sangat ke jadi Graphics Designer?
Apakah ini sebab aku selalu kehilangan keyakinan diri?
Atau aku sendiri yang bodoh sombong, tidak mahu belajar cara nak hidup dari zaman kanak-kanak aku lagi?

Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku akan besarkan anak aku dengan memberikan dia kata-kata semangat, kata-kata hikmah, kata-kata mutiara dan nasihat-nasihat yang berguna. Aku tak mahu dia membesar dengan cara aku dibesarkan. Senang-senang hantar ke tempat orang, dibuli, disabotaj, dipermainkan dan bila balik mengadu sambil menangis teresak-esak. Aku terus menangis sehingga keletihan, baru aku diam. Baru sekarang aku sedar, aku buang masa dengan sia-sia sekali. Tangisan aku selama ini tiada makna apa-apa pada mereka.

Walaubagaimanapun mereka telah membesarkan aku. Aku patut bersyukur, aku masih hidup. Walaupun sakit telinga, aku curi-curi dengar perbualan mereka. Sekurang-kurangnya aku dan anak aku ada tempat tinggal yang selesa, dapat tidur dan rehat. Dan sekarang, giliran aku pula menjaga mereka. Mereka selalu sakit-sakit sekarang dan banyak juga kerja-kerja rumah yang mereka tidak mampu melakukannya lagi. Mereka nak mengumpat, mengata, kutuk belakang aku, biarkanlah. Mereka dah banyak berjasa kepada aku. Lagipun aku dah lama maafkan mereka. Merekalah orang yang paling layak mengutuk dan mengumpat aku.

Ya Allah, berikanlah mereka petunjuk dan hidayah. Dan maafkanlah dosa mereka. Amin.

Saturday, April 14, 2018

Aku Menulis Lagi

Assalammualaikum.....

Wah lama bebenor.... aku tak menulis kat blog Kinaka Honey ni....

Pejam celik pejam celik. Sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku. Ya....aku masih tidak dapat melupakannya. Adakala aku pun macam Putus Asa dengan kehidupan aku sendiri. Bila nak mati ni? Aku bertanya sendiri.

Hei! Jangan sangka bukan-bukan dulu. Aku tak ada niat pun nak bunuh diri, cuma aku rasa useless untuk meneruskan kehidupan. Terus-terang, memang aku rasa kesunyian sangat sekarang ni. Nak, nak lagi apabila tengok kawan-kawan aku dengan pasangannya dan anak-anaknya pergi bercuti, berpelukan satu keluarga. Wah....bestnya.... Tetapi perasaan CEMBURU aku sendiri. Tak payah la tanya. Tak elok lagi pun aku meletakkan perasaan negatif ini pada carta #1. Boleh jadi gila kalau melayan sangat benda-benda negatif macam ini.

Anak aku dah semakin cerdik sekarang ni. Macam-macam benda dia tanya. Ya...dia dah mula tanya tentang ayah dia. Syukur...Alhamdulillah...dia seorang budak yang bijak. Dia mudah memahami yang dia perlu berdikari meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah.

Hebat sebenarnya dugaan hidup yang Anas kena hadapi. Hebat juga dugaan untuk aku membesarkan anak seorang diri. Insyallah...aku akan kuatkan diri dari segi mental dan fizikal untuk hari-hari yang akan datang.

Soal Jodoh pula, aku serahkan 100% kepada Tuhan. Aku dah tak nak mencari lagi kerana pilihan aku sebelum ini menyusahkan aku seteruk-teruknya. Ya...aku menyesal, itu sebab boleh tercipta lagu Waktu Itu. Ya...aku mencipta lagu lagi tapi masih tak pandai lagi nak main gitar ataupun piano walaupun aku ambil kelas muzik. Aku pun hairan macam mana boleh tercipta sedangkan tiada seorang pun ahli keluarga aku yang mahir dengan alat muzik.

Pelik kan?



Friday, April 6, 2018

Waktu Itu (Lagu ciptaan Kin Aziz)

Dari permulaan, penuh kesukaan
Ku buat pilihan, tanpa kesedaran
Hadirnya musibah, mengubah hidupku
Membuatkan aku semakin keliru,

Ku terlalu lemah, ku terlalu naif
Tiada petunjuk, tiada pembimbing
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
Ku pilih Engkau, bukan dunia....

C/o:
Hadirlah....cintaku...
Terimalah....taubatku...x2
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....

Kukesali semua, kesilapanku
Tiada ku mahu mengulanginya
Tiada ku mahu nasibku begini
Ingin ku tebus segala kesalahan

Namun tiada daya, tiada kesempatan
Masa berlalu begitu pantas
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
Mohon hidayahMu bukan hiburan

Ulang C/o

اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ

2x
Ku ingin kembali ke waktu itu
Mohon hidayahMu bukan hiburan...
Ku ingin kembali ke Waktu Itu
Ku pilih Engkau, bukan dunia....

Ulang C/o

Ku ingin kembali ke Waktu Itu
Disaat Cahaya ada untukku.....



Friday, February 17, 2017

Surah Al-Baqara (2:156)

 ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ 

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." 

Wednesday, February 15, 2017

Surah Al-Anfaal (8:61)

۞ وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلْمِ فَٱجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ 


Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. http://www.muslimpro.com/dl

Tuesday, February 14, 2017

Selesaikan Pertelingkahan antara Orang Islam. Surah Al-Hujuraat (49:10)

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. http://www.muslimpro.com/dl

Thursday, January 19, 2017

Bahaya Berhutang & Doa Mengelak Hutang

Sahih al-Bukhori:2222

عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ وَيَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ: مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ؟ قَالَ: إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ.

Dari Aisyah ra: Bahwa Rasulullah saw berdoa dalam shalat, beliau membaca:

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan terlilit hutang.

Lalu ada seseorang yang bertanya: Mengapa engkau banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Beliau menjawab: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, jika berbicara dia berdusta dan jika berjanji dia tidak menepatinya.

Pesan :

Rasulullah berdoa memohon perlindungan kepada Allah dari terlilit hutang. Beliau menjelaskan bahwa seseorang yang berhutang akan berdusta dan tidak menepati janjinya. Dapat kita lihat contohnya di zaman ini, saat seseorang yang berhutang ditagih, ia akan mencari-cari alasan agar tidak membayar hutangnya di saat itu, atau dia berjanji dengan mengatakan: Minggu depan saya bayar. Setelah satu minggu berlalu, ketika ditagih orang itu tidak menepati janjinya lagi dan memilih untuk berdusta dan mengarang alasan. Nauzubillah. Karena bahaya dosa yang bisa disebabkan karena hutang, kita dianjurkan untuk meminta perlindungan pada Allah dari terlilit hutang.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Monday, December 12, 2016

Surah Yasin, ayat 36 (Doa Cari Jodoh)

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنْفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ 

Subhana allathee khalaqa alazwaja kullaha mimma tunbitu alardu wamin anfusihim wamimma la yaAAlamoona

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
#muslimpro muslimpro.com

Baca 3x setiap pagi, dibawah langit yang luas terbuka.

PS: Petua ini pernah saya amalkan. Ramai yang tiba-tiba ingin berkenalan dengan saya. Namun, perlu berhati-hati. Amalkan solat Hajat, Tahajud dan Istikharah selalu untuk memohon petunjuk.

Sunday, December 11, 2016

Surah Az Zukhruf, ayat 13 - 14. (Doa Naik Kenderaan)

لِتَسْتَوُوا عَلَىٰ ظُهُورِهِ ثُمَّ تَذْكُرُوا نِعْمَةَ رَبِّكُمْ إِذَا اسْتَوَيْتُمْ عَلَيْهِ وَتَقُولُوا سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ 

Litastawoo AAala thuhoorihi thumma tathkuroo niAAmata rabbikum itha istawaytum AAalayhi wataqooloo subhana allathee sakhkhara lana hatha wama kunna lahu muqrineena

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya

Sambungannya...
وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ 
Wainna ila rabbina lamunqaliboona

"Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

#muslimpro muslimpro.com

Thursday, December 1, 2016

Surah Al-Hujurat, ayat 13

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Ya ayyuha alnnasu inna khalaqnakum min thakarin waontha wajaAAalnakum shuAAooban waqabaila litaAAarafoo inna akramakum AAinda Allahi atqakum inna Allaha AAaleemun khabeerun  
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

#muslimpro muslimpro.com

Wednesday, November 30, 2016

Ini Cabaran Saya. Kamu?


Tidak Boleh Menoleh Dalam Solat

Sahih al-Bukhori:3048

 عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْتِفَاتِ الرَّجُلِ فِي الصَّلاَةِ، فَقَالَ: هُوَ اخْتلاِسٌ يَخْتَلِسُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ. 
Dari Aisyah ra: Aku bertanya kepada Nabi saw tentang seseorang yang menoleh ketika sedang solat, maka beliau bersabda: Itu adalah sambaran yang sangat cepat yang dilakukan oleh setan terhadap solat seseorang dari kalian.
Pesan :

  1. Setan senantiasa mencari kesempatan untuk menghasut manusia kepada keburukan, bahkan ia juga berusaha agar mengganggu manusia ketika sedang beribadah kepada Allah, seperti saat manusia sedang solat.
  2. Tidak diperbolehkan menoleh ke kiri atau kanan saat sedang solat, kecuali jika ada keterpaksaan.
  3. Mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan setan di setiap waktu anda.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah Al Baqarah, ayat 156 (Doa Ketika Musibah)

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
Allatheena itha asabathum museebatun qaloo inna lillahi wainna ilayhi rajiAAoona 

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

#muslimpro muslimpro.com

Surah Luqman, ayat 14 (Jasa & Pengorbanan Ibu Bapa)

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ 

Wawassayna alinsana biwalidayhi hamalathu ommuhu wahnan AAala wahnin wafisaluhu fee AAamayni ani oshkur lee waliwalidayka ilayya almaseeru
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). #muslimpro muslimpro.com

Tuesday, November 22, 2016

Kebahagiaan Sebenar

Solat Sunat 2 rakaat Subuh

Sahih al-Bukhori:1093

 عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ. 

Dari Aisyah ra, dia berkata: Tidak ada solat sunah yang lebih Nabi saw tekuni daripada dua raka'at Fajar.

Pesan :

  1. Shalat sunnah dua raka'at sebelum subuh termasuk shalat sunnah yang muakkadah, yaitu yang sangat dianjurkan 
  2. Keutamaan shalat dua raka'at sebelum subuh diantara shalat-shalat sunnah yang lain, Rasulullah saw paling menekuni shalat sunnah ini.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah Ibrahim, ayat 18

ﻣَّﺜَﻞُ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭا۟ ﺑِﺮَﺑِّﻬِﻢْ ۖ ﺃَﻋْﻤَٰﻠُﻬُﻢْ ﻛَﺮَﻣَﺎﺩٍ ٱﺷْﺘَﺪَّﺕْ ﺑِﻪِ ٱﻟﺮِّﻳﺢُ ﻓِﻰ ﻳَﻮْﻡٍ ﻋَﺎﺻِﻒٍ ۖ ﻻَّ ﻳَﻘْﺪِﺭُﻭﻥَ ﻣِﻤَّﺎ ﻛَﺴَﺒُﻮا۟ ﻋَﻠَﻰٰ ﺷَﻰْءٍ ۚ ﺫَٰﻟِﻚَ ﻫُﻮَ ٱﻟﻀَّﻠَٰﻞُ ٱﻟْﺒَﻌِﻴﺪُ 

Mathalu allatheena kafaroo birabbihim aAAmaluhum karamadin ishtaddat bihi alrreehu fee yawmin AAasifin la yaqdiroona mimma kasaboo AAala shayin thalika huwa alddalalu albaAAeedu 

Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.

#muslimpro muslimpro.com

Thursday, November 17, 2016

Solat Sunat Rawatib

Sahih al-Bukhori:1099
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْجُمُعَةِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ، وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ. 

Dari Abdullah ibn Umar ra, dia berkata: Aku pernah solat bersama Rasulullah saw dua rakaat sebelum solat zuhur, dua rakaat sesudah solat zuhur, dua rakaat sesudah solat Jumat, dua rakaat sesudah solat maghrib dan dua rakaat sesudah solat isya.

Pesan :
Disunnahkan untuk solat dua rakaat sebelum zuhur, sesudah zuhur, sesudah solat jumat, sesudah maghrib dan sesudah isya. Solat-solat ini merupakan solat sunnah muakkadah.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Tuesday, November 15, 2016

Wanita Pulanglah Segera setelah Solat di Masjid

Sahih al-Bukhori:819

عَنْ أُمّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَّ النِّسَاءَ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنَّ إِذَا سَلَّمْنَ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ قُمْنَ، وَثَبَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ صَلَّى مِنْ الرِّجَالِ مَا شَاءَ اللَّهُ. فَإِذَا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ الرِّجَالُ. 

Dari Ummu Salamah isteri Nabi saw: Bahwa para wanita di zaman Rasulullah saw jika mereka telah selesai dari solat fardhu, maka mereka segera beranjak pergi sementara Rasulullah saw dan kaum laki-laki yang solat bersama beliau tetap diam di tempat sampai waktu yang Allah kehendaki. Kemudian jika Rasulullah saw bangkit untuk pergi maka para laki-laki pun ikut bangkit.

Pesan :

  1. Kelembutan hati Rasulullah, beliau membiarkan para wanita pulang terlebih dahulu sebelum beliau dan para laki-laki pulang, menghindari adanya masalah jika para laki-laki dan wanita keluar bersamaan.
  2. Anjuran bagi para wanita untuk segera pulang jika selesai solat fardhu di masjid.
  3. Hal ini bisa juga diterapkan dalam hal lain selain solat berjamaah, misalnya jika ada suatu acara dimana kaum wanita dan kaum lelaki berkumpul di satu gedung - meski terpisah antara lelaki dan wanita, bolehlah jika para wanita didahulukan, sementara para laki-laki menunggu beberapa saat sebelum keluar. Hal itu demi menjaga agar tidak terjadi desak-desakan antara kaum wanita dan kaum laki-laki, dan agar melindungi kaum wanita dari fitnah yang bisa saja terjadi.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

OneRepublic - Good Life

Wednesday, November 9, 2016

Surah Al Baqarah, ayat 255 (Ayat Kursi)

ٱﻟﻠَّﻪُ ﻻَٓ ﺇِﻟَٰﻪَ ﺇِﻻَّ ﻫُﻮَ ٱﻟْﺤَﻰُّ ٱﻟْﻘَﻴُّﻮﻡُ ۚ ﻻَ ﺗَﺄْﺧُﺬُﻩُۥ ﺳِﻨَﺔٌ ﻭَﻻَ ﻧَﻮْﻡٌ ۚ ﻟَّﻪُۥ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ٱﻟﺴَّﻤَٰﻮَٰﺕِ ﻭَﻣَﺎ ﻓِﻰ ٱﻷَْﺭْﺽِ ۗ ﻣَﻦ ﺫَا ٱﻟَّﺬِﻯ ﻳَﺸْﻔَﻊُ ﻋِﻨﺪَﻩُۥٓ ﺇِﻻَّ ﺑِﺈِﺫْﻧِﻪِۦ ۚ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﻣَﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﻳْﺪِﻳﻬِﻢْ ﻭَﻣَﺎ ﺧَﻠْﻔَﻬُﻢْ ۖ ﻭَﻻَ ﻳُﺤِﻴﻄُﻮﻥَ ﺑِﺸَﻰْءٍ ﻣِّﻦْ ﻋِﻠْﻤِﻪِۦٓ ﺇِﻻَّ ﺑِﻤَﺎ ﺷَﺎٓءَ ۚ ﻭَﺳِﻊَ ﻛُﺮْﺳِﻴُّﻪُ ٱﻟﺴَّﻤَٰﻮَٰﺕِ ﻭَٱﻷَْﺭْﺽَ ۖ ﻭَﻻَ ﻳَـُٔﻮﺩُﻩُۥ ﺣِﻔْﻈُﻬُﻤَﺎ ۚ ﻭَﻫُﻮَ ٱﻟْﻌَﻠِﻰُّ ٱﻟْﻌَﻈِﻴﻢُ 

Allahu la ilaha illa huwa alhayyu alqayyoomu la takhuthuhu sinatun wala nawmun lahu ma fee alssamawati wama fee alardi man tha allathee yashfaAAu AAindahu illa biithnihi yaAAlamu ma bayna aydeehim wama khalfahum wala yuheetoona bishayin min AAilmihi illa bima shaa wasiAAa kursiyyuhu alssamawati waalarda wala yaooduhu hifthuhuma wahuwa alAAaliyyu alAAatheemu 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, November 8, 2016

3 Ikatan Syaitan diatas Tengkuk Kepala Manusia

Sahih al-Bukhori:1074

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ 

Dari Abu Hurairah ra: Bahwa Rasulullah saw bersabda:
Syaitan mengikat tiga tali ikatan di atas tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur, syaitan mengencangkan ikatan tersebut (sambil berkata): Malam masih panjang maka tidurlah. Jika dia bangun dan mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. Jika kemudian dia berwudhu maka lepaslah tali yang kedua, dan jika ia mendirikan solat lepaslah satu tali ikatan, dan pada pagi harinya ia akan merasakan semangat dan jiwa yang tentram. Namun bila dia tidak melakukan itu, maka pagi itu jiwanya tidak tenteram dan ia merasa malas.

Pesan :
Syaitan selalu mencuba menghasut manusia bahkan ketika manusia itu sedang tertidur. Syaitan mengikatkan tiga tali ikatan di atas tengkuk masing-masing dari kita dan mengatakan: Malam masih panjang, agar kita semakin terlelap dalam tidur. Jika anda ingin melepaskan tiga ikatan ini, maka yang harus anda lakukan adalah:

  1. Mengingat Allah ketika terbangun.
  2. Berwudhu.
  3. Menunaikan solat. Jika anda melakukan ketiganya maka anda akan memulai pagi anda dengan semangat dan jiwa yang tentram. Sebaliknya, jika anda merasa malas di pagi hari, mungkin anda lupa melepas salah satu ikatan yang setan ikatkan pada tengkuk anda?

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Monday, October 31, 2016

Surah Faatir, ayat 5

ﻳَٰٓﺄَﻳُّﻬَﺎ ٱﻟﻨَّﺎﺱُ ﺇِﻥَّ ﻭَﻋْﺪَ ٱﻟﻠَّﻪِ ﺣَﻖٌّ ۖ ﻓَﻼَ ﺗَﻐُﺮَّﻧَّﻜُﻢُ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ۖ ﻭَﻻَ ﻳَﻐُﺮَّﻧَّﻜُﻢ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ٱﻟْﻐَﺮُﻭﺭُ 

Ya ayyuha alnnasu inna waAAda Allahi haqqun fala taghurrannakumu alhayatu alddunya wala yaghurrannakum biAllahi algharooru

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

#muslimpro muslimpro.com

Friday, October 28, 2016

Larangan Berlebihan Ketika Bertanya

Sahih al-Bukhori:6749

 عَنْ أَنَسٍ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ عُمَرَ فَقَالَ: نُهِينَا عَنْ التَّكَلُّفِ. 

Dari Anas, dia berkata: Pernah kami di sisi Umar lalu ia berkata: Kami dilarang berlebihan dalam bertanya.

Pesan :
Janganlah berlebihan dalam bertanya, karena kadang berlebihan dalam bertanya justru membuat kita bingung dan ragu akan keimanan kita. Terimalah agama sebagaimana adanya dan jangan berlebihan dalam bertanya, terutama ketika berkaitan dengan hal ghaib, yang tidak dapat dicerna oleh otak manusia yang terbatas.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah Al A'raaf, ayat 200

ﻭَﺇِﻣَّﺎ ﻳَﻨﺰَﻏَﻨَّﻚَ ﻣِﻦَ ٱﻟﺸَّﻴْﻄَٰﻦِ ﻧَﺰْﻍٌ ﻓَﭑﺳْﺘَﻌِﺬْ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ۚ ﺇِﻧَّﻪُۥ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ 

Waimma yanzaghannaka mina alshshaytani nazghun faistaAAith biAllahi innahu sameeAAun AAaleemun

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. #muslimpro muslimpro.com

Monday, October 24, 2016

Berwudhu setiap kali Bersolat

Sahih al-Bukhori:207

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ. 

Dari Anas ibn Malik, dia berkata: Nabi saw berwudhu setiap kali akan solat.

Pesan :

Rasulullah saw gemar berwudhu setiap sebelum solat. Sebuah riwayat lain dalam kitab Bukhari menjelaskan bahwa para sahabat tidak selalu berwudhu sebelum setiap solat, mereka memperbaharui wudhunya jika mereka berhadas dan hendak solat saja. Karena itu anda tidak diwajibkan untuk bewudhu setiap sebelum solat fardu, namun jika anda ingin memperbaharui wudhu walau belum batal maka hal itu diperbolehkan.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, October 20, 2016

Memerlukan Sedikit Dorongan

Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan keimananku. Kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi. Amin.



Wednesday, October 19, 2016

Opick - Astaghfirullah

Surah Saad, ayat 54 (Doa Murah Rezeki)

ﺇِﻥَّ ﻫَٰﺬَا ﻟَﺮِﺯْﻗُﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻟَﻪُۥ ﻣِﻦ ﻧَّﻔَﺎﺩٍ 

Inna hatha larizquna ma lahu min nafadin

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis;

- #muslimpro muslimpro.com

zakiepurvit.blogspot

Solat Setelah Makan

Sahih al-Bukhori:200

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ. 

Dari Abdullah ibn Abbas: Bahwa Rasulullah saw memakan paha kambing kemudian beliau shalat tanpa berwudhu lagi.

Pesan : Makan tidak membatalkan wudhu, karena itu jika berwudhu lalu makan, tidak perlu berwudhu lagi untuk menunaikan shalat. Kecuali jika memakan daging unta, maka seorang muslim dianjurkan untuk berwudhu.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Tuesday, October 18, 2016

Tumit yang Tidak Terkena Air Wudhu

Sahih al-Bukhori:160

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ، فَإِنَّ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: وَيْلٌ للاعْقَابِ مِنْ النَّارِ. 

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Sempurnakanlah wudhu kalian! Sesungguhnya Abu al-Qasim saw bersabda: Celakalah tumit-tumit yang tidak terkena air wudhu dari api neraka.

Pesan :

  1. Penekanan akan pentingnya setiap anggota wudhu untuk terkena air.
  2. Berhati-hatilah saat berwudhu dan pastikan tumit anda terbasuh air. Kerana kaki dan secara khusus tumit jauh dari jangkauan tangan dan kadang luput dari penglihatan, ingatlah hadis ini saat berwudhu dan pastikan air telah membasahi tumit anda.


via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah At Taghaabun, ayat 11 (Cara menghadapi Musibah)

ﻣَﺎٓ ﺃَﺻَﺎﺏَ ﻣِﻦ ﻣُّﺼِﻴﺒَﺔٍ ﺇِﻻَّ ﺑِﺈِﺫْﻥِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۗ ﻭَﻣَﻦ ﻳُﺆْﻣِﻦۢ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ﻳَﻬْﺪِ ﻗَﻠْﺒَﻪُۥ ۚ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻜُﻞِّ ﺷَﻰْءٍ ﻋَﻠِﻴﻢٌ 

Ma asaba min museebatin illa biithni Allahi waman yumin biAllahi yahdi qalbahu waAllahu bikulli shayin AAaleemun

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

#muslimpro muslimpro.com

Thursday, October 13, 2016

Berhati-hati Saat Buang Air Kecil

Sahih al-Bukhori:211

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ، وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ. ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا. 

Dari Ibn Abbas, dia berkata: Nabi saw melewati dua kuburan, lalu beliau bersabda: Sesungguhnya keduanya sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana hal yang besar. Yang satu disiksa kerana tidak berhati-hati saat buang air kecil, sementara yang satunya suka mengadu domba. Kemudian beliau mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, beliau lalu membelahnya menjadi dua bagian kemudian menancapkan pada masing-masing kuburan satu bagian. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan ini? Beliau menjawab: Semoga siksa keduanya diringankan selama dahan ini belum kering.

Pesan :

  1. Seorang muslim wajib berhati-hati dari air seninya dan memastikan bahwa ia bersuci dengan baik dan benar. Kerana kesucian dari najis merupakan salah satu syarat yang harus dipenuhi demi diterimanya ibadah solat kita.
  2. Lindungilah diri anda dari siksa kubur dengan menjauhi penyebab-penyebabnya, seperti ketidak hati-hatian dalam bersuci dari air seni, serta mengadu domba orang lain.
  3. Dosa yang kadang dianggap remeh dimata manusia boleh menjadi besar kerana terus dilakukan.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Wednesday, October 12, 2016

Anjuran Mencuci Tangan Saat Bangun Tidur

Sahih al-Bukhori:157

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ فِي أَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْثُرْ، وَمَنْ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ، وَإِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلْيَغْسِلْ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهَا فِي وَضُوئِهِ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لاَ يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ. 

Dari Abu Hurairah: Bahwa Rasulullah saw bersabda: Jika salah seorang dari kalian berwudhu, hendaklah ia memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya, barangsiapa yang beristinja' dengan batu hendaklah dengan bilangan ganjil, dan jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, hendaklah ia membasuh kedua telapak tangannya sebelum memasukkannya dalam bejana air wudhunya, sebab salah seorang dari kalian tidak mengetahui dimana tangannya bermalam.

Pesan :

  1. Istinsyaq dan Istintsar adalah bagian dari rangkaian kegiatan wudhu, yaitu memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya kembali.
  2. Cucilah tangan anda setelah bangun dari tidur dan jangan langsung memasukkannya ke dalam ember air wudhu, khawatir selama tidur tangan anda menyentuh sesuatu yang kotor atau bisa jadi najis.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Tuesday, October 11, 2016

Smoothie : Banana & Papaya


Bahan-bahan:

4 ulas pisang
4 potong betik (sama saiz pisang)
Secawan susu segar
Secubit garam
Air masak (tambahan jika terlalu pekat)

Cara menyediakannya:

Kisar semua sekali bahan diatas. Tambahkan air masak jika terlalu pekat.

Monday, October 10, 2016

Puasa Asyura 9 & 10 Muharram

Sahih al-Bukhori:1866

 عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ يَوْمُ عَاشُورَاءَ تَعُدُّهُ الْيَهُودُ عِيدًا. قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَصُومُوهُ أَنْتُمْ.

Dari Abu Musa ra., dia berkata: Hari Asyura' telah dijadikan oleh orang-orang Yahudi sebagai hari raya mereka, maka Nabi saw. bersabda: Berpuasalah kalian pada hari itu.

Sahih al-Bukhori:1865

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ, فَقَالَ: مَا هَذَا؟ قَالُوا:

هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ. هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ: فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ. 

Dari Ibn Abbas ra., dia berkata: Ketika Nabi saw. telah sampai di Madinah, Beliau melihat orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura, lalu Beliau bertanya:

Kenapa kalian mengerjakan ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari baik, hari ketika Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka lalu Nabi Musa as. menjadikannya sebagai hari berpuasa. Maka Beliau bersabda: Aku lebih berhak dari kalian terhadap Musa. Lalu Beliau memerintahkan untuk berpuasa.

Pesan : Anjuran berpuasa tanggal 10 Muharram, dan sehari sebelumnya, 9 Muharram.

Surah Al Baqarah, ayat 256

ﻻَٓ ﺇِﻛْﺮَاﻩَ ﻓِﻰ ٱﻟﺪِّﻳﻦِ ۖ ﻗَﺪ ﺗَّﺒَﻴَّﻦَ ٱﻟﺮُّﺷْﺪُ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻐَﻰِّ ۚ ﻓَﻤَﻦ ﻳَﻜْﻔُﺮْ ﺑِﭑﻟﻄَّٰﻐُﻮﺕِ ﻭَﻳُﺆْﻣِﻦۢ ﺑِﭑﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺪِ ٱﺳْﺘَﻤْﺴَﻚَ ﺑِﭑﻟْﻌُﺮْﻭَﺓِ ٱﻟْﻮُﺛْﻘَﻰٰ ﻻَ ٱﻧﻔِﺼَﺎﻡَ ﻟَﻬَﺎ ۗ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ  
La ikraha fee alddeeni qad tabayyana alrrushdu mina alghayyi faman yakfur bialttaghooti wayumin biAllahi faqadi istamsaka bialAAurwati alwuthqa la infisama laha waAllahu sameeAAun AAaleemun

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

#muslimpro muslimpro.com

Surah Al An'a am, ayat 125

ﻓَﻤَﻦ ﻳُﺮِﺩِ ٱﻟﻠَّﻪُ ﺃَﻥ ﻳَﻬْﺪِﻳَﻪُۥ ﻳَﺸْﺮَﺡْ ﺻَﺪْﺭَﻩُۥ ﻟِﻹِْﺳْﻠَٰﻢِ ۖ ﻭَﻣَﻦ ﻳُﺮِﺩْ ﺃَﻥ ﻳُﻀِﻠَّﻪُۥ ﻳَﺠْﻌَﻞْ ﺻَﺪْﺭَﻩُۥ ﺿَﻴِّﻘًﺎ ﺣَﺮَﺟًﺎ ﻛَﺄَﻧَّﻤَﺎ ﻳَﺼَّﻌَّﺪُ ﻓِﻰ ٱﻟﺴَّﻤَﺎٓءِ ۚ ﻛَﺬَٰﻟِﻚَ ﻳَﺠْﻌَﻞُ ٱﻟﻠَّﻪُ ٱﻟﺮِّﺟْﺲَ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻻَ ﻳُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ 

Faman yuridi Allahu an yahdiyahu yashrah sadrahu lilislami waman yurid an yudillahu yajAAal sadrahu dayyiqan harajan kaannama yassaAAAAadu fee alssamai kathalika yajAAalu Allahu alrrijsa AAala allatheena la yuminoona

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

#muslimpro muslimpro.com

Friday, October 7, 2016

Hari Sukan Negara 2016

Sempena Hari Sukan Negara,
Banyak program dan aktiviti diadakan. Saya tertanya-tanya, mana satu nak join ni? 

Thursday, October 6, 2016

Surah Al Hujurat, ayat 12 (Kejijikan Buruk Sangka & Mengumpat)

ﻳَٰٓﺄَﻳُّﻬَﺎ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ءَاﻣَﻨُﻮا۟ ٱﺟْﺘَﻨِﺒُﻮا۟ ﻛَﺜِﻴﺮًا ﻣِّﻦَ ٱﻟﻈَّﻦِّ ﺇِﻥَّ ﺑَﻌْﺾَ ٱﻟﻈَّﻦِّ ﺇِﺛْﻢٌ ۖ ﻭَﻻَ ﺗَﺠَﺴَّﺴُﻮا۟ ﻭَﻻَ ﻳَﻐْﺘَﺐ ﺑَّﻌْﻀُﻜُﻢ ﺑَﻌْﻀًﺎ ۚ ﺃَﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﺣَﺪُﻛُﻢْ ﺃَﻥ ﻳَﺄْﻛُﻞَ ﻟَﺤْﻢَ ﺃَﺧِﻴﻪِ ﻣَﻴْﺘًﺎ ﻓَﻜَﺮِﻫْﺘُﻤُﻮﻩُ ۚ ﻭَٱﺗَّﻘُﻮا۟ ٱﻟﻠَّﻪَ ۚ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﺗَﻮَّاﺏٌ ﺭَّﺣِﻴﻢٌ 
Ya ayyuha allatheena amanoo ijtaniboo katheeran mina alththanni inna baAAda alththanni ithmun wala tajassasoo wala yaghtab baAAdukum baAAdan ayuhibbu ahadukum an yakula lahma akheehi maytan fakarihtumoohu waittaqoo Allaha inna Allaha tawwabun raheemun

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

#muslimpro muslimpro.com

Larangan Menghadap Kiblat Saat Buang Hajat

Sahih al-Bukhori:141

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْغَائِطَ فَلاَ يَسْتَقْبِل الْقِبْلَةَ وَلاَ يُوَلِّهَا ظَهْرَهُ، شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا. 

Dari Abu Ayyub al-Anshari, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Jika salah seorang dari kalian masuk ke dalam WC untuk buang hajat, maka janganlah menghadap ke arah kiblat dan janganlah membelakanginya. Hendaklah ia menghadap ke arah timurnya atau baratnya.

Pesan :
  1. Larangan menghadap kiblat saat buang hajat.
  2. Larangan ini hanyalah berlaku saat buang hajat di luar bangunan. Namun tidak ada masalah jika di dalam ruangan yang dikhususkan.
via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Wednesday, October 5, 2016

۞ ﻗَﻮْﻝٌ ﻣَّﻌْﺮُﻭﻑٌ ﻭَﻣَﻐْﻔِﺮَﺓٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻦ ﺻَﺪَﻗَﺔٍ ﻳَﺘْﺒَﻌُﻬَﺎٓ ﺃَﺫًﻯ ۗ ﻭَٱﻟﻠَّﻪُ ﻏَﻨِﻰٌّ ﺣَﻠِﻴﻢٌ 

Qawlun maAAroofun wamaghfiratun khayrun min sadaqatin yatbaAAuha athan waAllahu ghaniyyun haleemun

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

#muslimpro muslimpro.com

Bengkel Penanaman Pohon Syurga (Buah Tin)

Alhamdulillah... Akhirnya, ada juga bengkel ni. Kena join, mesti join.

Monday, October 3, 2016

10 Perkara Perubahan Saya Mahu Buat!

  1. Akan memulakan kerja Kitar Semula.
  2. Memperbaiki ibadah Qiamulail.
  3. Berkebun, memperbanyakkan lagi Hasil Tanaman.
  4. Memperbaiki akademik 'My Little Engineer'.
  5. Memperbaiki hubungan Silaturohim.
  6. Khatam Al Quran.
  7. Akan memulakan sesuatu perniagaan (tak tau lagi).
  8. Sambung belajar!
  9. Bersedekah selagi mana yang mampu.
  10. Menjelajah ke negara-negara Islam.

Surah As Saffaat, ayat 180-182. (Pelengkap Ucapan)

Inilah ayat yang selalu digunakan oleh penceramah-penceramah di akhir ucapan mereka. Patutlah tidak jemu didengar walaupun berulang-ulang. Rupa-rupanya, ia berasal dari Al-Quran. Mari kita fahami apa pula pengertian ayat tersebut.

ﺳُﺒْﺤَٰﻦَ ﺭَﺑِّﻚَ ﺭَﺏِّ ٱﻟْﻌِﺰَّﺓِ ﻋَﻤَّﺎ ﻳَﺼِﻔُﻮﻥَ

Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!

ﻭَﺳَﻠَٰﻢٌ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟْﻤُﺮْﺳَﻠِﻴﻦَ

Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.

ﻭَٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ٱﻟْﻌَٰﻠَﻤِﻴﻦَ
Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

#muslimpro muslimpro.com

Saturday, October 1, 2016

Salam Tahun Baru Hijrah, 1438

Taubat

Sahih al-Bukhori:5834

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ سَقَطَ عَلَى بَعِيرِهِ وَقَدْ أَضَلَّهُ فِي أَرْضِ فَلاَةٍ.

Dari Anas ra., dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya melebihi salah seorang dari kalian yang mendapatkan haiwan tunggangannya yang telah hilang di padang yang luas.

Pesan :

  1. Segeralah bertaubat, karena Allah Maha pengampun dan mencintai hamba-Nya yang suka bertaubat.
  2. Pintu taubat akan senantiasa terbuka sampai matahari terbit dari barat. (sampai kiamat) 

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, September 29, 2016

Hisab di Akhirat

Sahih al-Bukhori:2261

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ: أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا؟ فَيَقُولُ: نَعَمْ أَيْ رَبِّ. حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ, قَالَ: سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ. وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الأَشْهَادُ: هَؤُلاَءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلاَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ . 

Dari Ibnu Umar ra., dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:
Sesunggunnya Allah mendekatkan orang beriman lalu melindunginya dari rasa malu dan menutupinya, Allah berfirman: Apakah kamu mengenal dosamu yang ini? Apakah kamu mengenal dosamu yang ini? Orang beriman itu berkata: Ya, Tuhanku. Hingga ketika sudah diakui dosa-dosanya dan dia melihat bahwa dirinya akan celaka, Allah berfirman: Aku telah menutupnya untukmu di dunia dan Aku mengampuninya buatmu hari ini. Maka orang beriman itu diberikan kitab catatan kebaikannya. Adapun orang kafir dan munafiqin, Allah berfirman: Dan para saksi akan berkata: Itulah orang-orang yang mendustakan Tuhan mereka. Maka laknat Allah untuk orang-orang yang zalim.

Pesan :

  1. Maha baik Allah, Allah menutupi aib orang beriman di dunia dan mengampuninya di akhirat.
  2. Orang beriman akan mengakui dosa-dosanya saat hisab, berbeda dengan orang kafir yang akan mengingkarinya. Semoga kita termasuk orang yang beriman.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Al Ankaboot, ayat 19

ﺃَﻭَﻟَﻢْ ﻳَﺮَﻭْا۟ ﻛَﻴْﻒَ ﻳُﺒْﺪِﺉُ ٱﻟﻠَّﻪُ ٱﻟْﺨَﻠْﻖَ ﺛُﻢَّ ﻳُﻌِﻴﺪُﻩُۥٓ ۚ ﺇِﻥَّ ﺫَٰﻟِﻚَ ﻋَﻠَﻰ ٱﻟﻠَّﻪِ ﻳَﺴِﻴﺮٌ

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, September 27, 2016

Kembara Bersama Anak-anak Kecil

Assalammualaikum...

Semasa percutian bersama rombongan taska anak saya, saya terilham untuk berkongsi tips dengan anda semua beberapa tips mengembara/melancong bersama anak-anak kecil. Saya syorkan, melanconglah apabila kanak-kanak sudah berumur atas 3 tahun. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, anak-anak kecil yang berumur bawah 3 tahun kebawah tidak sesuai dibawa melancong/kembara kerana:
  • Ibu dan anak masih lemah, senang penat.
  • Si anak takkan ingat memori melancong/mengembara ketika di usia ini.
  • Banyak bergerak, mengganggu jadual tidur anak kecil. (tidur itu amat penting bagi usia 1-3 tahun)

Monday, September 26, 2016

Tanda Kiamat

Sahih al-Bukhori:4830

 عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَكْثُرَ الْجَهْلُ, وَيَكْثُرَ الزِّنَا, وَيَكْثُرَ شُرْبُ الْخَمْرِ, وَيَقِلَّ الرِّجَالُ وَيَكْثُرَ النِّسَاءُ حَتَّى يَكُونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً الْقَيِّمُ الْوَاحِدُ.

Dari Anas ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Diantara tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu, banyaknya kebodohan, maharajalelanya perzinaan, banyaknya orang yang meminum khamr(arak) dan sedikitnya kaum laki-laki serta banyaknya kaum wanita hingga jika ada lima puluh orang wanita namun hanya ada satu orang laki-laki yang menanggung mereka.

Pesan :
Rasulullah menjelaskan tanda-tanda kiamat kepada kita, sebagai motivasi agar terus beramal soleh dan memperbanyak ibadah. Sebagaimana kita tahu banyak tanda kiamat kecil yang sudah terjadi di zaman ini. Perbanyaklah berbuat kebaikan dan ajaklah orang lain untuk berbuat kebaikan.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah at Tin, ayat 1 - 8.

ﻭَٱﻟﺘِّﻴﻦِ ﻭَٱﻟﺰَّﻳْﺘُﻮﻥِ 
Demi buah Tiin dan Zaitun,


ﻭَﻃُﻮﺭِ ﺳِﻴﻨِﻴﻦَ 
Dan Gunung Tursina,


ﻭَﻫَٰﺬَا ٱﻟْﺒَﻠَﺪِ ٱﻷَْﻣِﻴﻦِ
Serta negeri (Makkah) yang aman ini,


ﻟَﻘَﺪْ ﺧَﻠَﻘْﻨَﺎ ٱﻹِْﻧﺴَٰﻦَ ﻓِﻰٓ ﺃَﺣْﺴَﻦِ ﺗَﻘْﻮِﻳﻢٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).


ﺛُﻢَّ ﺭَﺩَﺩْﻧَٰﻪُ ﺃَﺳْﻔَﻞَ ﺳَٰﻔِﻠِﻴﻦَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,


ﺇِﻻَّ ٱﻟَّﺬِﻳﻦَ ءَاﻣَﻨُﻮا۟ ﻭَﻋَﻤِﻠُﻮا۟ ٱﻟﺼَّٰﻠِﺤَٰﺖِ ﻓَﻠَﻬُﻢْ ﺃَﺟْﺮٌ ﻏَﻴْﺮُ ﻣَﻤْﻨُﻮﻥٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.


ﻓَﻤَﺎ ﻳُﻜَﺬِّﺑُﻚَ ﺑَﻌْﺪُ ﺑِﭑﻟﺪِّﻳﻦِ
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

ﺃَﻟَﻴْﺲَ ٱﻟﻠَّﻪُ ﺑِﺄَﺣْﻜَﻢِ ٱﻟْﺤَٰﻜِﻤِﻴﻦَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Thursday, September 22, 2016

10 Benda Mesti Buat di Cameron Highlands, Pahang.


  1. Ambil Heavy Breakfast – Wajib ada Strawberry Hot Chocolate sambil menikmati permandangan matahari terbit / ladang teh / kebun bunga.
  2. Jadi Pencinta Alam Sekitar Untuk 1 Hari – Pakai baju berwarna hijau. Banyakkan berjalan kaki atau berbasikal. Kurangkan penggunaan handphone. Rajinkan diri mengutip sampah dan masukkan ke dalam tong sampah (pastikan sentiasa memakai sarung tangan). Hirup udara segar.
    Seorang pencinta Alam mengutip sampah
  3. Berpakaian Yang Sesuai – Sentiasa pakai sport shoe / boot. Pakai seluar khakis yang tebal sedikit untuk mengelakkan kesejukan dan kecederaan ketika melawat mana-mana ladang atau kebun.
  4. Beli Bunga Lavender – Simpan dalam baju. Bunga ini boleh mengeluarkan bau harum yang menyenangkan. Elok untuk menghilangkan stress.
  5. Beri Burung Makan – Lokasi di Medan Makan Tanah Rata. Banyak burung merpati di situ. Kanak-kanak pasti sukakannya.
  6. Tangkap Gambar Gerai/Kedai – Ada banyak gerai dan kedai yang agak retro hiasannya. Jangan lepaskan peluang.
  7. Beli Madu Asli – Pilih 4 warna dan bentuk yang berbeza. Berhati-hati apabila beli madu, pastikan yang asli, kena banyak bertanya supaya tidak tertipu dengan Madu Sintetik. Apabila pulang ke rumah, susun di atas rak atau meja. Mesti cantik!
  8. Makan Malam Di Tepi Jalan – Sweet potato, BBQ (ayam, kambing, daging) dan hot
    chocolate. Mengenyangkan dan mampu memanaskan tubuh badan. Perfect combination!
  9. Melawat MARDI Cameron Highland – Ada banyak pokok-pokok pelik disana (cth: Periuk Kera). Tangkap gambar seberapa banyak yang boleh. Banyak snack yang jauh lebih murah di MARDI (bagi sesiapa yang menyukai snack). Disini juga boleh belajar cara berkebun. Boleh beli anak pokok. Ada kandang arnab dan burung. Rugi, kalau tak singgah sini.
  10. Shopping Untuk Cenderhati – Strawberry! Pastikan strawberry! Ada banyak jenis produk strawberry sekarang ini.  Ada kopi, teh, chocolate, hot chocolate, biskut, jeruk, jem, kordial dan macam-macam lagi. Semuanya berkaitan dengan Strawberry!


Wednesday, September 21, 2016

Doa Ketika Dilanda Masalah (Janganlah Mengharapkan Kematian)

Sahih al-Bukhori:5874

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

لاَ يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ الْمَوْتَ لِضُرٍّ نَزَلَ بِهِ, فَإِنْ كَانَ لاَ بُدَّ مُتَمَنِّيًا لِلْمَوْتِ فَلْيَقُلْ:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي, وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي. 

Dari Anas ra., dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

Janganlah salah seorang dari kalian berharap untuk mati karena musibah yang menimpanya, kalau dia memang menginginkan kematian, hendaknya ia mengatakan:

Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.

Pesan :

  1. Anjuran untuk bersabar ketika menghadapi musibah, dan tidak berputus asa dari rahmat Allah. 
  2. Doa yang diajarkan Rasulullah untuk meminta yang terbaik
via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Lima Kunci Ghaib

Sahih al-Bukhori:981

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِفْتَاحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ اللَّهُ:

لاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي غَدٍ, وَلاَ يَعْلَمُ أَحَدٌ مَا يَكُونُ فِي الأَرْحَامِ, وَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا, وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ, وَمَا يَدْرِي أَحَدٌ مَتَى يَجِيءُ الْمَطَرُ.

Dari Ibn Umar, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda:

Ada lima kunci ghaib yang tidak diketahui seorangpun kecuali oleh Allah: tidak seorangpun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari, dan tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi dalam rahim, dan tak satu jiwa pun yang tahu apa yang akan diperbuatnya esok, dan tak satu jiwa pun yang tahu di bumi mana dia akan mati serta tidak seorangpun yang mengetahui bila turunnya hujan.

Pesan :

Lima hal yang hanya diketahui oleh Allah:

  1. apa yang akan terjadi esok hari,
  2. apa yang ada dalam rahim,
  3. apa yang akan diperbuat oleh seseorang esok,
  4. dimana seseorang akan mati,
  5. bila turunnya hujan.


via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Thursday, September 15, 2016

Akhir Perjalanan Haji

Sahih al-Bukhori:1636

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:

أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلاَّ أَنَّهُ خُفِّفَ عَنْ الْحَائِضِ.

Dari Ibn Abbas ra., dia berkata:

Orang-orang diperintahkan agar menjadikan akhir dari perjalanan haji mereka di masjid haram dengan thawaf. Namun perintah ini diringankan bagi para wanita yang sedang mengalami haid.

Pesan :

Hukum thawaf wada' adalah wajib, namun diberikan keringanan bagi wanita yang sedang haid tidak wajib melakukan thawaf wada'.

via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Surah An Nahl, ayat 91 ( Tunaikan Janjimu)

ﻭَﺃَﻭْﻓُﻮا۟ ﺑِﻌَﻬْﺪِ ٱﻟﻠَّﻪِ ﺇِﺫَا ﻋَٰﻬَﺪﺗُّﻢْ ﻭَﻻَ ﺗَﻨﻘُﻀُﻮا۟ ٱﻷَْﻳْﻤَٰﻦَ ﺑَﻌْﺪَ ﺗَﻮْﻛِﻴﺪِﻫَﺎ ﻭَﻗَﺪْ ﺟَﻌَﻠْﺘُﻢُ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻛَﻔِﻴﻼً ۚ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﻣَﺎ ﺗَﻔْﻌَﻠُﻮﻥَ

Waawfoo biAAahdi Allahi itha AAahadtum wala tanqudoo alaymana baAAda tawkeediha waqad jaAAaltumu Allaha AAalaykum kafeelan inna Allaha yaAAlamu ma tafAAaloona

Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

#muslimpro muslimpro.com

Tuesday, September 13, 2016

Surah Ar Rad, ayat 11. (Setiap manusia ada malaikat penjaga)

ﻟَﻪُۥ ﻣُﻌَﻘِّﺒَٰﺖٌ ﻣِّﻦۢ ﺑَﻴْﻦِ ﻳَﺪَﻳْﻪِ ﻭَﻣِﻦْ ﺧَﻠْﻔِﻪِۦ ﻳَﺤْﻔَﻈُﻮﻧَﻪُۥ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ٱﻟﻠَّﻪِ ۗ ﺇِﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻻَ ﻳُﻐَﻴِّﺮُ ﻣَﺎ ﺑِﻘَﻮْﻡٍ ﺣَﺘَّﻰٰ ﻳُﻐَﻴِّﺮُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺑِﺄَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ۗ ﻭَﺇِﺫَآ ﺃَﺭَاﺩَ ٱﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻘَﻮْﻡٍ ﺳُﻮٓءًا ﻓَﻼَ ﻣَﺮَﺩَّ ﻟَﻪُۥ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﻟَﻬُﻢ ﻣِّﻦ ﺩُﻭﻧِﻪِۦ ﻣِﻦ ﻭَاﻝٍ

Lahu muAAaqqibatun min bayni yadayhi wamin khalfihi yahfathoonahu min amri Allahi inna Allaha la yughayyiru ma biqawmin hatta yughayyiroo ma bianfusihim waitha arada Allahu biqawmin sooan fala maradda lahu wama lahum min doonihi min walin

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

#muslimpro muslimpro.com

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...