Thursday, February 8, 2024

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil membebel, mengarah itu ini pada staff dia dan aku, aku duduk dan nganga mulut jelah.

Edinburgh, Doktor yang sedang mencabut gigi aku ni, kelulusan dari Universiti Edinburgh. Aku dapat tahu daripada sijil yang dibingkaikan pada dinding klinik. Doktor Dell, betul, namanya Dell dot dot.... aku ingatkan orang putih, rupanya orang Melayu biasa-biasa je. Gaya cakap pun macam orang kampung. Dell konon. Lantaklah.... dah nama, mak dan bapa dia yang bagi, aku ni siapa nak mempertikaikan nama orang. Asalkan gigi aku ni selamat dicabut.

Sebelum gigi aku kena cabut, aku tanya Doktor tu dulu.

"Doktor, cabut gigi, puasa batal tak?"

"Oh, awak puasa ye? Lagi bagus, sebab lepas ni, awak tak boleh makan apa-apa, puasa awak lak tak batal, sebab awak tak telan air, nampak ni? Ini penyedut, ia sedut air dalam mulut awak, supaya awak tak tertelan air," jawab doktor tu sambil tunjuk mesin penyedut air tu.

Sebenarnya.... dah lama dah gigi bongsu aku ni tumbuh. Selama ni, tak adalah rasa sakit sampai mengganggu otak. Kira boleh tahanlah. Bermula dari semalam, masa aku nak tidur, dah mula berdenyut-denyut. Sangka aku, bangun dari tidur nanti hilanglah rasa sakit denyut tu. Sangkaan aku meleset.... makin berdenyut. Tapi aku tetap teruskan rutin harian aku dan pergi kerja macam biasa. Pukul 10 pagi, aku dah tak boleh tahan dah. Apalagi, bagitahu Boss, isi borang, capai kunci dan cari mana-mana klinik gigi yang paling dekat, kesakitan gigi ni dah tak boleh bawa bincang dah.


Sekarang, dah empat jam masa berlalu, ubat bius dah hilang. Sakit, mula terasa balik dan darah pada tempat gigi aku tu masih tak berhenti keluar. Dah berganti-ganti kapas, sampai penuh plastik kecil aku buang. Darah tak berhenti lagi. Besar rupanya gigi bongsu aku, ingatkan kecil je. Sama besar dengan ibu jari aku ni. Tak hairanlah, darah tak henti sampai sekarang.

Yang sedapnya, aku ada lagi dua gigi bongsu yang sedang tunggu masa untuk dibuang. 😱

No comments:

Post a Comment

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...