2. Cerita Palsu. Scammer akan membuat pelbagai cerita. Jangan percaya cerita-cerita ini, kerana ini adalah perangkap.
3. Alamat. Scammer akan menggunakan alamat palsu. Tanya alamat dan google alamat itu tanpa buang masa. Sekiranya alamat itu tidak terdapat dalam Google Map. Ia adalah Scammer.
4. Licik. Agak sukar untuk mengelakkan perangkap Scammer ni. Paling senang nak detect, tulis je You are Scammer kat tempat korang chit chat tu (what'sapp, telegram dan sebagainya). Mereka akan terus berhenti. Percaya lah, ini paling mujarab.
5. Semua Nak Cepat. Scammer ni akan selalu update dengan mangsa. Selalu push dan memaksa-maksa, sebab diorang tak nak si mangsa dapat detect yang diorang ni Scammer. Jadi semua benda nak cepat, contoh : nak kahwin cepat, nak balik Malaysia cepat, kononnya tempat dia sedang berlaku peperangan.
Kita ni hidup di akhir zaman. Orang jahat makin banyak. Memang dah tahap out of control dah. Korang semua hati-hati ok. Minta perlindungan daripada Allah s.w.t. sebaik-baiknya. Kita tak tahu apa jenis bahaya, malapetaka dan kejahatan daripada manusia-manusia jahat ni nak buat pada kita. Kepada Allah kita bertawakkal. Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Semoga pengetahuan ini bermanfaat buat kalian.
No comments:
Post a Comment