Setiap kita perlu sentiasa merebut kesempatan yang dimiliki untuk menyediakan bekalan bagi persiapan hari mendatang. Jangan sekali-kali kita menangguhkan peluang yang diberi.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Hasry: 18)
INGAT!!!!
Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah
Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.
Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah
Hari ini pelaku maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah
Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah
Hari ini berpijak di atas tanah
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah
Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok yang ada hanya kereta jenazah
Hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah
Hari ini banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah
Hari ini kuatkan taat beramal ibadah
Moga esok masih istiqamah
Hari ini andai datang ketentuan Allah
Esok terimalah ia dengan tabah
Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.
Hari ini kita dalam takdir Allah
Esok hari hanya dalam ilmu Allah.
Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah.
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah
No comments:
Post a Comment