Wednesday, August 18, 2021

Lakukan Hari Ini Kerana Esok Belum Pasti

Setiap kita perlu sentiasa merebut kesempatan yang dimiliki untuk menyediakan bekalan bagi persiapan hari mendatang. Jangan sekali-kali kita menangguhkan peluang yang diberi.

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Hasry: 18)

INGAT!!!!
Hari ini masih kuat dan gagah
Mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah

Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah
Belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah. 

Hari ini realiti yang mesti dilalui dengan tabah
Kerana esok hari belum pasti boleh berubah

Hari ini pelaku maksiat berasa bangga dan megah
Esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah

Hari ini berpakaian baju dan jubah
Mungkin esok hanya kain kafan yang tiada lagi gah

Hari ini berpijak di atas tanah 
Boleh jadi esok sudah jadi penghuni dalam tanah

Hari ini berkenderaan serba mewah
Mungkin esok yang ada hanya kereta jenazah

Hari ini janganlah bermegah-megah
Kerana esok hanyalah harapan dalam pasrah

Hari ini banyakkan doa dan harap pada Allah
Semoga esok hidup dalam redha Allah

Hari ini kuatkan taat beramal ibadah
Moga esok masih istiqamah

Hari ini andai datang ketentuan Allah
Esok terimalah ia dengan tabah

Hari ini andai ada silap dan salah
Jangan tunggu esok untuk istighfar dan taubah.

Hari ini kita dalam takdir Allah
Esok hari hanya dalam ilmu Allah. 

Hari ini kita berukhuwah dan bermadah
Semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah.

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian

https://t.me/kapsul_tazkirah

Monday, August 16, 2021

Terima kasih Abah!

Betul ke negara kita ni teruk sangat? Ada  ke rakyat Malaysia ni yang mati kelaparan? Bermacam-macam cara dan strategi orang buat untuk menjatuhkan Perdana Menteri sendiri. Satu-persatu Perdana Menteri Malaysia ni bertukar ganti. Aku sudah bosan dengan dua manusia ini yang mana sejak dari zaman bangku sekolah aku lagi sudah bergaduh. Aku dah masak sangat dengan dua manusia ini. Yang hairannya, sudah terang dan jelas, mereka memang benar-benar tamakkan kuasa. Masih ada mempunyai pengikut. Ramai pula tu. Mereka tidak peduli pun dengan keadaan rakyat. Mereka hanya mahu kuasa. Kuasa Perdana Menteri apalah besar sangat. Besar dengan tanggung jawab adalah. Tak dapat menjalankan tanggung jawab dengan baik, kat kubur nanti kena azab. ⊙_⊙

Nampak sangat kita sudah berada di akhir zaman. 

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...