Monday, September 21, 2020

Rezeki Anugerah Allah

Rezeki yang kita milik adalah anugerah Allah. Ingatlah, rezeki setiap makhluk sudah ditentukan dengan adil mengikut kadar dan selayaknya. Allah Ta’ala berfirman,

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 27)

Ibn Katsir menjelaskan, “Allah memberi rezeki pada mereka sesuai dengan pilihan-Nya. Allah lebih mengetahui manakah yang lebih baik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang layak menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang dinilai layak menerimanya.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6: 553)

Justeru:

Jika rezeki datang kerana kerja keras, sewajarnya orang paling kaya adalah pekerja binaan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu bekerja, sewajarnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, sewajarnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, sewajarnya perdana menteri, presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Yang pasti, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah…

Oleh kerana itu, dalam mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya.

https://t.me/kapsul_tazkirah

1 comment:

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...