Monday, September 21, 2020

Rezeki Anugerah Allah

Rezeki yang kita milik adalah anugerah Allah. Ingatlah, rezeki setiap makhluk sudah ditentukan dengan adil mengikut kadar dan selayaknya. Allah Ta’ala berfirman,

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 27)

Ibn Katsir menjelaskan, “Allah memberi rezeki pada mereka sesuai dengan pilihan-Nya. Allah lebih mengetahui manakah yang lebih baik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang layak menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang dinilai layak menerimanya.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 6: 553)

Justeru:

Jika rezeki datang kerana kerja keras, sewajarnya orang paling kaya adalah pekerja binaan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu bekerja, sewajarnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, sewajarnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, sewajarnya perdana menteri, presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Yang pasti, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah…

Oleh kerana itu, dalam mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya.

https://t.me/kapsul_tazkirah

Friday, September 18, 2020

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Beruntunglah Orang Yang Asing

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing." (HR Muslim No: 208) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam dimulai dalam keadan asing (segelintir sahabat) sebagaimana keadaan di Mekkah dan di Madinah ketika awal-awal hijrah. Islam tidak diketahui dan tidak ada yang mengamalkan kecuali sedikit saja. Kemudian ia mula tersebar dan ramai masuk Islam berbanding agama lain.

2.  Islam akan kembali asing di akhir zaman, sebagaimana awal kemunculannya. Syariat Islam hanya diamalkan oleh segelintir orang yang taat seperti di zaman awal sahabat, padahal umatnya ramai. 

3.  Umat Islam yang mengamalkan sunnah dianggap asing, ketinggalan zaman, tidak mengikuti arus semasa dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan. Sementara cara hidup lain seperti budaya barat diangkat dan dipandang mulia dalam masyarakat.

4.  Orang Islam hendaklah sentiasa istiqamah di atas ajaran Islam serta memelihara diri daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyelewengan  yang menyebabkan pandangan negatif masyarakat terhadap Islam. 

5.  Beruntunglah orang yang asing (sedikit) kerana tetap berpegang kukuh dengan syariat Islam ditengah-tengah masyarakat yang lalai dan meninggalkan cara hidup Islam.

6.  Ibnu Ajlan: maksud ‘thuba lil ghuroba’ (beruntunglah orang yang sedikit) adalah, merekalah yang mendapat kebaikan terus menerus.  

7.  Rasulullah SAW memuji sikap mukmin yang istiqamah mengamalkan al-Quran dan al-Sunnah ketika masyarakat menjauhi dan memandang hina terhadapnya.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#SemarakUkhuwahMemacuPerubahan
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 

18hb Sept 2020
30hb Muharam 1442H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam Bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...