Sunday, August 30, 2020

Lagu Lama Orang Dahulu (in progress)

Hikayat yang lama dikenang kembali
Kisah nak dara berilmu bestari
Tiga beradik jelita dan baik
Sulung dan bongsu sudah pun dipetik

Tinggallah seorang nak dara yang satu
Namun tak hirau walaupun dicemuh
Sudah dikenali diseluruh kampung
Mahir berkata mahir menyembuh

Nak dara ini bukanlah sebarangan orangnya
Bijak perhati ragam manusia

Berganti hari berganti purnama
Dipanggil menghadap Sultan Melaka
Segala ilmu didalam dada
Sudah tersemat sedia siaga

Aduhai sayang seribu kali sayang
Terasing kediri ke hutan selama-lamanya

Insyallah, suatu hari nanti......

Perkara ini benar-benar berlaku dalam hidup aku.

Suatu hari, di sebuah pusat beli-belah. Aku dan anak aku berjalan-jalan selepas menikmati makan tengahari. Oleh kerana kekenyangan, Anas berlari-lari keriangan. Tiba-tiba Anas berhenti berlari dan memanjat palang ditepi sebuah restoran. Agak lama juga dia bertenggek diatas palang itu, seolah-olah dia sedang melihat sesuatu dicelah-celah pokok itu. Aku pun pergi mendapatkannya seraya ingin tahu apa yang sedang dilihatnya.

"Anas...." Aku memanggil namanya sambil memegang bahunya.

Aku terlihat ada sebuah keluarga duduk semeja, ketawa riang makan bersama. Anas menoleh ke arah ku lalu bertanya.

"Ibu, bila boleh kita makan macam tu?

"Kita kan baru lepas makan? Apa maksud Anas?

"Makan sama-sama, ada ayah, ada nenek, ada kakak, ada abang, ada adik...."

Aku terus peluk Anas dan dukung dia lalu beredar dari situ. Tanpa aku sedari, air mata aku juga mengalir. Dalam keadaan menangis, aku kuatkan diri untuk menjawab.

"Insyallah, Anas. Suatu hari nanti...."


Monday, August 17, 2020

Aku in the Middle

Cinta. Satu perasaan yang RUMIT. Sukar untuk meluahkan tetapi mahu diluahkan. Adakala menggembirakan, adakala menyakitkan. Apabila tiada, sunyi. Apabila ada, huru-hara.

Aku bukan ingin mengatakan aku dilamun cinta. Tidak. Belum tiba masanya lagi. I have mission! Aku cuma mahu menceritakan bahawa aku berada ditengah-tengah manusia yang ingin bercinta. Naik geli pun ada, cemburu pun ada. Tetapi kenapa aku yang jadi mangsa keadaan? Begini ceritanya, aku ada rakan sepejabat. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Di tempat kerja aku juga ada department QA, berlainan pejabat tetapi dalam satu bangunan. Di department tersebut juga ada seorang lelaki dan juga seorang perempuan. Yang si perempuan kalau terjumpa aku selalu bertanya tentang lelaki sepejabat aku. Yang si lelaki pun kalau terjumpa aku selalu bertanya tentang perempuan sepejabat aku. Mula-mula aku jawab ala kadar je, lama-lama aku dah rasa lain macam. Aku pun mula slow talk dengan lelaki sepejabat aku. Aku cakap, "Kalau nak bercinta jangan melalui aku boleh tak?". Terkejut hamba Allah ni bila aku bercakap macam tu. Untuk rakan perempuan aku ni pula, aku tolong sikitlah sebab dia perempuan tambahan dia ni boleh tahan pemalu orangnya. Persoalannya kenapa Aku in the Middle? Aku sendiri tak tahu apa nak buat dan apa nak jawab apabila ditanya soalan tentang Si Dia buat apa? Sihat ke tak? Cuti buat apa? Yang aku tahu, aku buat je kerja aku kat pejabat tu. Lagi berfaedah.

Saturday, August 1, 2020

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020

Assalamualaikum semua.... 
Selamat hari raya Aidil Adha.... 
Saya berharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan juga mengamalkan norma baru sempena mengelakkan penularan wabak Covid19. Sama-sama kita jaga kita. Ingat beraya, beraya juga, tetapi keselamatan juga perlu dijaga. Kepada yang sibuk dengan ibadah korban. Alhamdulillah... Terima kasih atas pemberian daging korban 😊. Mohon maaf dipinta jika ada terkasar bahasa. Semoga kita semua kekal bahagia disamping keluarga hingga ke syurga. Amin.... 

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara? A.     F.        C.                         G.  Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara? A.     F.   ...