Wednesday, January 1, 2020

Alhamdulillah...Its 2020!

Alhamdulillah.

Capai juga usia aku pada tahun 2020 ni.
Capai juga beberapa matlamat hidup aku selama ini.
Banyak juga kegagalan (kebanyakannya kegagalan) dan kejayaan yang aku kecapi selama aku hidup ini. Namun aku bersyukur, musibah yang aku hadapi tidaklah sebesar mana musibah yang orang lain hadapi. Dan aku bersyukur juga kerana aku tidak dimanjakan sewaktu membesar bersama adik-beradik aku yang lain. Kesannya dapat dilihat sekarang, akibat terlalu dimanjakan dan tidak dimanjakan langsung. Ternyata amat berbeza karakternya dan cara hidupnya. Aku tak nak cerita apa-apa ciri dan apa-apa kesannya dari dimanjakan dan tidak dimanjakan. Belum tiba masanya lagi. Walaubagaimanapun, aku bersyukur, aku tidak dimanjakan.

No comments:

Post a Comment

Aku buat komik pakai Ai

Agak lama jugak lah aku tak menulis kat dalam blog aku ni. Tak ada apa nak tulis sebenarnya, tak ada cerita. Hidup aku pun macam orang lain ...