Saturday, October 18, 2025

Novel : KABAYAN



Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Pada mulanya, saya menulis cerita ini hanya sekadar suka-suka, untuk hiburan diri sendiri. Lama-kelamaan makin banyak pula isi kandungannya. Bermula dari kertas conteng hingga ke buku nota dan seterusnya ke komputer. Saya juga tidak sangka dapat menulis dengan sebegini banyaknya.

Rasanya tidak perlu saya bercakap banyak. Sila tekan link dibawah untuk melihat 10 muka surat pertama novel saya.

https://heyzine.com/flip-book/070892f58a.html

Dan sekiranya berminat untuk membeli novel e-book saya ini. Sila tekan link dibawah untuk pembelian.

https://kinaziz.onpay.my/order/form/kabayan1

Terima kasih kerana sudi membeli.

 

Aku yang sekarang...

Agak lama juga aku tidak menulis didalam blog aku ni....
Aku memang sengaja menghilangkan diri. Banyak sangat benda kena diuruskan.
Aku baru saja mendirikan rumahtangga, pindah rumah, anak pun pindah sekolah dan kerja pun... tak lama lagi kena cari baru kot.

Kehidupan aku makin sibuk, tetapi aku masih lagi berkarya.
Aku tulis novel. 😋

Sebab itu aku langsung tak dapat nak luangkan masa menulis blog.
Aku dah siapkan novel aku, tetapi masih struggle nak cari jalan buat duit melalui novel aku ni.
Aku dah hantar manuskrip ke mana-mana syarikat penerbitan tetapi masih belum ada respon.
Aku agak buntuh. Mungkin sudah tiba masanya aku memperkenalkan novel aku di dalam blog aku sendiri. Tetapi aku masih takut terhadap penerimaan netizen terhadap novel aku.
Well.... aku bukan sesiapa....
Siapa yang mahu baca novel karya seseorang yang tidak ada apa-apa?

Akan tetapi, tidak salah kan? Kalau aku cuba?

Wednesday, July 10, 2024

Iltizam

Hei! Dunia! Adakah ini hanya sementara?
A.     F.        C.                         G. 
Hei! Dunia! Benarkah kita kan dibicara?
A.     F.        C.                         G. 
Sehari semalam Azan berkumandang 
A.     F.        C.                         G. 
Menenangkan jiwa, menerangkan hati ❤️
A.     F.        C.                         G. 
Ku masih terleka diselangi alpa
Ku akui.... Ku akui....

Ku terdengar.....suara.... memanggil diri ini...!
A.     F.        C.                         G. 
Ku terdengar.....suara.... memuji kebesaran..!
Ku terdengar.....suara.... menunaikan kewajipan...!
Ku terdengar.....suara.... menuju kejayaan..!

Hei! Kawan! Solat dan sabar itu jawapannya 
Hei! Kawan! Biarlah azan terus berkumandang!
Dibalik selimut, masih nyenyak tidur,
Bangunlah segera, menghadap Tuhan mu,
Bersihkan diri mu, sempurnakan wuduk,
Kau takkan rugi, takkan rugi...

Ku terdengar.....suara.... memanggil diri ini...!
Ku terdengar.....suara.... memuji kebesaran..!
Ku terdengar.....suara.... menunaikan kewajipan...!
Ku terdengar.....suara.... menuju kejayaan..!

Iltizam, teruskan berazam,
Inilah masanya, jangan pernah lepaskan,
Kau harus tabah! Teruskan bersabar!
Usah kau terleka, jangan kau terleka….     3x


Tuesday, April 30, 2024

Bebaskan Aku (in progress)

Ku ingin terbang..... Bebas....
Ke langit.... Yang luas...
Bagaikan helang... Melayang....
Di awana..... Biru....
Fikirkan yang tenang
Impikan yang senang
Ciptakan sesuatu kemenangan.....

Bebaskan aku dari belenggu ini
Ku ingin bebas dan berlari 
Bebaskan aku dari penjara ini 
Ku ingin pergi dari sini
Bebaskan aku wohh
Biarkan aku terbang tinggi 
Bebaskan aku.... bebaskan aku....

Bagai mentari.... Menyerlah....
Sinari.....dunia...

Thursday, February 8, 2024

Cabut Gigi

Ok, aku baru lepas cabut gigi tadi. Sakit semasa kena suntikan bius. Lepas tu, kebas dan tak rasa apa-apa. Doktor pun buat kerja sambil membebel, mengarah itu ini pada staff dia dan aku, aku duduk dan nganga mulut jelah.

Edinburgh, Doktor yang sedang mencabut gigi aku ni, kelulusan dari Universiti Edinburgh. Aku dapat tahu daripada sijil yang dibingkaikan pada dinding klinik. Doktor Dell, betul, namanya Dell dot dot.... aku ingatkan orang putih, rupanya orang Melayu biasa-biasa je. Gaya cakap pun macam orang kampung. Dell konon. Lantaklah.... dah nama, mak dan bapa dia yang bagi, aku ni siapa nak mempertikaikan nama orang. Asalkan gigi aku ni selamat dicabut.

Sebelum gigi aku kena cabut, aku tanya Doktor tu dulu.

"Doktor, cabut gigi, puasa batal tak?"

"Oh, awak puasa ye? Lagi bagus, sebab lepas ni, awak tak boleh makan apa-apa, puasa awak lak tak batal, sebab awak tak telan air, nampak ni? Ini penyedut, ia sedut air dalam mulut awak, supaya awak tak tertelan air," jawab doktor tu sambil tunjuk mesin penyedut air tu.

Sebenarnya.... dah lama dah gigi bongsu aku ni tumbuh. Selama ni, tak adalah rasa sakit sampai mengganggu otak. Kira boleh tahanlah. Bermula dari semalam, masa aku nak tidur, dah mula berdenyut-denyut. Sangka aku, bangun dari tidur nanti hilanglah rasa sakit denyut tu. Sangkaan aku meleset.... makin berdenyut. Tapi aku tetap teruskan rutin harian aku dan pergi kerja macam biasa. Pukul 10 pagi, aku dah tak boleh tahan dah. Apalagi, bagitahu Boss, isi borang, capai kunci dan cari mana-mana klinik gigi yang paling dekat, kesakitan gigi ni dah tak boleh bawa bincang dah.


Sekarang, dah empat jam masa berlalu, ubat bius dah hilang. Sakit, mula terasa balik dan darah pada tempat gigi aku tu masih tak berhenti keluar. Dah berganti-ganti kapas, sampai penuh plastik kecil aku buang. Darah tak berhenti lagi. Besar rupanya gigi bongsu aku, ingatkan kecil je. Sama besar dengan ibu jari aku ni. Tak hairanlah, darah tak henti sampai sekarang.

Yang sedapnya, aku ada lagi dua gigi bongsu yang sedang tunggu masa untuk dibuang. 😱

Wednesday, December 20, 2023

Stick to the Plan

Aku sepatutnya stick to the plan yang pernah aku rancang sebelum ini.
Belajar hidup menyendiri.
Tapi rupa-rupanya aku tidak mampu hendak hidup bersendirian.
Plan aku tidak menjadi.
Lagu-lagu ciptaan aku tidak menjadi.
Buku karya aku tidak menjadi.
Angan-angan aku untuk jadi isteri orang pun tidak menjadi.
Dosa aku terlalu banyak, mungkin.
Aku tidak cukup berusaha, mungkin.
Aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada, mungkin.
Aku terlalu berfikir sampai hari kiamat, mungkin.
Sebab aku hidup bersendirian!!!!

Aku cuma mahu hidup biasa macam orang biasa.
Tetapi aku sendiri yang tidak dapat hidup seperti orang biasa.
Mungkin aku sudah lama sangat bersendirian sehingga aku sendiri tidak tahu cara hidup berkeluarga.
Tiada sesiapa pun yang boleh masuk kepala dengan aku.
Aku terpaksa bersendirian dan aku harus terima hakikat ini.
Stick to the plan, belajar hidup bersendirian, bersabar dan lihatlah nanti. Apakah hikmah yang Allah nak beri.
Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk diri ini.....

Saturday, November 4, 2023

Pesanku kepada semua Ibu Tunggal

Pergilah sembahyang Subuh berjemaah di surau atau masjid. Kenapa?
1. Allah SWT akan menjaga kita sepanjang hari itu. Betul! Ini betul-betul terjadi kepada diri penulis sendiri. Allah SWT akan protect kita daripada nak kena scam, nak kena tipu, nak bergaduh, nak berbuat sesuatu kejahatan dan segala benda yang tidak baik. Allah SWT jaga kita dari segi luaran dan dalaman kita. Seolah-olah ada shield 🛡️ yang boleh melindungi kita sepanjang hari.
2. Anak-anak kita pun semakin baik perangainya. Lebih-lebih lagi anak lelaki, kerana ada ramai pakcik-pakcik yang rajin menegur budak-budak ni suruh solat betul-betul, suruh kemas-kemas sejadah, buang sampah dan bersih-bersihkan masjid. Secara tidak langsung anak-anak kita terdidik tanpa kita perlu menjerit, marah-marah dan naik angin. 
3. Jangan risau, suasana masjid sekarang adalah lebih mesra muslimah. Tidak bertembung pun dengan jemaah lelaki. Namun muslimah digalakkan menjaga aurat dan akhlak serta tidak berwangi-wangian secara berlebih-lebihan. Cubalah sedaya upaya menjauhi apa-apa fitnah.
4. Murah rezeki. Ada sahaja rezeki datang, terutama sekali apabila kita betul-betul dalam keadaan susah. Kadang-kadang ada sahaja benda yang membantu tatkala kita betul-betul memerlukan pertolongan.

Thursday, October 26, 2023

Pengorbanan

Aku perlu pergi dari sini, sungguh...
Seinci yang ada pada aku diperhatikan dan dicari salah....
Uuuhhh dahsyatnya mereka mencari kesalahan aku sehingga membuatkan aku tidak sempat bernafas....
Aku semakin penat dengan masalah-masalah ini...
Semakin lenguh bahu aku menahan beban-beban ini....
Ingin saja aku berlari ke bumi yang sedang bergolak dengan peperangan sekarang ini....
Biarlah badan aku yang menahan peluru....
Biarlah aku yang terkorban di sana.....
Izinkan diri ini berjihad, wahai Tuhan....
Aku semakin tidak berguna berada di sini....
Untungnya saudara Islam kita di sana....

Sekejap....
Sedangkan beban disini pun aku sudah berputus asa, apatah lagi hendak menanggung beban disana yang memerlukan kekuatan rohani dan Iman serta fizikal....
Tempat tinggal diambil, keluarga dibunuh, makanan, minuman dan pakaian tidak cukup, tidur dalam ketakutan, tiada masa untuk berhibur, tiada masa berseronokkan bersama ahli keluarga.
Buka mata, ada kematian yang berlaku.
Tutup mata, rupanya yang tadi bukan mimpi.
Aku sedar aku harus bersyukur,
Tetapi jiwa ini tidak tenang selagi badan ini tidak berbuat apa-apa pengorbanan untuk agama.

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...