Sunday, July 31, 2016

Uthman bin Affan : Pengumpul Al-Quran

Hari ni saya baca buku ini pulak. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Dimana kehidupannya bermula ayahnya meninggal ketika dia masih kecil dan ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang suka berpoya-poya. Habis segala harta yang ditinggalkan oleh bapanya dikerjakan bapa tiri, Uthman bin Affan belajar berniaga sehingga dia benar2 mahir...

Panjang sebenarnya hendak diceritakan tentang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ini. Bacalah bukunya, gerenti puas hati.

Saturday, July 30, 2016

Emily the Strange : The Lost Day

Saya beli buku ni dah lama dah. Tapi hari ni saya baca balik. Teringat zaman fesyen gothic dulu2. Kelakar...

Friday, July 29, 2016

Solar Cooking

Anda tahu apa itu Solar Cooking?
Solar Cooking ialah salah satu kaedah memasak tanpa menggunakan bahan api seperti gas, kayu api dan elektrik. Ia menggunakan Tenaga Matahari sebagai sumber utama haba kepada makanan yang hendak dimasak. Menarik bukan?
Dibawah ada beberapa contoh Solar Cooking yang sudah menjadi rutin biasa diluar negara. Mungkin Malaysia juga boleh mengamalkannya, malah patut mengamalkanya.














Jika anda ingin DIY Solar Cooking, mungkin link ini mampu membantu anda. Membuat-dan-Menggunakan-Oven-Surya

Wednesday, July 27, 2016

Rahsia Kekal Muda

  1. Makan dan minum dari rezeki yang Halal. Dari pekerjaan yang Halal.
  2. Jangan tinggal Solat, jangan sesekali tinggalkan Solat.
  3. Amalkan bacaan Al-Quran (walaupun hanya 1 muka surat sehari) dan fahamkan maknanya.
  4. Amalkan bacaan Hadis (walaupun hanya 1 Hadis sehari) dan fahamkan maknanya.
  5. Amalkan permakanan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
  6. Biasakan Puasa Sunat Isnin dan Khamis.
  7. Tidur awal dan bangun awal setiap hari.
  8. Beribadat di tengah malam.
  9. Jangan tidur selepas Solat Subuh & Solat Asar, gantikan dengan aktiviti riadah.
Saya baru dapat melaksanakan sedikit daripada diatas. Insyallah, saya akan cuba lagi melakukan sepenuhnya. Amin....

Selamat Mencuba!

8 Senarai Buku Sejarah Perang Patut Dibaca

Assalammualaikum semua sahabat-sahabat,

Maafkan diri ini yang sudah lama tidak meringankan jari-jemari mengetuk-ngetuk papan kekunci, mengemaskini blog yang semakin usang ini. Amboi, sungguh madah berirama ayat yang aku sampaikan kali ini. Ya, sudah lama benar. Aku amat kesibukan kebelakangan ini. Sibuk menghabiskan masa membaca buku, menguruskan keluarga, menyelesaikan projek, beribadah di bulan-bulan Mulia, menghadiri Majlis-majlis Hari Raya dan baru hari inilah aku kelapangan. Di kelapangan ini jugalah, aku baca akhbar-akhbar harian. Seperti biasa, isu Politik, isu Perang Zionis+Israel+Paletin+Syria, isu Serangan Pengganas Militan (dulu ISIS sekarang Daesh), isu Selebriti nak kahwin (punyalah kecoh, macam orang lain tak pernah kahwin). Haih...(mengeluh kebosanan)...... Ada baiknya, sesiapalah yang sedang membaca blog ini, jika ada masa yang terluang, sudi-sudilah membaca buku-buku yang bermanfaat seperti dibawah ini. Daripada buku-buku seperti inilah kita akan faham mengapa sesetengah negara ini berperang, bergolak dan tidak bersatu. Saya tidak boleh bercakap banyak, kerana saya bukanlah seorang Professor. Namun saya juga bukanlah seorang manusia yang suka bercakap tentang perkara yang sia-sia. Biarlah buku-buku ini yang bercakap, kita pula mendengarkannya. Kemudian, Tepuklah Dada, Tanyalah Selera.


1. Perang-perang yang Benar


2. Salahudin Ayubi

3. Sultan Muhammad Al-Fateh

4. Khalid bin Al-Waleed

5. Mustapha Kamal Attaturk

6. Setelah Roboh Kota Melaka
7. Khalifah-khalifah Yang Benar

8. Leftenan Adnan

Wednesday, June 8, 2016

Tidurlah Anakku....

Tidurlah anakku tidurlah
Tidurlah Khairunnas tidurlah
Jadilah anak yang bertaqwa
Tidurlah anakku tidurlah...

Khairunnas dengarlah nasihat
Nasihat ibumu yang satu
Jagalah Solat dan Al-Quran
Pembimbing dunia akhirat

Tidurlah anakku tidurlah
Tidurlah Khairunnas tidurlah
Jadilah anak yang bertaqwa
Tidurlah anakku tidurlah...

Tidurlah anakku tidurlah...

Tuesday, March 22, 2016

Jom! Kita pergi mengembara!


Mahram



Solat Song

Allahumma solawasalam...
Solu a'la nabi, solu a'la rosul...2x

Solat itu tiang agama,
Sehari semalam,
Lima waktunya...

Solat itu pembentuk ummah,
Membentuk akhlak,
Akhlak mulia...

Solatlah yang membezakan
antara Islam dengan yang lain...
Solatlah yang memantapkan,
Keimananmu, ketaqwaanmu....

C/o :
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
As-solatu khairun minna na'umااَلصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Haiya alal Falah....حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Haiya alas Solah... حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ ، حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Ending :

Ash ha du anna illaha illAllah,أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّاللهُ
Wa ash ha du anna Muhammadur Rasullullah...3xاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ

Tuesday, January 19, 2016

Sahabat 2016


Aku sudah tua, sudah berumur 30-an. Banyak perkara yang telah aku pelajari dalam tempoh hidup ini. Dan salah-satunya ialah erti sebuah persahabatan. Terus-terang, aku telah buang semua kawan-kawan aku. Dalam erti kata lain aku tak perlukan mereka lagi. Lagipun, sudah bertahun handphone aku tidak berbunyi. Jikalau berbunyi pun, ia dari ahli keluarga aku.

Aku dah patah hati dengan kawan-kawan aku yang hanya mahu ketawa bersama, tetapi apabila menangis lain-lain haluannya. Namun 2015 sudah berlalu, 2016 pula membawa perubahan. Sahabat, ia tidak perlu dicari, ia akan datang sendiri. Mereka ada disekeliling kita rupa-rupanya. Mereka adalah ahli keluarga kita, rakan sepekerjaan kita dan orang-orang yang boleh dipercayai disekeliling kita. Apa yang perlu kita buat hanyalah jaga hati dan perasaan mereka, bantu mereka ketika mereka memerlukan bantuan dan hiburkan hati mereka ketika mereka gusar atau gundah-gulana. Lakukanlah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Jangan risau, ingatlah segala kebaikan yang kita buat, Allah s.w.t yang akan membalasnya.

Persahabatan itu tidak memerlukan perasaan cinta yang mendalam, tetapi ia memerlukan kerjasama, kepercayaan antara satu sama lain dan semangat kesetiaan dimana saat susah kita hadapi bersama dan apabila saat gembira kita tersenyum dan ketawa bersama. Nampaknya aku tidak perlu susah-susah cari kawan daripada internet. Aku sudah ada kawan didepan mata. Syukur Alhamdulillah…aku sedar akhirnya….

Thursday, November 26, 2015

Anak-anak Jalanan...

Melepaskan diri dari azab dunia!
Anak-anak jalanan....

Menadah tangan demi sesuap nasi
Meneruskan legasi

C/o:
Ini semua bukan salahmu....
Kesilapan terdahulu....
Kau perbaiki semua segala....
Namun tiada yang pulih....

Meredah malam mencari kebahagiaan!
Tak mengerti bahaya... 

Berlari-lari bergelak riang ketawa
Hiburan yang terbaik

C/o:

Bground sound:
Ini hidupku, cara hidupku (berulang-ulang)

Anak Ikan Dimakan Undan

C/o Anak ikan dimakan undan la la la 4x

Semua ditelan, apalah yang tinggal....
Hilanglah sumber warisan....(ayong!)
Alahai, Tuan dan Puan, apalah nak jadi...
Takkan duduk, menung saje.....

Ulang C/o.

Mana pejuang, manalah penentang...
Bila perang, siapa yang ke depan?

Thursday, September 10, 2015

Doa Memulakan Pekerjaan


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ اَسْٮَٔلُكَ مِنْ خَيْرِ هٰذَالْعَمَلِ وَخَيْرِمَافِيْهِ. وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهٰذَالْعَمَلِ وَشَرِّمَافِيْهِ. اِنَّكَ عَلىٰ كُلِّ شَيئٍ قَدِيْرٌ.


Ya Allah, aku mohon pada-Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada didalamnya, dan aku berlindung pada-Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada didalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang Maha Berkuasa menentukannya.


Doa Mengakhiri Pekerjaan

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ عَمَلِيْ وَنَفْسِيْ وَتَوَّكَلْتُ عَلَى اللهِ.

Ya Allah, aku serahkan pada-Mu pekerjaanku dan jiwa raga ku, dan aku bertawakkal kepada Engkau Ya Allah.

Tuesday, September 8, 2015

Doa Cari Jodoh

Salam,

Hi Semua! Mesti para pembaca tertanya kenapa aku terbitkan Doa Cari Jodoh ni kan. Oklah, dipendekkan cerita, bulan lepas aku terjumpa kawan lama kat Econsave Senai. Umur dah 30, sama dengan aku, tapi belum kahwin. Dia minta tolong aku carikan jodoh, kebetulan aku ada belajar tang cara-cara nak cari jodoh, dari Internet dan juga beberapa orang kenalan. Orang-orang ni suruh aku amalkan supaya aku dapat jodoh untuk diri aku sendiri, masalahnya aku sendiri belum bersedia.
Berbalik kepada kawan aku yang andartu ni, aku pun ajarkan sedikit sebanyak apa yang aku tahu. Ada macam-macam cara sebenarnya, ikut je la apa yang ada kat bawah ni. Semoga ia membantu, selamat mencuba!

Friday, August 28, 2015

Dimana Ayah?

Tidak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba anak aku berlari-lari ke arahku sambil menangis-nangis.
“Ibu, ibu...erm..erm..”, raungnya sambil memeluk erat tubuhku.
“Kenapa sayang?”, tanyaku dengan lembut.
“Kawan-kawan abang cakap, abang tak da ayah” Naik mendidih seluruh darah dari tubuhku sebaik sahaja aku mendengar aduan anak aku. Sampai hati mereka menyakitkan hati anak kecil ini. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku cabut gigi-gigi budak-budak yang telah mengganggu anak kecil ini. Namun, apabila melihat anak aku menangis , aku pun tidak dapat menahan airmata yang sudah bergenang di mata ini.
“Apalagi yang kawan-kawan abang cakap pada abang?”, tanyaku lagi.
“Ayah abang tak suka abang, tak suka ibu. Sebab itu, ayah tinggalkan kita....”
Astaghfirrullah hal’azim.....besar sungguh dugaan si anak kecil ini. Aku mengusap-usap lembut kepala anakku, seraya membantunya menenangkan diri.
“Ibu...” Tiba-tiba anakku bersuara.
“Ya, sayang, apa dia?”
“Mana ayah?” Aku terkesima. Walhal, aku sudah jangka, suatu hari nanti pasti anak aku akan bertanya tentang ayahnya. Tetapi, aku jangka apabila anak aku sudah berumur 7 atau 10 tahun bukan berumur 5 tahun.

“Jom! Abang, kita duduk atas buai,” Segera aku matikan apa-apa yang sedang aku masak tadi. Sudah tiba masanya untuk aku menerangkan sesuatu kepada anak aku. Nak terangkan sesuatu yang drastik ini, mesti kena pada tempatnya. DAPUR, amatlah tidak sesuai. Ada pisau, ada batu lesung, ada api dan macam-macam lagi benda yang berbahaya.
Anak aku dan aku pun duduk diatas buaian sambil memandang ke arah pokok-pokok di halaman rumah. Ada rama-rama berterbangan dan anak-anak kucing sedang bermain-main sambil diperhatikan ibu kucing. Tenang sedikit dari suasana dapur.
“Ibu, ayah mana?” Tanya anak aku lagi. Sifat ingin tahunya sudah mengatasi kesabarannya.
“Abang, sebenarnya ibu tidak tahu kemana ayah abang pergi. Entah hidup, entah mati, ibu tak tahu. Abang, ayah abang dulu adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi sayang, ayah abang berubah sedikit demi sedikit sejak berkawan dengan orang-orang jahat,”
“Orang jahat?!” Sergah anak aku. Alamak, aku bimbang aku sakitkan hati anak aku. Ya Allah, kurniakanlah aku kebijaksanaan bertutur kata. Amin.
Anakku 
“Erm, abang tahu ciri-ciri orang jahat? Orang jahat tu macamana?”
“Tau! Orang jahat tu nanti polis tangkap,” Alahai jawapan daripada budak kecil, mesti dari pengaruh TV ni.
“Betul, tapi kenapa orang jahat kena tangkap?” Aku bertanya lagi.
“Erm, sebab mencuri?”
“Betul, lagi?” Anak aku mengangkat kedua-dua bahunya sambil menggelengkan kepala, tanda tidak tau.
“Orang jahat selalu menipu, hasad dengki, bercakap tentang benda-benda tak elok, suka sakitkan hati orang, mementingkan diri-sendiri, menyeksa orang, menyeksa binatang.....”
“Banyaknya....” Anak aku memotong kata-kataku, pening agaknya.
“Memang banyak...kalau ibu nak terangkan lagi, sampai umur abang 21 tahun pun tak habis-habis,”
“Jadi, macamana abang nak jumpa ayah?” Kali ini, aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Sambil menanamkan benih sabar.

“Abang, bukanlah tanggungjawab abang untuk mencari dan berjumpa dengan ayah. Sebaliknya, ayahlah yang kena pikul tanggungjawab mencari dan berjumpa dengan abang. Kerana abang masih kecil. Apa yang abang perlukan sekarang adalah didikan agama, makanan yang sihat dan botol susu!” Aku bergurau dengan cuba merampas botol susu daripada tangan anak aku. Tak dapat. Anak aku lagi cekap mempertahankan botol susunya. Sudah terukir sikit senyuman diwajahnya.
“Tapi kawan-kawan abang semua ada ayah, abang takda,” Wajahnya kembali muram.
“Kalau begitu, nanti bila ayah diorang dah tua, diorang pula kena jaga ayah diorang, macam dalam TV tu,” Tiba-tiba aku dapat idea.
“Ha’ah lah...macam ibu kena jaga atok. Eh! Ibu pun kena jaga nenek kan,” Akhirnya, anak aku dapat dipujuk.
“Shi-shi, yak-yak pun ibu kena bersihkan tau,” Tambah aku lagi sambil menunjukkan muka sedih.
“Eeee....shi-shi, yak-yak, busuk.... nanti abang dah besar, abang jaga ibu jelah, sebab ayah tak da!”
“Betul! Subhannallah, bijaknya anak ibu. Nanti kalau kawan-kawan abang kacau, abang nak buat apa?” Soalku lagi.
“Erm.....” Anak aku berfikir panjang. Namun tiada jawapan.
“Abang cakaplah, nanti awak dah besar, awak kena jaga ayah dan ibu, abang jaga ibu abang je,” Sampuk aku membantunya berfikir.
“Ok, nanti abang cakap macam tu,” Balas anak aku sambil memeluk aku. Aku peluk erat si anak kecil ini. Kasihan, seorang anak yatim yang bijak.
“Ibu....nanti, bila ibu dah tua. Ibu janganlah shi-shi dan yak-yak...” Sempat anak aku bisik ke telinga aku sebelum dia leraikan pelukan dan terus masuk ke dalam rumah. Yang ini, aku malas nak komen. Tamat.


Wednesday, August 26, 2015

Segalanya Untuk Kucing


Kebelakangan ini, dah macam trend aku tengok Kedai Kucing dah mula bersepah, merebak ke seluruh Bandar Johor. Termasuklah satu kedai ni, 80% printing design dalam kedai ni aku buat. Seronok aku buat design untuk kucing-kucing ni. Hari-hari tengok kucing, agak release tension sikitlah. Walaupun aku design, tapi idea bukan aku punya idea. Idea aku semua kena reject, so kalu korang nak kutuk, kutuklah.

Walaubagaimanapun, aku tetap bangga. Dah banyak rupanya, hasil kerja aku masuk surat khabar. Alhamdulillah....


Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya 2015


Salam, semua.....

Syukur Alhamdulillah.....raya kali ini dapat disambut secara sederhana.
Kesan daripada GST, keh keh keh.....

Tuesday, June 9, 2015

Dimanakah ANAK anda sekarang?

Kebelakangan ini banyak betul perkara-perkara menyayat hati berlaku kepada anak-anak kita di luar sana. Dah tiba masanya Hukum Hudud dilaksanakan.






Kesimpulannya, zaman sekarang semuanya semakin bahaya. Lindungilah anak anda serta amalkan ajaran Agama Islam. Insyallah, anak-anak kita akan selamat.

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...