Tuesday, July 1, 2014

Allah Bersamamu (Untukmu Palestin)

Kibarkan panjimu
Jangan letih
Walau.... kau terluka

Hentikan tangismu
Ayuh bangun
Walau.... kau berduka

Syurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu.....

Korus:
Jangan gentar, jangan goyah
Allah ada bersamamu

Sayang jangan, berputus asa
Allah selalu bersamamu

Pertahankan tanah airmu
Wahai para pejuang

Bersabarlah, wahai teman
Allah tetap bersamamu

oooo..iyeah..oooo...Allah kan bersamamu....
  
Teguhkan hatimu
Jangan takut
Ayuh....berjuanglah

Tetapkan hatimu
Jangan gugur
Allah....kan bersamamu

Syurga kan menanti
Janji yang pasti
Selagi kau sujud kepada yang Satu....

Wednesday, June 4, 2014

Tekanan Darah Rendah 3

Setelah beberapa perkara berlaku kepada aku, aku buat sedikit Research tentang rawatan penyakit Tekanan Darah Rendah. Ada beberapa petua yang boleh diikuti:
  1. Jangan bersilang kaki ketika duduk. Amalkan memakai stokin untuk mengelakkan kesejukan. Jika anda kesejukan, pergi ke tempat yang tidak sejuk seperti luar pejabat. Elakkan dari tempat yang berhawa dingin.
  2. Lakukan sedikit senaman. Oleh kerana pesakit TDR tidak digalakkan melakukan senaman jenis berat, maka lakukan senaman jenis ringan seperti ketika anda duduk secara tegak, perlahan-lahan tundukkan kepala anda hingga mencecah kepala lutut. Lakukan 2-3 kali.
  3. Banyakkan makan makanan yang sihat. Biarlah berbelanja besar sedikit, Daging Merah dan Broccoli antara makanan yang cepat menghasilkan darah dalam badan. Terus-terang, aku bukanlah seorang pemakan sebab itu aku dapat penyakit ini. Jadi amalkanlah pemakanan yang seimbang, rujuk jadual pemakanan seimbang. Ingat! Sekali anda diserang apa-apa jenis penyakit, pembelanjaannya adalah lebih besar daripada apa yang anda jangkakan.
  4. Jadual Pemakanan Seimbang.
    Minum air mineral sebanyak mungkin. Sekali-sekala minum 100Plus. Kalau boleh, sentiasa bawa botol 3Liter air masak ke mana sahaja anda pergi. Banyak manfaatnya, percayalah.
  5. Berdoa, Solat, dan bertawakal. Amalkan Doa Nabi Ayub. Insyallah, hidup sentiasa sihat dan berkat.
*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Tuesday, June 3, 2014

Tekanan Darah Rendah 2

Pada hari Jumaat, 30/5/2014.
Aku jatuh sakit lagi pada minggu yang sama. Kali ini di pejabat. Pejabat aku biasalah berhawa dingin, tetapi kali ini aku benar-benar tidak tahan hawa dingin 27 darjah celsius itu. Lalu aku bersembunyi di bawah meja, sambil menggigil kesejukan. Satu kerja rakan-rakan pejabat cari aku, akhirnya jumpa juga aku di bawah meja. Aku dibenarkan berehat di pantry, macam serangan Hypotension yang sebelum ini cuma aku tak pengsan saja. Tidak lama kemudian, kakak dan ayah sampai. Aku terus dihantar ke hospital. Di hospital inilah ketahanan badan aku benar-benar teruji, sampai sahaja di bahagian kecemasan, aku dikehendaki baring di atas katil, kemudian dikehendaki kumpul air kencing, kemudian aku kena cucuk jarum pula, 2 tempat, 1 di bahu, 1 lagi di belakang tapak tangan. Baru aku dibenarkan tidur. Tidur pun tak lena sebab aku amat kesejukan dan juga bekas cucukan jarum membuatkan aku tidak selesa. Bagaimanapun aku cuba tidur, tidur, tidur, tidur, dan ahli keluarga aku pun sampai. Walaupun dalam keadaan kabur, aku dibenarkan keluar hospital. Aku dinasihatkan supaya makan lebih banyak, Insyallah aku makan dengan lebih banyak. Sampai di rumah, anak aku minta dukung dan aku pun dukung, masuk bilik, jumpa katil, dan lepas itu aku tak ingat apa-apa lagi dah.......yang aku tahu, bangun pagi, tengok cermin, dan muka aku penuh dengan dakwat pen.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa.

Monday, June 2, 2014

Tekanan Darah Rendah 1

Sakit, sakit, sakit.
Hampir setiap bulan aku jatuh sakit. Aku pun makin risau. Risau dengan macam-macam benda, kerjaya + periuk nasi + kesihatan + keperluan harian + ibadah harian, dan sebagainya. Salah aku juga. Ketika aku sihat banyak kerja yang aku tangguh, akibatnya pada saat-saat terakhir aku kelam-kabut, sehingga makan minum aku tidak terjaga. Lalu aku pun jatuh sakit, dan disahkan mengalami Tekanan Darah Rendah.

Pada hari Rabu, 28 Mei 2014, aku diserang Hypotension (Tekanan Darah Rendah). Pada pagi itu, aku bangun dari tidur, ketika aku hendak bangun, aku tak boleh bangun. Kepala aku sakit sangat dan aku juga rasa seperti otak aku bergegar. Aku cuba juga bangun namun gagal, kaki aku tidak dapat merasa lantai yang dipijak. Pada masa yang sama juga, anak aku bangun. Aku tidak dapat membaca fikirannya, dia sungguh gembira melihat kelakuan aku yang sedang menahan sakit. Sedang aku merangkak menuju ke tangga, anak aku naik atas badan aku, menghenjut-henjut gembira, aku pun rebah ke lantai dan berpura-pura pengsan. Anak aku tarik-tarik tangan aku sambil merengek-rengek, melihat riak wajahnya aku tidak sampai hati untuk mengendahkan kehendaknya. Dia masih kecil, masih tidak faham jika ibunya sakit. Aku duduk di tangga, perlahan-lahan menghulurkan kaki menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba anak aku pun mengikut cara aku turun tangga, siap ajak aku berlumba. Sudah tentulah dia menang, dia sihat, aku sakit. Sampai di hujung tangga, aku cuba berdiri lagi. Usai aku berdiri, telinga aku macam kena tutup dengan kapas tebal, otak aku macam tergelincir, dan mata aku macam ada orang tutup suis lampu. Seterusnya, aku dah tak ingat apa-apa lagi dah.

*P/S: Penyakit itu Penghapus Dosa

Tuesday, April 29, 2014

Sambungan Communication Fail!

Hari ini, waktu makan tengahari, aku berjumpa dengan Munah lagi. Senyum dan ceria. Alhamdulillah....kali ini dia makan habis....Tamat

Friday, April 25, 2014

Communication Fail!

Sejak ada anak,
Sejak dah bekerja,
Sejak berhijrah....

Alhamdulillah....aku semakin tenang....

Cuma satu je....aku masih gagal berkomunikasi
Dah jelas sangat, aku bukan seperti orang lain
Boleh berbual tanpa ada sebarang masalah

Aku ada masalah berkomunikasi,
Aku tidak pandai berkawan, sebab itu aku tiada kawan...
Pasti ada hikmahnya....

Aku yakin setiap kejadian Allah s.w.t pasti ada kebaikannya....
Tiada Kawan, boleh jadi ini kelemahan, boleh jadi juga ini kekuatan aku...

Aku pernah berjumpa dengan orang yang sentiasa berteman. Munah (bukan nama sebenar) sentiasa kelihatan ceria disamping rakan-rakannnya. Setiap kali berjumpa dengan aku, mesti ada seorang dua rakan mendampinginya. Pada suatu hari, Munah bertembung dengan aku di sebuah restoran, untuk makan tengahari. Munah bersendirian kali ini, tapi dia menegur aku dengan mesra sekali. Aku pun ajak dia makan sekali. Sepanjang makan tengahari, banyak betul perkara Munah bercerita. Aku yang sudah biasa makan seorang diri, tak berkata apa-apa pun, hanya sekadar mendengar. Sesekali aku senyum, tanda aku faham dengan cerita Munah. Tiba-tiba aku terpandang Nasi Ayam di pinggan Munah, hanya suku sahaja yang luak. Pinggan aku, tok sah cerita la, ayam tinggal tulang saja. Aku pun tegur Munah.
"Kenapa tak habis nasi ayam tu?"
"Erm, kita memang selalu macam ni, selalu tak habis makan, dah macam-macam dah kita buat, tapi macam ni je la...." jawab Munah.
"Lain kali makan baca Bismillah, jangan lupa doa makan sekali"
"Eh, kan kita dah baca tadi, akak nak ayam kita?"
"Tak nak, akak dah kenyang....."
"Macam ni la kita kak, macam mana badan nak besar kan?"
Aku perhatikan susuk tubuhnya. Aku rasa aku yang lebih kurus. Munah terus menghirup Milo Ais, sebaik habis bercakap. Sekarang giliran aku pula bercakap.
"Sepatutnya...sebelum pesan pada waitor tadi, Munah kena cakap pada waitor tu, nasi kasi suku je, cakap ngan dia saya ada masalah penghadaman, lepas tu jangan order air milo, lebih baik kalau Munah order limau suam. Air milo cepat mengenyangkan......"
"Kak, Munah pergi dulu eh, ada kerja ni...." aku belum habis bercakap, Munah dah minta diri. Aku terfikir sendirian samada aku salah cakap ke atau aku cakap benda yang betul tapi orang tak mahu terima kenyataan?

Sekali lagi aku bersendirian hanya kerana berkata-kata yang tak sampai 5 minit pun. Aku tak tahu cara berbual orang sekarang. Kalau mengumpat, siap ada sambung-menyambung. Tetapi kalau berbual biasa dimasukkan sedikit elemen ilmiah, mulalah minta diri malah ada juga yang membantah. Kesimpulan cerita, aku tahu apa yang aku nak cakap tetapi aku tak tahu macamana cara nak cakap.


Monday, April 21, 2014

Aku dah Semakin bukan Diri Aku yang dulu.....

  1. Aku dah semakin suka tumbuh-tumbuhan, kalau dulu pijak tanah pun aku dah geli. Tapi sekarang aku dah mula bercucuk tanam. Mak aku pun hairan, tiba-tiba aku pegang cangkul, tanam serai, daun sup, dan pokok bunga wangi (tak tahu nama). Setakat ini, aku main tanam saja apa-apa yang boleh membuahkan hasil. Menanam pokok membuatkan aku tenang, mungkin ketika aku bercucuk tanam, aku mendapat bekalan oksigen yang SEGAR dari tumbuh-tumbuhan ini. OKSIGEN, Inilah yang sepatutnya dipanggil terbaik dari ladang.
  2. Sejak dah ada anak, aku suka menghabiskan masa di rumah. Aku dah tak workaholic lagi dah. Aku semakin faham hati dan perasaan Ibu & Ayah aku. Kalau boleh, hari-hari aku nak tengok Ibu & Ayah, dan Anak aku. Tengok muka diorang lama-lama, kalau boleh aku nak minta maaf sekali. Banyak sangat dah kesalahan aku buat pada diorang selama ini. Bila aku tengok diorang ini lama-lama, baru aku sedar. Aku tak perlukan PAKWE pun. BOYFRIEND adalah bukan satu keperluan. IBU & AYAH aku adalah keperluan aku selama ini.
  3. Dulu aku adalah seorang Kaki Wayang. Terus-terang aku boleh tengok wayang seorang diri di panggung wayang. Malang sekali, ada yang anggap aku Kaki Karaoke. Aku bukan Kaki Karaoke! Ok! Aku cuma seorang Kaki Wayang, sampai perkembangan cerita Fast & Furious, aku ambil tahu dengan betul-betul serius. Tapi, sekarang tengok TV pun aku dah tak larat. Paling-paling pun tengok berita atau cerita kartun. Tengok cerita kartun sikit, aku dah boleh ketawa dekah-dekah tu...kalah anak aku. 
  4. Aku dah semakin faham kenapa aku hidup di Dunia ini. Aku perlu teruskan hidup di Dunia, kerana aku akan hidup di Akhirat buat selama-lamanya. Ini semua kerana Allah s.w.t, Dia adalah segalanya. Dia menyayangi ku selama ini. Tetapi aku tidak sedar ketika itu, malah aku berpaling daripada-Nya. Sekarang Dia-lah yang menyelamatkan aku daripada kecelakaan yang menimpa aku selama ini. Solat, Puasa, Al-Quran, dan Malaikat, jangan sesekali dipandang remeh. Cukuplah...segala yang aku buat selama ini. Aku bertaubat. Aku jijik dan malu dengan aku yang dulu. Hidup di Akhirat buat selama-lamanya.....aku tidak tahu samada aku akan hidup di Syurga atau Neraka.

Friday, December 9, 2011

Aku Kembali Menulis!


Dikau begitu memeningkan kepalaku....
Tanpa mu pening pun hilang....
Akan tetapi...kesunyian pula yang menjelma....
Engkau ribut, engkaulah taufan, engkaulah puting beliung yang sedang mengganas di dalam kepala ku ini....
Caramu, tindakanmu, ketangkasanmu, tidak syak lagi gagal dikawal....

Aku ibarat bumi,
Aku terkesima, kaku dan tidak tahu apa yang harus dilakukan....
Lemah dan terkulai layu,
Dan hanya menunggu dihanyutkan air hujan.....

Dikau begitu perkasa, cukuplah daku begitu terseksa...
Usah seksa aku lagi....
Bantu aku dengan tiupan lembut bayu mu,
Usapi aku dengan bisikan kalimah cinta mu....
Dikau ada sifat kemulian itu, nun jauh disudut hatimu.....

Tuesday, October 11, 2011

Cuba amati dulu...
Cuba lihat mataku...
Kau kan tahu...tapi kau kan tetap membisu....(petikan lagu dari Kinaka Honey)

Yeah....makin jiwang kan aku sekarang.....
Alhamdulillah aku semakin tenang kebelakangan ini...
Kerjaya aku...kelam-kabut...
dan dalam kelam-kabut, aku dinaikkan pangkat, aku dapat PC baru ditempat kerja, dan aku jatuh cinta lagi dengan seseorang yang istimewa.

Bersyukur kepada Mu, dikau begitu memahami hamba Mu.

Tuesday, August 9, 2011

Stress!

Kebelakangan ini, aku kerap keletihan.
Bukan kerana puasa. Aku sudah biasa dengan puasa.
Aku letih bagaikan tiada tenaga.

Aku perlukan Istirehat rasanya. Cuti sambil melancong.
Ermmmm....sedap je dengar....Tapi! Bila?!?!

Sunday, July 17, 2011

Kepada Best Friend saya Ajak...

Every now and then
We find a special friend
Who never lets us down
Who understands it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that I've found
I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay

* I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way
Hmm……….. this way

I don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where I go
And I know that you'll be there
Forever more apart of time, you're everywhere
I'll always cares
(Repeat *)

And I'll be right behind your shoulder watching you
I'll be standing by your side and all you do
And I won't ever leave
As long as you believe
You just believe
(Repeat *)

Saturday, June 25, 2011

I'm not cool...

Aku penat, Aku busuk, Aku belum mandi,
Aku sudah bosan dengan apa yang aku buat selama ini,
Aku kembali kesunyian, kembali kepada dunia asal,
Dunia yang hanya penuh dengan imaginasi dan emosi,

Ini...
Bukan apa yang aku inginkan...
Takdir ini amat melukakan....
Dan lukanya teramat dalam, aku boleh mati kerana luka ini....

Bantu aku, sembuhkan luka ini...
Aku tak nak mati hanya kerana luka ini...
Ia sadis!

Sunday, May 1, 2011

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Terus-terang, aku selalu gaduh ngan mak. Tetapi aku tidak pernah tahu ia adalah gangguan Syaitan (Saka). Aku difahamkan adalah berdosa besar apabila kita bergaduh dengan ibu bapa. Jadi, Syaitan (sejak azali tugasnya untuk memesongkan aqidah manusia) akan sedaya-upaya mencari jalan untuk membuatkan kita bergaduh dengan ibu bapa kita sendiri. Aku berharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
 
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara gangguan saka,
  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
  1. Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  2. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur.
  4. Ada rasa kelibat orang lalu.
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Wednesday, April 20, 2011

Ini untuk Ibu ku

sejak dulu,
tiada sepatah kata,
bisa ku gambarkan untuk mu,

sejak dulu,
kata-kata mu terlampau padat,
hendak ku ingat ke mana jua ku pergi,
tetapi terlalu berat untuk di hayati,

akhirnya...
apabila aku sudah dewasa,
kata-kata mu itu sudah terlewat dihayati,
ia sudah berlaku,
semuanya sudah berlaku,

hanya tinggal luka dan parut,
yang memerlukan rawatan,
baik dari hati,
baik dari pil-pil ketenangan,

namun,
aku kuat, tak perlu risau,
aku masih boleh berdiri,
jangan bimbang,

kata-kata mu akan ku pegang,
kan ku sampaikan pula pada anak dan cucu ku,
biar mereka belajar,
erti sebuah kehidupan.

Friday, March 25, 2011

Tak faham dengan diri aku sendiri.

Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

Saturday, March 12, 2011

Tak leh jadik! Kena beli gak!

Hah! peduli apa aku!!!!
Nak beli gak buku Emily the Strange yang tinggal seberapa je kat MPH tu....
tengah lak sale lak tu....

Well....aku akui kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni....
tetapi aku memerlukan sesuatu yang baru untuk dibaca....
bukan setakat surat khabar, bukan setakat berita,
aku memerlukan sesuatu yang tak sama perasaannyer...
Susah nak terangkan.....Ermmm???

Ex-treme!!!! yeah....
Aku perlukan sesuatu yang extreme,
Malangnya aku tak dapat join Ekpidisi mendaki Gunung Lambak esok.
Aku dah janji ngan adik aku nak bawak g Persada. Lagipun aku ada Guitar Lesson pada hari yang sama.

Memang rugi la....Company sponsor tue....

Saturday, February 12, 2011

Illustrasi

Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,

Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,

Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,

Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,

Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,

Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

Thursday, January 13, 2011

10 Perkara Aku Ingin Buat Setiap Hari.

Huh! aku terganggu lagi semasa tidur, dan tak tahu nak buat apa. Banyak benda mengganggu fikiran aku sekarang ini.....so inilah dia hasilnya...
  1. Menunaikan solat fardu 5 waktu.Yup! aku mengaku, solat tak menentu. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Aku bukanlah seorang manusia yang baik.
  2. Menyelesaikan segala tugas / masalah yang melanda. Tugas aku adalah seperti merangka masa depan, aku kena fikir perkara yang orang lain tidak fikir. Susah tu...
  3. Menjaga hati orang dan kawal kemarahan. Aku tak suka marah-marah, dan tak suka dimarahi.
  4. Memperbaiki kemahiran Design. Setiap hari pasti ada teknik baru untuk menghasilkan karya yang cantik. Setuju!!
  5. Simpan 10sen dlm tabung. Simpanan untuk masa tua nanti. Dah kena standby dari sekarang, herk!
  6. Buat artwork / iklan yang Gempak Da Bomb! Percaya tak hasil karya aku dah sampai ke Singapore!
  7. Memperbaiki kemahiran bermain gitar. Kan aku cipta lagu, jadi kenalah berusaha sikit.
  8. Minum Susu. Nak tambah tinggi dah terlambat dah, tapi untuk kekuatan tulang, erm...standby lagi sekali untuk masa tua.
  9. Tak nak picit jerawat. Ha ha ha ha...satu tabiat yang susah aku nak buang.
  10. Menyayangi orang yang menyayangi aku. Siapa sayang aku angkat tangan! Ha ha ha....Aku pasti ada orang diluar sana sedang menyayangi aku.

Tuesday, January 4, 2011

Suka - Suka!

Aku nyanyikan lagu
Lagu sesuka hati
Lagu berentak laju
Selaju kita lari

Dengar suara merdu
Merdu buluh perindu
Jantung pun boleh gugur
Khayalan bagai wujud

Ah! ini hanya puisi
Puisi luahan hati
Puisi kita bersama
Senang-senang dihayati

Kita bising di sana
Kita bising di sini
Hei! hati orang muda
Tiada kamus untuk BERHENTI

Maka,
Rentak ke kanan
Rentak ke kiri
Ikut irama sesuka hati

Friday, December 24, 2010

Ku Pujuk Diriku Sendiri

Engkau misteri...sungguh
Tiada kata untukmu...
Duniamu unik...tiada apa yang bisa digambarkan...

Engkau berbeza...lain daripada yang lain
Benar...tiada apa yang boleh dikatakan...
Hanya kau yang mengerti
tentang dirimu sendiri

Kiranya kau bersedih...
Kau sahaja yang merasainya...
Kau terjatuh, terluka dan berdarah
Engkau juga yang akan merawatinya sendiri....

Jika kau tidak mengendahkannya,
Kau ibarat melemaskan dirimu sendiri,
Terkapai-kapai lemah,
Dan tidak akan ada sesiapapun peduli

Sudah kau tahu,
Apa nasib dirimu,
Sudahlah cukup,
Usah dibiarkan hidupmu dibelenggu kesedihan,
Atau, kau kan sakit tidak tertanggung.

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...