Sunday, July 17, 2011

Kepada Best Friend saya Ajak...

Every now and then
We find a special friend
Who never lets us down
Who understands it all
Reaches out each time you fall
You're the best friend that I've found
I know you can't stay
A part of you will never ever go away
Your heart will stay

* I'll make a wish for you
And hope it will come true
That life would just be kind
To such a gentle mind
If you lose your way
Think back on yesterday
Remember me this way
Remember me this way
Hmm……….. this way

I don't need eyes to see
The love you bring to me
No matter where I go
And I know that you'll be there
Forever more apart of time, you're everywhere
I'll always cares
(Repeat *)

And I'll be right behind your shoulder watching you
I'll be standing by your side and all you do
And I won't ever leave
As long as you believe
You just believe
(Repeat *)

Saturday, June 25, 2011

I'm not cool...

Aku penat, Aku busuk, Aku belum mandi,
Aku sudah bosan dengan apa yang aku buat selama ini,
Aku kembali kesunyian, kembali kepada dunia asal,
Dunia yang hanya penuh dengan imaginasi dan emosi,

Ini...
Bukan apa yang aku inginkan...
Takdir ini amat melukakan....
Dan lukanya teramat dalam, aku boleh mati kerana luka ini....

Bantu aku, sembuhkan luka ini...
Aku tak nak mati hanya kerana luka ini...
Ia sadis!

Sunday, May 1, 2011

Selalu Bergaduh Dengan Ibu

Terus-terang, aku selalu gaduh ngan mak. Tetapi aku tidak pernah tahu ia adalah gangguan Syaitan (Saka). Aku difahamkan adalah berdosa besar apabila kita bergaduh dengan ibu bapa. Jadi, Syaitan (sejak azali tugasnya untuk memesongkan aqidah manusia) akan sedaya-upaya mencari jalan untuk membuatkan kita bergaduh dengan ibu bapa kita sendiri. Aku berharap, ilmu ini dapat dikongsi bersama.

Petikan dari Ceramah Ustaz Abdullah Mahmud.
 
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.

Antara gangguan saka,
  • Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi
  • Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok
  • Rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

Symptom terkena saka:
  1. Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  2. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  3. Susah nak dapat anak, senang gugur.
  4. Ada rasa kelibat orang lalu.
  5. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

Wednesday, April 20, 2011

Ini untuk Ibu ku

sejak dulu,
tiada sepatah kata,
bisa ku gambarkan untuk mu,

sejak dulu,
kata-kata mu terlampau padat,
hendak ku ingat ke mana jua ku pergi,
tetapi terlalu berat untuk di hayati,

akhirnya...
apabila aku sudah dewasa,
kata-kata mu itu sudah terlewat dihayati,
ia sudah berlaku,
semuanya sudah berlaku,

hanya tinggal luka dan parut,
yang memerlukan rawatan,
baik dari hati,
baik dari pil-pil ketenangan,

namun,
aku kuat, tak perlu risau,
aku masih boleh berdiri,
jangan bimbang,

kata-kata mu akan ku pegang,
kan ku sampaikan pula pada anak dan cucu ku,
biar mereka belajar,
erti sebuah kehidupan.

Friday, March 25, 2011

Tak faham dengan diri aku sendiri.

Aku cipta lagu tapi aku tak pandai main gitar, walaupun aku dah ambil kelas belajar gitar. Aku masih menggigil lagi. Kepada siapa aku perlu rujuk? Keluarga aku? Diorang akan ketawakan aku. Percaya la... Kadang-kadang aku rasa diri aku ni hina sangat. Hanya kerana aku mencipta lagu. Bukan kah ia satu kelebihan, kenapa tiada siapa pun yang beri perhatian kepada aku?
Percaya atau tidak, aku cipta lagu sejak Darjah 5, masih Sekolah Rendah lagi. Cikgu-cikgu tahu aku cipta lagu, tapi tiada siapa yang hendak membimbing aku. Tiada siapa, aku tersisih.
Ya aku tersisih, kerana aku bukan seperti murid-murid lain. Di rumah aku tidak berbual dengan sesiapapun, di sekolah aku hanya menerima pukulan rotan. Jadi, kepada siapa aku hendak mengadu? Rotan?
Daya khayalan aku terlampau tinggi. Kadang-kala ia mengganggu fikiran aku dewasa ini. Satu perkataan yang keluar dari mulut seseorang, beribu-ribu imej bermain dalam minda ku. Tadi aku terikut bos aku berjalan, kenapa aku ikut? Aku berkhayal rupanya, aku ngantuk, tak berdaya, dan marah dengan diri aku sendiri. Aku tidak tenang, aku tidak berbual dengan sesiapa pun sejak dari pagi. Aku boleh naik gila. Itulah benda yang mak aku selalu maksudkan, dia tak sebut tapi dia selalu 'Judge' aku sebagai kategori gila. Pernah sekali dia nak hantar aku gi bomoh. Nasib baik aku masuk sekolah asrama, so tak balik rumah sangat. Ada cuti pun, kadang-kadang malas nak balik. Ayah aku lak selalu memperkecilkan bakat aku. Katanya, itu semua hanya angan-angan.
Aku rasa aku kekurangan kasih sayang. Betul kot... Sadis rupanya kehidupan aku selama ini.

Saturday, March 12, 2011

Tak leh jadik! Kena beli gak!

Hah! peduli apa aku!!!!
Nak beli gak buku Emily the Strange yang tinggal seberapa je kat MPH tu....
tengah lak sale lak tu....

Well....aku akui kewangan aku tak berapa stabil buat masa ni....
tetapi aku memerlukan sesuatu yang baru untuk dibaca....
bukan setakat surat khabar, bukan setakat berita,
aku memerlukan sesuatu yang tak sama perasaannyer...
Susah nak terangkan.....Ermmm???

Ex-treme!!!! yeah....
Aku perlukan sesuatu yang extreme,
Malangnya aku tak dapat join Ekpidisi mendaki Gunung Lambak esok.
Aku dah janji ngan adik aku nak bawak g Persada. Lagipun aku ada Guitar Lesson pada hari yang sama.

Memang rugi la....Company sponsor tue....

Saturday, February 12, 2011

Illustrasi

Hari-hari yang berlalu,
Illustrasi sebuah kisah,
Warna-warna yang berbeda,
Menghiasi kisah itu,

Ada merah, ada hitam,
Sedikit....
Garis-garis, titis-titis,
Laluan hidup tiada berakhir,

Namun lukisan itu masih belum cantik,
Belum sempurna,
Kerana banyak dosa dan kerosakan,

Ditambah kuning, sedikit hijau,
Satu lakaran.....Pintu keimanan,
Hampir cantik...masih belum sempurna,

Dicalit biru, kemudian ungu,
Keinsafan, kesedaran, ketakutan, terbentuk.....
Ajal maut di tangan Tuhan,

Sempurna....hakikatnya belum siap...
Illustrasi takkan siap selagi hayat dikandung badan.

Thursday, January 13, 2011

10 Perkara Aku Ingin Buat Setiap Hari.

Huh! aku terganggu lagi semasa tidur, dan tak tahu nak buat apa. Banyak benda mengganggu fikiran aku sekarang ini.....so inilah dia hasilnya...
  1. Menunaikan solat fardu 5 waktu.Yup! aku mengaku, solat tak menentu. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Aku bukanlah seorang manusia yang baik.
  2. Menyelesaikan segala tugas / masalah yang melanda. Tugas aku adalah seperti merangka masa depan, aku kena fikir perkara yang orang lain tidak fikir. Susah tu...
  3. Menjaga hati orang dan kawal kemarahan. Aku tak suka marah-marah, dan tak suka dimarahi.
  4. Memperbaiki kemahiran Design. Setiap hari pasti ada teknik baru untuk menghasilkan karya yang cantik. Setuju!!
  5. Simpan 10sen dlm tabung. Simpanan untuk masa tua nanti. Dah kena standby dari sekarang, herk!
  6. Buat artwork / iklan yang Gempak Da Bomb! Percaya tak hasil karya aku dah sampai ke Singapore!
  7. Memperbaiki kemahiran bermain gitar. Kan aku cipta lagu, jadi kenalah berusaha sikit.
  8. Minum Susu. Nak tambah tinggi dah terlambat dah, tapi untuk kekuatan tulang, erm...standby lagi sekali untuk masa tua.
  9. Tak nak picit jerawat. Ha ha ha ha...satu tabiat yang susah aku nak buang.
  10. Menyayangi orang yang menyayangi aku. Siapa sayang aku angkat tangan! Ha ha ha....Aku pasti ada orang diluar sana sedang menyayangi aku.

Tuesday, January 4, 2011

Suka - Suka!

Aku nyanyikan lagu
Lagu sesuka hati
Lagu berentak laju
Selaju kita lari

Dengar suara merdu
Merdu buluh perindu
Jantung pun boleh gugur
Khayalan bagai wujud

Ah! ini hanya puisi
Puisi luahan hati
Puisi kita bersama
Senang-senang dihayati

Kita bising di sana
Kita bising di sini
Hei! hati orang muda
Tiada kamus untuk BERHENTI

Maka,
Rentak ke kanan
Rentak ke kiri
Ikut irama sesuka hati

Friday, December 24, 2010

Ku Pujuk Diriku Sendiri

Engkau misteri...sungguh
Tiada kata untukmu...
Duniamu unik...tiada apa yang bisa digambarkan...

Engkau berbeza...lain daripada yang lain
Benar...tiada apa yang boleh dikatakan...
Hanya kau yang mengerti
tentang dirimu sendiri

Kiranya kau bersedih...
Kau sahaja yang merasainya...
Kau terjatuh, terluka dan berdarah
Engkau juga yang akan merawatinya sendiri....

Jika kau tidak mengendahkannya,
Kau ibarat melemaskan dirimu sendiri,
Terkapai-kapai lemah,
Dan tidak akan ada sesiapapun peduli

Sudah kau tahu,
Apa nasib dirimu,
Sudahlah cukup,
Usah dibiarkan hidupmu dibelenggu kesedihan,
Atau, kau kan sakit tidak tertanggung.

Tuesday, December 7, 2010

Workaholic....

Dah semakin sibuk aku sekarang, hinggakan tiada masa yang boleh diluangkan bersama keluarga. Bukan maksud aku untuk menjauhkan diri daripada mereka. Aku hanya ingin mencari sumber kewangan yang halal untuk menanggung hidup aku dan juga bakal keluarga aku nanti. Aku sendiri berasa aman apabila berada di tempat kerja. Ia bagaikan suatu tempat yang boleh membuatkan aku melupakan masalah keluarga yang aku hadapi sekarang.

MASALAH KELUARGA.
Katakanlah aku derhaka. Kenapa aku balik kampung setiap bulan.
Katakanlah aku tidak mengenang budi. Kenapa perkara baik yang aku buat selama ini, tidak pernah diendahkan.
Katakanlah aku seorang yang mementingkan diri sendiri. Kenapa bil api & air, aku yang bayar sedangkan aku hanya balik kampung sekali-sekala.

Apa yang aku buat, dan apa yang aku cakap, hanya menimbulkan rasa amarah orang disekeliling aku. Dirumah keluarga aku sendiri, aku dimaki dan diperli dengan kata-kata yang kurang enak didengar. Setiap kali aku balik, aku dilayan seperti hamba. Aku amat tidak selesa sekali apabila balik kampung.

DI TEMPAT KERJA.
Tiada siapa yang boleh caci-maki aku, itupun sudah cukup memadai. Aku cuma ingin merasa ketenangan, dan senda-gurau bukan seperti ketegangan di rumah. Kerana itu aku suka bekerja.

Thursday, November 11, 2010

Mereka Mereka

Termimpi-mimpi,
Berlari-lari,
Siang dan malam,
Malang yang menadah,

Luka dan pedih,
Tangan dan kaki,
Apa peduli,
Mereka disisi,
C/o: 
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu)
Dipandang langit,
Tingginya awan,
Tersandar badan,
Dihamparan hijau,

Lesu dan letih,
Otak dan hati,
Mereka tak henti,
Tak pernah berhenti,
C/o: 
Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu) (Ayuh bangun)

(Majukan dirimu) (Ayuh bangun) 3x

Mereka dengki, mereka benci,
Mereka hanya tahu mencaci,
Mereka tidak pernah peduli...(Jangan kau begitu) 
Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Walau hanya gurau senda dan jenaka,
Nistanya pedih bak hiris sembilu...(Jangan kau begitu) 
Kupuji alam,
Cantik dan indah
Ku yakin ada...
Peluang disana...

Wednesday, November 10, 2010

Bila aku nak ada pakwe neeei.....??????

Macam best je aku tengok orang lain ada pakwe, ada pasangan. Handset kat tangan tak henti2 vibrate. Baca SMS sambil tersenyum-senyum. Pergi keje ada org hntr, balik keje ada org tunggu. Sunyi2 kat umah, boleh tepon, tanya tu, tanya ni, citer tu, citer ni.

Kalau sedih, ada tempat ngadu. Kalau gembira, boleh kongsi bersama. Kalau marah, kalau berani, marah la....

Dah khatam buat kali ke berapa ntah, buku Steve Harvey ni aku baca. Tak de pape pun Effect. Ye...arrr....aku try ngurat cara American, mana org Malaysia boleh masuk jarum. At least, sekurang-kurangnya aku usaha la jugak nak cari pakwe. Tapi kalau jodoh, Tuhan kata nanti...Nanti lerR! Tak sabar-sabar!

Bukan tak sabar, umur aku dah 25, nak masuk 26. Oi! sape tak takut!!!!
Aku pun Not Bad pe?? Tak de kete, tak de umah, tak de hutang......Tak tau la....dimana silapnyer....
Banyak Kelemahan sebenarnya.....
  1. Aku tak tau berbual dengan budak lelaki. Aku tak de keberanian untuk menegur sesiapa. Lidah aku mcm melekat ngan lelangit.
  2. Aku terlampau berhati-hati.
  3. Aku tak dapat tangkap Body Language seseorang.
  4. Yes! aku tak pandai melawa. Aku cuba, tapi aku cuma boleh melawa depan org yang aku selesa je. Aku tak biasa dengan personaliti yang bercampur-baur.
So, teruk kan aku ni.....

Monday, November 1, 2010

Radiohead - Creep



Lagu kegemaran aku sejak dari dulu lagi,
Yup! menggambarkan sifat sebenar diri aku yang pelik ini.
Rasa macam nak mati je...
kerana hidup ini tiada siapa pun yang ambil peduli.....

Monday, October 18, 2010

Hati ini tidak tenang

Hari ini, apa benda yang aku buat, semua jadi serba tak kena. Semuanya menjadi bising, tegang, dan serius. Tiada senda-gurau. Langsung tiada senda-gurau. Aku kena lari daripada sini, lari seketika untuk menghilangkan rasa segala perasaan yang tak berguna. Perasaan yang boleh menaikkan marah, sedih, dan pilu dalam jiwa ini. Lari punya lari, aku singgah tempat makan. Makanan pun tak sedap, hanya beberapa suap sudu sahaja yang dapat aku telan. Apa kena dengan aku pada hari ini?
Aku termenung sekejap, dan tarik nafas sambil menyedut oksigen, tahan sehingga sedaya mana yang aku mampu. Lalu aku hembuskan karbon dioksida. Aku masih bernyawa, Alhamdulillah.
Ketika itu, dan saat itu, dihadapanku, SURAU. Ringan sungguh kaki aku melangkah masuk. Perlahan-lahan air paip dibuka, dengan lafaz Bismillah..aku mengangkat Wuduk.
Keji benar aku ini, sudah lama aku tidak menunaikan solat. Solat pun ibarat main-main, dimana ia seperti sesuatu yang terabai, tidak diperlukan.
Pada teori aku, Solat itu adalah seperti media yang menghubungkan manusia dengan Tuhan, ia seperti Facebook, Twiitter, dan MySpace. Media (Solat) untuk kita luahkan hati dan perasaan, adakala tempat kita untuk mengadu, dan meraih simpati. Dan Media ini adalah istimewa, ketika aku menangis menadah tangan memohon simpati, aku percaya diatas sana sedang melihat aku dengan penuh kasih dan sayang. Aku dibelai dengan tiupan ketenangan ke dalam hati ini. Diberikan semangat dan kekuatan dengan tubuh badan yang sihat ini. Kebijaksanaan dan kecergasan ke saluran Impulse untuk diterima ke dalam otak ini.

Syukur...Alhamdulillah...aku dapat bekerja dengan baik.

Wednesday, September 1, 2010

Hidup Aku Benar-benar Sunyi....

Aku adalah seorang yang selalu mengalami kegagalan dalam hal-hal kehidupan. Aku masih belum mampu untuk mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, dan menguruskan makan minum aku sendiri. Malah aku belum dapat membayar hutang pengajian yang makin berbukit-bukit tingginya.

Aku juga tidak mempunyai teman istimewa (lelaki). Mungkin aku teruk orangnya.
Aku adalah seorang yang pelik, dimana permikiranku, gerak-geriku, kerja-kerja harianku tidak sama seperti orang-orang di sekelilingku. Gaya dan cara penampilanku, juga tidak seperti orang-orang kebanyakan.
AKU terlalu janggal untuk diterima oleh masyarakat sekeliling aku sendiri.

Aku cipta lagu, tetapi tidak pandai bermain dengan sebarang alat instrumen.
Aku mengarang cerita, tetapi tiada kesimpulannya.
Apabila aku mempunyai peluang keemasan, ia sering terlepas ke tangan orang lain.
Aku suka lagu yang berentak ganas, tetapi aku.....NERD semula jadi.

"I try to be perfect, but nothing were worth it", song from Sum41, Pieces.
Lagu ini sesuai untuk orang macam aku.
Selama ini...Aku hanya pandangan hina oleh orang-orang disekelilingku.
Apa yang aku buat, mereka berkata, "Budak darjah 1 pun boleh buat".
Apa yang aku usahakan, mereka berkata, "Rugi-rugi, banyak masa terbuang, macam tak ada masa depan".
Aku terjatuh, ditipu, dikhianati, dan dipergunakan.
Apa yang berlaku terhadap aku, hanyalah bahan lawak untuk mereka ketawa bersama-sama.

Sehingga kini...Aku masih dipandang hina oleh orang-orang yang tak berotak disekeliling aku.
Kerana, Mereka selalu begitu,
Berkata sombong dan berjiwa celaru,
Apa yang mengganggu dirinya,
Hanya perasaan dengki yang mengaburi diri

Sekian,
Aku yang tidak mempunyai teman......

Sunday, August 15, 2010

Sit Up Straight!

Sakit tengkok aku kat ofis, asyik ngadap PC. Aku pandang kiri kanan, Line Clear! Terus aku pasang earphone, dengar radio TraxxFM. Aku suka saluran ni, ada banyak benda aku boleh tahu, tapi semua dalam bahasa inggeris la. Tapi tak pe, It's ok, sampai bila asyik nak duduk bawah tempurung, tak ikut perkembangan, apa lagi dalam bahasa inggeris.

Secara Kebetulan, aku tengah sakit tengkok n bahu, keluar pula tips-tips harian dalam ofis. Iaitu.....
Sit Up Straight! (duduk tegak sambil membuat kerja) :
- aku pun apa lagi, terus duduk tegak, sepertimana yang DJ radio cakap tu.
- ada rasa lega sikit la...

Korang tahu tak?
Dengan duduk tegak, ia dapat memperbaiki struktur tulang belakang. Ia juga dapat mengurangkan sakit kepala dan kepenatan. Kerana kedudukan postur badan yang betul, dapat melancarkan peredaran darah dan pernafasan dengan lebih baik. And 1 more thing, kita akan kelihatan lebih kurus dan tegap semasa duduk tegak.

Baru aku faham.....

Sunday, July 18, 2010

Lelaki yang wajib di jauhi.....

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri lelaki yang wajib dijauhi.

1. Lelaki kategori liar (suka membazirkan duit).
Inilah jenis Lelaki yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan lelaki sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Lelaki si Bom jangka (panas baran). 

Lelaki bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Lelaki si Gula-gula (berlagak handsome)

Lelaki seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi lelaki idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, lelaki seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Lelaki si Bintang (suka mengambil kesempatan)

Lelaki bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Lelaki si Penggapai (pentingkan diri sendiri)
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan kurang dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Lelaki yang Tercedera (tak berguna langsung)
Hubungan yang terjejas menjadikan lelaki dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.


Ini hanya jangkaan dan kajian sahaja, jika diterbalikkan, wanita juga tidak jauh bezanya......

Friday, July 9, 2010

Sedihnya Hati Ini.....

Aku menangis masa German kalah, mcm tak percaya diorang kalah. Aku semakin meminati pasukan German, terutama sekali Philip Lahm, pergerakan yang lincah, nakal tetapi bertanggungjawab menyelamatkan bola daripada jatuh ke pasukan lawan. Dia memang hebat. Merendah diri.

Kekalahan yang berlaku ini benar-benar mengingatkan aku tentang kejadian masa lalu.
Dimana aku menghabiskan masa, tenaga, dan duit untuk meperolehi sekelumit kejayaan, yang dipanggil 'A'. Aku tidak memperolehi 'A'. Aku sedih, kerana pensyarah seperti berat sebelah, kawan-kawan pula mengambil kesempatan, dan masalah kewangan yang tidak habis-habis mengganggu kehidupan harian.

Aku buat kerja kawan-kawan aku, supaya aku dapat beli makanan. Kerana diorang bagi upah. Aku pun lapar jugak. Pernah sekali badan aku menggeletar kelaparan tapi aku cuba bertahan. Akhirnya aku lemah, aku buat-buat tidur, aku tak nak sesiapapun risau tentang aku. Dan kerja aku pun tak siap.

Aku ada kelebihan, aku ada kekuatan, tetapi itu semua mudah saja dikalahkan dengan situasi yang tidak terduga.

Monday, June 28, 2010

Azam aku untuk tahun 2011

Aku sengaja letak azam aku awal-awal, tak salah bukan?
Aku anggap 1 Julai 2010 sebagai 1 January 2011, ini adalah kerana aku mahu melangkah dengan lebih jauh, lebih jauh daripada apa yang aku lalui selama ini. Jadi inilah dia azam aku.....
  1. Memperbaiki keadaan ekonomi aku yang merudum sekarang.
  2. Berpenampilan cantik, kemas, dan tidak mahu kelihatan seperti NERD lagi.
  3. Simpan harta untuk beli aset.
  4. Belanja Mak & Ayah.
  5. Melancong untuk meluaskan pandangan dan permikiran aku.
  6. Cari pasangan hidup ( yang ini aku berserah pada TUHAN )

Novel : KABAYAN

Novel ini mengisahkan suasana kehidupan orang muda pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Pada mulanya, saya menulis cerita ini ...